Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

BERSIH 3.0 as I see and hope.

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on May 4, 2012

Pasca himpunan BERSIH 3.0

Meluat dan menyampah mungkin perkataan paling sesuai untuk menggambarkan apa yang saya rasa melihat kepada kebanyakan (bukan semua) ulasan-ulasan di media pasca himpunan BERSIH 3.0.

Kebanyakan ulasan membawa nada yang sama: “Either you are with us, or you are against us” – “Samada kamu menyokong kami, atau melawan kami” – nada yang sama yang mereka kutuk terhadap penjenayah paling besar dekad ini iaitu Amerika Syarikat dikala AS melancarkan kempen (baca: jenayah) paling ganas untuk menentang kemanusiaan.

Sedar atau tidak, suka atau tidak, mahu atau tidak, ramai yang membawa kempen ini dalam mengulas isu BERSIH 3.0 (atau apa sahaja isu yang berkaitan). Ulasan-ulasan yang membawa maksud: “Hanya BERSIH yang benar” atau “Hanya BERSIH yang salah”.

Kerisauan yang pernah saya nyatakan tentang lambakan informasi manipulatif secara negatif oleh media, khususnya media baru benar-benar menjadi benar.

Maka, pihak-pihak tertentu menjadi mangsa serangan, sehingga isu asas dan utama dilupakan. PDRM, Ambiga dan DS Anwar Ibrahim, to name of few. Manipulator media terus menghangatkan dan meniupkan api kebencian terhadap isu bukan utama (walaupun isu itu mungkin penting) samada secara sedar atau tidak untuk memberi keuntungan terhadap pihak tertentu.

Apa yang saya lihat?

“BERSIH” dan “himpunan BERSIH 3.0” adalah dua perkara berbeza.

Tujuan organisasi BERSIH.

“BERSIH” adalah organisasi gabungan beberapa pihak untuk mendesar agar pilihanraya umum dilaksanakan secara bersih dan adil. Hasrat itu digambarkan dalam lapan tuntutan BERSH terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). BERSIH sudah wujud sejak 2006 lagi, ketika Ambiga masih belum dikenali ramai di sebuah negara di planet bumi yang bernama Malaysia.

Secara asas, BERSIH bukan melawan kerajaan, tetapi tuntutan demokratik terhadap SPR. Kesemua tuntutan itu telah diutarakan bersama dengan bukti-bukti yang banyak bagai.

Sesiapa yang mengatakan BERSIH (bukan “himpunan BERSIH”) melawan kerajaan, maka mereka bercakap isu yang mereka sendiri tidak tahu dan pastinya mereka tidak faham. SPR itu bukan kerajaan. Tuntutan itu bukan melawan.

Sesiapa yang bertanya “mana buktinya?” bermaksud mereka tidak layak untuk mempertikaikan BERSIH kerana mereka tidak mengikuti maklumat yang telah didedahkan oleh banyak pihak. Umpama seorang yang mempertikaikan keupayaan Chef Wan dalam memasak tanpa mengenali Chef Wan, mengikuti rancangan masakan beliau atau membaca buku resipi beliau. Atau seseorang yang mempertikaikan keupayaan Stephen Hawking dalam theoretical physics tanpa membaca tulisan Stephen Hawking atau mengikuti mana-mana‘talk’ beliau (nota tengah: Stephen Hawking tidak boleh bercakap secara normal) atau membaca mana-mana ulasan saintis lain terhadap beliau.

Secara umum, tidak ada rakyat akan rugi sekiranya kelapan-lapan tuntutan itu dilaksanakan secara total, bahkan membawa untung kepada semua.

Secara umum juga, sekiranya tuntutan tersebut dilaksanakan, tidak ada parti politik baik di pihak Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) yang berhak lagi untuk mempertikaikan keputusan pilhanraya umum. Tidak ada pahat akan berbunyi selepas rumah siap, tidak ada yang tidak puas hati setelah Son Goku mengalahkan Majin Buu.

Tetapi, persoalan yang mesti ditanya: Kenapa SPR masih tidak melaksanakan tuntutan-tuntutan itu??

Satu lagi kepelikan adalah, semua laporan dari media perdana tidak menyebut kewujudan A, Samad Said, Sasterawan Negara yang menjadi Pengerusi bersama organisasi BERSIH. Yang ditekankan adalah Ambiga. Sedangkan, A. Samad Said lah orang yang menjelajah seluruh negara untuk roadshow BERSIH, bukannya Ambiga. Kenapakah? Adakah takut orang Melayu akan terpengaruh dengan BERSIH dan sentimen kebencian terhadap Ambiga akan tawar?

Himpunan BERSIH

“Himpunan BERSIH” pula adalah manifestasi dari kegagalan SPR melaksanakan tuntutan BERSIH.

Ramai yang mempersoal, kenapa perlu buat demonstrasi kalau boleh berbincang secara elok dan aman? Ini adalah soalan yang tidak cerdik. BERSIH sudah ditubuhkan sejak tahun 2006. Perbincangan secara aman telah banyak kali dilakukan, tuntutan demi tuntutan terus diutarakan. Dan sudah dua kali BERSIH mengadakan demonstrasi.

Persoalan kembali timbul: Kenapa SPR masih tidak melaksanakan tuntutan BERSIH??

Something fishy somewhere.

Himpunan BERSIH menunjukkan ramainya rakyat Malaysia yang menyokong tuntutan BERSIH. 100,000 rakyat dari pelbagai kaum dari seluruh pelosok tanah air datang ke KL bukan angka yang sedikit! Sekiranya ada yang percaya dengan angka 4000 atau 20,000 oleh media, itu juga tanda orang yang bercakap tanpa turun ke padang. Umpama doktor yang mendiagnos tanpa bukti X-Ray, MRI, CT scan atau ujian makmal.

