Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Archive for the ‘Entri pendek’ Category

Sesorot pasca Arab Spring

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on November 17, 2012

Dunia sedang menanti corak Timur Tengah (dan dunia) pasca Arab Spring.

‘Kebangkitan Islam’, kata mereka.

Kebangkitan ini berlaku pada era globalisasi yang telah menjadi global – globalized globalization.

Tanah Arab/ Timur Tengah yang mengalami kebangkitan itu juga adalah sebahagian dari ‘tanah jajahan’ globalisasi ini.

Jaringan ekonomi-politik-sosial intranasional dan internasional yang berselirat dan complicated.

Mengisi ‘kemenangan’ dan ‘kebangkitan’ tidak semudah yang disangka.

Umpama sebuah negeri yang menjadi anggota dalam sebuah negara persekutuan (federal), sebahagian urusan dalam negeri itu masih tertakluk kepada kuasa federal.

Sebahagian (mungkin banyak) urusan dalam negara-negara Arab yang telah mengalami ‘kebangkitan’ itu juga masih terpaksa tertakluk kepada kuasa ‘global’.

Mengisi kemenangan itu lebih sukar dari mencapai kemenangan.

Dunia terus menunggu. Lambat atau cepat, perubahan pasti berlaku!

“The only thing that is constant is CHANGE!”

Berkaitan:

1. Arab spring & Malaysian monsoon

2. Is Egypt revolutionizing?

3. Libya: a long way to go on a hard path?

4. Memandu perubahan

Posted in Bicara Isu, Entri pendek | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Paradoks pengajaran dan pembelajaran sains

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on November 16, 2012

Pemecahan lapangan pengajian sains tulen kepada tiga substance asas – fizik, kimia, biologi – amat penting dan nyata memberi menfaat yang besar dalam bidang kajian menurut sistem rangkaan manusia.

Kontranya, ia amat menyukarkan produk sistem pendidikan itu untuk memahami kesepaduan antara ketiga-tiga elemen asas sains itu. Seolah-olah bermain dengan puzzle di sudut masing-masing tetapi kabur idea tentang keseluruhan gambar yang sedang dibentuk.

Apatah lagi untuk disepadukan dengan elemen-elemen yang metafizik atau ghaibiyyat atau ruh sifatnya.

Pemecahan tembok – anjakan paradigma dan sistem kepercayaan dunia sains – diperlukan.

Paradigma yang lebih total sifatnya, kalaupun bukan yang absolute.

Harus mencari dan menunggu paradigm shift seterusnya – sebagaimana yang dimaksudkan oleh Thomas Kuhn.

Salam Tahun Baru 1434 Hijriyyah.

Posted in Entri pendek, Sains | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Bintang II

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on September 3, 2012

Sambil men’servis’ laptop, saya menjenguk artikel-artikel lama yang pernah saya tulis. Tertarik kepada beberapa artikel, yang saya kira ada baiknya sekiranya saya kongsi kembali.

Artikel ini pernah saya post kan pada tahun 2006 di sini. Pada ketika itu saya masih first year student di IIUM. Sekali-sekala melawat semula (re-visit) mengimbau zaman silam boleh menghiburkan hati 🙂

.
.
.

Pada suatu hari, pensyarah saya bercakap tentang bintang:

“If we see the star is small, the false is not in the star, but the false is in ourselves.”

Hakikatnya bintang itu besar. Amat besar. Bahkan bintang lebih besar dari bumi dan matahari. Matahari juga merupakan sejenis bintang. Tetapi apabila kita memandang tanpa sebarang info tentang bintang, maka kita akan berkata betapa bintang itu kecil.

Sebenarnya, siapa yang besar dan siapa yang kecil?

Read the rest of this entry »

Posted in Aplikasi Hidup, Entri pendek, Falsafah, Sains | Leave a Comment »

Politik warna-warni

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on July 29, 2012

Kebanyakan isu politik tanah air adalah berkenaan “Either you are with us, or you are against us”,

Sama ada kamu adalah bersama kami atau mereka.

Sama ada menyokong Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Sama ada HITAM atau PUTIH.

 

Sedangkan politik bukan begitu.

Sekarang adalah era age of wisdom.

Kebebasan berfikir dan memilih perlu dipandu, bukan disekat.

 

Bentangkan prinsip untuk mendidik.

Tunjukkan qudwah dalam memimpin.

Laksanakan amanah dalam mentadbir.

Bijakkanlah rakyat agar mereka memilih dengan berfikir.

 

Dunia politik adalah lebih luas dari sekadar ‘kami atau mereka’.

Dunia politik adalah lebih menarik dari sekadar hitam atau putih.

Politik adalah dunia yang penuh warna warni.

Dan kitalah yang harus mencoraknya dengan sebegitu.

 

Artikel berkaitan:

1. BERSIH 3.0 as I see.

2. Politik buta warna.

3. Teori konspirasi politik Malaysia.

Posted in Entri pendek, Falsafah, Politik | Leave a Comment »

Tentang valentine, kebebasan dan hak asasi manusia.

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on February 13, 2012

Umpama burung yang terbang bebas di langit biru. Namun, burung juga ada had ketinggian dan kemampuan terbangnya.

Umpama kapal terbang yang membelah angkasa, bebas terbang ke sana ke mari. Namun setiap kapal terbang ada batas altitudnya.

Umpama kapal angkasa yang meneroka angkasaraya. Juga ada had orbitnya. Andai terlajak dari jarak kawalan, kapal peneroka angkasa sudah tidak boleh memberi manfaat lagi.

Mereka ingin menyambut hari valentine kerana mendakwa ianya adalah hak asasi manusia, kebebasan individu, human’s right dan lain-lain.

Ramai bercakap tentang hak asasi manusia dan kebebasan. Namun ingatlah, setiap sesuatu itu ada batasnya. Dan batasan bagi umat Islam adalah pada Al-Quran dan As-Sunnah.

Ingatlah juga agama dan kehidupan ini terbina bukan sekadar dengan logik.

Posted in Bicara Isu, Entri pendek | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Mencari keindahan dalam pertelingkahan

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on February 1, 2012

1. Pertelingkahan boleh berlaku melibatkan isu (i) Aqidah. (ii) Feqah. (iii) Akhlaq.

2. Dalam lingkupan aqidah yang satu, penganutnya boleh jadi bertelingkah kerana isu feqah/ syariat.

3. Dalam lingkungan feqah/ mazhab/ syariat yang sama, penganutnya boleh jadi bertelingkah kerana isu akhlaq.

4. Feqah/ syariat adalah bidang yang terpimpin dan indah.

5. Perbincangan feqah boleh menjadi tidak keruan kerana akhlaq yang tidak terpimpin dan tidak indah.

7. Walaupun berada di pihak yang benar dari sudut feqah, tetapi boleh sahaja dia menjadi zalim kerana akhlaq yang buruk.

6. Ada sebab yang tersendiri kenapa Nabi Muhammad SAW itu diutus bermatlamat menyempurnakan akhlaq mulia.

إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق

“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia”

Hadis sahih di keluarkan oleh Al-Imam Ahmad (2/381), Al-Bukhari dalam Al-Tarikh Al-Kabir (7/188), dan Ibn Sa’ad dalam Al-Tabaqaat (1/192), dan Al-Kharaithi dalam Makarim Al-Akhlak (1), dan Al-Hakim (2/613) dan Al-Baihaqi dalam Al-Sunan (10/191-192) dan Syu’ab Al-Iman (14/134/7609) dan Al-Khatib Al-Baghdadi dalam Al-Jami’ (1/93) kesemuanya dari Muhammad bin `Ajlan dari Al-Qa’qaa’ dengannya.

http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=156&t=39713

8. Islam itu indah dan dilihat indah kerana harmoninya unsur aqidah yang benar, ibadah yang sahih dan akhlaq yang mulia.

9. Apa sahaja yang ditelingkahkan, semuanya boleh menjadi indah andai dikawal-iring oleh akhlaq yang indah.

p/s: Artikel ini diringkaskan tetapi cuba merangkumkan pelbagai latar isu yang panas akhir-akhir ini.

Berkaitan: Paradox of simplicity

Posted in Bicara Isu, Entri pendek, Politik | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Inspire to dream

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on January 17, 2012

I just finished my first semester exam for master degree yesterday, 16 January, third Monday of this year. Now, it’s time to study the no-exam-subject, and the subject is on my choose (o yeah!). I think this is my first topic. Since there’s no written examination, I write them down here.

Maybe few of us know, the day I my finished my exam is a public holiday in United States.

1. Every year, third Monday of January is declared as Martin Luther King, Jr. Day in the United States.

2. On 28 August 1963, Martin Luther King, Jr. delivered a historical, rhetorical and inspirational  17-minute ‘I have a dream’ speech at Lincoln Memorial in Washington D.C.

3. The speech was delivered during the March on Washington for Jobs and Freedom.

4. During the march, crowd of 300,000 participants sang a song named, ‘We shall overcome’.

5. The song was re-sing in the ‘My Name is Khan’ movie.

6. The day, the speech, the march, the song and the movie… are among things that signify the dreams of the people.

And more importantly, they inspire us to dream!

Posted in Bicara Tokoh, Entri pendek, International, Motivasi | Leave a Comment »