Timbul isu ‘himpunan BERSIH’ melawan kerajaan, apabila ada kenyataan dari DBKL tidak membenarkan peserta berhimpun. Maka, BERSIH yang pada asalnya hanya berhadapan dengan ‘SPR’, mula berhadapan dengan ‘kerajaan’ (PBT).

Persoalan lain timbul: Kenapa tidak benarkan sahaja mereka berhimpun secara aman di Dataran Merdeka? Sekiranya peserta dibenarkan berhimpun secara aman, maka DBKL tidak perlu memperuntukkan duit yang banyak untuk membeli pagar besi, tidak ada isu rempuh pagar, tidak ada polis bertindak balas(?), tidak ada peserta merusuh.

Untuk makluman, perhimpunan adalah aman dari 8.00am sehingga 3.30pm. Kekecohan cuma berlaku apabila polis menembak water cannon dan tear gas (yang dikatakan respons kepada sebilangan peserta merempuh pagar).

‘Keganasan’ semasa perhimpunan BERSIH.

Suka atau tidak, perlu di akui bahawa baik pihak polis mahupun peserta BERSIH, kedua-duanya melakukan keganasan. Keganasan polis sudah tidak boleh disorok lagi. Video di youtube sudah bersepah-sepah. Manakala keganasan peserta BERSIH, dikatakan adalah provokasi polis, Special Branch (SB) yang menyamar, dan lain-lain teori konspirasi.

Pengalaman (Prof) Dr. Abdul Aziz Bari ini mungkin menarik untuk dibaca.

Perkara lain yang perlu akui ialah, keganasan oleh peserta himpunan BERSIH (bukan polis) tetap ada.

Pada masa yang sama, ramai lagi anggota polis yang tidak bertindak ganas dan sekadar menjalankan tugas sebagaimana yang diarahkan. Mereka juga ada anak isteri untuk diberi makan.

Sekadar untuk berkongsi cerita, saya sempat solat jamak Zuhur dan Asar, berimamkan seorang anggota polis, dan di tepi saya seorang polis berpaku tiga (sarjan?). Kami bersalaman dan saling berbalas senyuman. Ada polis yang meminjam selipar (‘crocs’ asadi ‘cap ayam’. hehe.) saya untuk mengambil wudhu’. Aman! Ini mengukuhkan persepsi saya terhadap polis secara umum, dan menambah keyakinan saya bahawa perpaduan boleh dicapai melalui pelaksanaan syariat Islam seperti solat berjemaah, khutbah Jumaat, dan lain-lain hukum-hakam dalam Islam.

Kembali kepada isu BERSIH.

Suatu hari nanti, sekiranya (diulangi: sekiranya) PR memerintah, polis ini juga akan berkhidmat untuk mereka – maka pastinya mereka tidak mahu ada anggota polis yang membenci mereka.

Dalam pada itu, rakyat lain yang tidak mengikuti BERSIH juga harus adil menilai bahawa, keganasan oleh peserta BERSIH hanya sangat kecil dari keseluruhan peserta.

Sampah sarap yang ditinggalkan selepas kejadian adalah berpunca dari huru-hara setelah ditembak oleh water cannon dan tear gas. Saya juga tercicir botol air dan plastik berisi garam secara tidak sengaja setelah dirempuh oleh manusia yang bertempiaran lari. Saya cuba cari semula, tetapi sudah tak dapat dijumpai.

Pada masa yang sama, terdapat beberapa sukarelawan berbaju BERSIH yang mebawa plastik sampah ke sana-sini untuk mengutip sampah dari peserta!

Saya juga menghargai usaha-usaha persendirian yang mendedahkan peserta-peserta yang bertindak ganas dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sebagai usaha untuk ‘membersihkan’ BERSIH dan himpunan BERSIH. Bagaimana pula dengan polis yang mengganasi peserta?

Namun, pada saya, keganasan dan kekotoran itu bukan isu utama yang perlu dibesar-besarkan (walaupun ia boleh jadi isu yang penting).

Isu utama mesti difokuskan

Isu utama dalam BERSIH dan himpunan BERSIH adalah untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

SPR perlu diletak di hadapan kembali untuk dibincangkan.

SPR sudah boleh lega apabila ‘serangan’ diarahkan kepada PDRM dan untuk membela PDRM dengan menyerang balas terhadap “himpunan BERSIH”– sesuatu yang bukan sepatutnya “BERSIH” inginkan.

  1. Semua orang perlu bersetuju dengan tuntutan BERSIH kerana ia adalah kebaikan untuk seluruh rakyat – bukan sekadar untuk parti politik, bukan sekadar untuk kerajaan, bukan sekadar untuk pembangkang.
  2. Ada orang boleh tidak bersetuju dengan “himpunan BERSIH”, dengan menyedari bahawa BERSIH juga ada alasan kukuh untuk mengadakan “himpunan” itu.
  3. Semua orang perlu fokus pada isu asal BERSIH dan himpunan BERSIH iaitu menuntut beberapa perubahan untuk pilihanraya akan datang.
  4. Sekiranya perubahan itu dilakukan, baik BN mahupun PR sudah tidak boleh menyalahkan antara satu sama lain atau kepada SPR.
  5. Politik akan jadi (mungkin) lebih bersih dan ‘aman’, insyaALLAH.

Ini adalah BERSIH yang saya lihat dan harapkan.

One Response to “BERSIH 3.0 as I see and hope.”

  1. Afzani said

    Very well said, man. It’s very hard to find objective write-up post Bersih rally. Couldn’t agree more with you.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: