Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Selepas polarisasi kaum di Malaysia… apa seterusnya? – Satu sorotan paradoks perpaduan negara.

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on August 31, 2012

Konfrontasi itu akan tetap wujud. Tidak pernah ada dalam realiti hidup wujudnya masyarakat yang ideal yang memenuhi segala ciri positif yang diidamkan. Definisi ciri positif itu pun ada yang tidak disepakati, apa lagi kesepakatan masyarakat dalam memeluknya. Populasi manusia semakin berkembang mengiringi perkembangan sosio-politik-ekonomi tempatan dan dunia, membawa kepada bertambahnya kedinamikan sosial sekaligus meningkatkan kemungkinan untuk konfrontasi terus wujud.

Puluhan tahun yang lalu, penjajah dari Eropah datang membawa pelbagai perubahan kepada gugusan Tanah Melayu dan sekitar Nusantara. For good and bad reasons, perubahan itu adalah benang-benang anyaman yang telah membentuk fabrik sosial pada hari ini.

Selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957, antara cabaran dan agenda besar negara adalah mengurangkan jurang antara kaum – baik dari sudut ekonomi, politik mahupun hubungrapat sosial. Kemasukan Sabah dan Sarawak pada 1963 menambah lagi polariti sosial. Namun, pecahan struktur yang kerap manjadi polemik dan di’drama’kan adalah tripolar utama : Melayu – Cina – India.

Antara punca kepada polariti yang wujud dan polarisasi yang berlaku ini adalah dasar pihak pemodal (kapitalis) mematuhi hukum revolusi industri. Kaum Cina dan India dibawa masuk sebagai tenaga kerja manusia (human resource) untuk memajupesatkan sektor-sektor ekonomi yang menguntungkan di Tanah Melayu, seperti bijih timah dan getah.

Punca itu juga – sekiranya dibaca bersama sejarah dunia yang lebih besar – dikaitkan dengan tujuan politik nation-state (negara bangsa) berkonsepkan pecah dan perintah, sekaligus dikaitkan dengan tujuan untuk memenangi konfrontasi agama pasca perang salib (Crusades). Ini kerana Tanah Melayu mempunyai pertalian rapat dengan pemerintahan Turki Uthmaniyyah – benteng terakhir dominasi politik Islam.

Menguasai Tanah Melayu bererti melemahkan kuasa Turki. Mengawal ekonomi Tanah Melayu bererti melemahkan ekonomi empayar Islam. Menjajah Tanah Melayu bererti Barat mengatasi Islam.

Selepas Inggeris meninggalkan Tanah Melayu, maka pemimpin-pemimpin negara bersilih ganti menggalas tugas untuk mengurus tadbir kepelbagaian kaum ini. Pelbagai dasar dan kempen dirancang dan dilaksana untuk mengatasi cabaran polarisasi kaum ini, yang antara lain melibatkan lapangan-lapangan kritikal seperti ekonomi, pendidikan dan kuasa politik.

Pada masa yang sama, wujud paradoks tertentu – secara bacaan politik – yang dilihat bertentangan dengan maqasid dasar dan kempen tersebut. Atas kertasnya dinyatakan untuk merapatkan jurang antara kaum, tetapi tindakan-tindakan dan ucapan-ucapan dilihat seperti ingin mengekalkan status quo jurang perkauman untuk memastikan survival dan penguasaan politik.

Manifestasi paling kritikal kepada ketegangan kaum ini adalah tragedi 13 Mei 1969. Tarikh hitam itu telah membekaskan calar abadi dalam potret sejarah negara sebagai hari berdarah yang seharusnya dikenang dan diambil iktibar – walaupun apa yang berlaku pada hari ini seolah-olah sebaliknya: dilupakan dan ingin diulang semula dengan skrip dan pelakon berbeza.

Zaman terus berubah. Interaksi antara kaum semakin bertambah selari dengan perkembangan ekonomi dan pendidikan. Kaum Melayu, Cina dan India belajar sebelah menyebelah dalam kelas, berkerja bertentang mata dalam satu pejabat, berkongsi minat di padang bola sepak serta pusat membeli-belah serta berkahwin antara jalur ras yang berbeza. Ini semua menyumbang kepada lunturnya sedikit demi sedikit prasangka dan prejudis terhadap kaum yang berbeza – depolarisasi kaum. Revolusi ICT membantu lagi proses depolarisasi ini dengan mewujudkan lebih banyak ruang interaksi inter-kaum, walaupun ada juga sebilangan pihak yang menggunakan medan tersebut untuk meneruskan kempen perkauman.

Hari ini, selepas 55 tahun Tanah Melayu merdeka dan 49 tahun tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu, walaupun jurang itu sudah dikurangkan (?), kepolaran kaum ini masih lagi dapat dilihat dan dirasa.

Lebih teruk, iklim yang sedia tidak selesa ini ditambah lagi hawanya dengan ketegangan lain yang memburukkan lagi keadaan – polarisasi parti politik.

Dalam negara yang mengamalkan demokrasi, kewujudan parti-parti politik berbeza adalah satu keperluan sebagai mekanisme semak dan imbang (check & balance). Malaysia sedang membentuk identiti baru demokrasinya iaitu sistem dua parti. Kerajaan Barisan Nasional cuma memenangi 52% undi popular, mengukuhkan lagi keperluan dimensi ‘politik baru’ ini.  Dalam usaha keras (struggle) untuk membina identiti ini, sedar atau tidak, paradoks perpaduan turut terbina dalam fabrik sosial bangsa Malaysia. Situasi ini mungkin telah lama berlangsung, namun perkembangan teknologi komunikasi semakin mewajahkan fenomena ini kepada umum (sekurang-kurangnya bagi saya).

Ketika pelbagai parti politik (PKR, DAP and PAS to name the majority few) cuba meminumkan pertembungan antara banyak parti kepada pertembungan antara hanya dua parti, pertembungan yang tidak dirancang turut semakin mengukuh di kalangan rakyat. Krisis itu adalah krisis kebencian antara anggota dua parti politik terbesar tetapi antara kaum yang sama. Antara Melayu, Cina dan India dalam Barisan Nasional dan Melayu, Cina dan India dalam Pakatan Rakyat. Secara matematik, krisis antara tiga penjuru kaum sudah menjadi pertembungan tiga kuasa dua = sembilan penjuru. Krisis antara kaum yang sudah semakin ditangani dikalangan ahli parti menimbulkan krisis kaum lain pula dengan ahli parti lain. Atas nama perpaduan, perpecahan lain pula yang timbul.

Ini adalah antara drawback yang semakin membarah dikala dua parti terbesar negara sedang berusaha mengukuhkan imej masing-masing di era ‘politik baru’ ini.

Antara pendekatan untuk memenangi konfrontasi yang menyumbang kepada merebaknya pertembungan ini ialah penanaman politik kebencian terhadap pihak lawan (samada secara sengaja atau tidak). Politik mewujudkan persepsi kekuatan satu pihak dengan menyebarkan persepsi kelemahan pihak lain. Politik zero-sum game. Zero-sum game adalah tentang pertembungan atau situasi yang apa sahaja yang dimenangi oleh satu pihak mesti kalah di pihak yang lain (whatever gained by one side is lost by the other). Apa yang aku menang mesti kamu kalah. Sama ada aku menang semua, atau kamu kalah semua. Apa yang aku betul, kamu mesti salah. Sama ada hanya aku yang semua betul, atau hanya kamu yang semua salah. Tidak wujud istilah win-win situation dalam kamus game ini.

Satu kebenaran yang perlu diakui, bukan semua yang berada dalam medan itu adalah begitu. Masih ramai dikalangan mereka yang cakna dengan fenomena ini. Masih ramai yang berjiwa besar untuk mengakui kekhilafan sendiri dan memuliakan ‘lawan’. Masih ramai yang benar-benar inginkan a better Malaysia sebagai seorang true Malaysian, bukan pada symbol parti. Masih ramai yang mencari kebaikan secara alternatif ketiga. Tetapi mereka yang beraliran pemikiran sebegini seolah tidak laku di pentas perdana. Pencak mereka tidak popular dan tidak populis.

Cukup tentang masalah.

Beberapa tahun kebelakangan ini, anak-anak muda negara semakin rancak berbicara tentang minda negarawan, jiwa patriot, mentaliti kelas pertama, pemimpin berkelas dunia dan sebagainya. Pentas-pentas mahasiswa sering dibakar dengan idealism-idealisme ini. Usrah, tamrin, seminar, daurah, kolokium, konvensyen dan segala bagai lagi program sudah sebati dengan wawasan ini. Ini petanda yang cukup baik.

Nah! Malaysia sekarang ini medannya. Malaysia yang semakin porak dan polarized ini sememangnya memerlukan sentuhan-sentuhan negarawan, patriot, minda pertama dan generasi berkelas dunia untuk menyentuh bahu berbisik dengan berhemah mahupun menerajang melaung dengan terbuka terhadap para senior politikus tentang keporakan yang telah mereka cipta secara sedar atau tidak.

Kita menghargai usaha keras mereka pada zaman mereka untuk membina negara yang lebih baik. Kita berterima kasih atas pengorbanan mereka siang dan malam demi anak bangsa. Dan anak bangsa ini masih memerlukan sentuhan berhikmah dan berhikmat dari mereka.

Kita memerlukan sentuhan baru seperti watak Naruto yang mencari kedamaian dengan cuba memutuskan rantai-rantai kebencian (chain of hatred), bukan memanjangkannya lagi. Juga mungkin seperti Setsuna F. Seiei bersama Gundam 00 Raiser dan Gundam 00 Quanta yang ingin mengakhiri peperangan dengan saling cuba memahami, bukan saling menyerangi.

Islam telah lama menangani krisis perkauman. Negara yang memiliki perlembagaan bertulis pertama, iaitu Madinah mengandungi struktur sosial yang lebih kompleks berbanding Malaysia, ditambah lagi dengan cabaran sikap bangsa Arab yang sedia dimaklumi sebagai bangsa yang sukar diurus. Tetapi Aqidah Islam telah memurnikan segala. Islam tidak menilai pada cuma 5 milimeter ketebalan kulit, atau pada 5 cm luas atau sepetnya mata. Pendekatan syariat Islam (Islamic jurisprudence) mengutamakan keadilan untuk semua, secara substantif, tidak kira Muslim atau tidak, merentasi blok ras dan negara.

Kata Alan Kay, “The best way to predict the future is to invent it”. Contoh invention terbaik dalam mencorak masyarakat telah ada pada sejarah Islam.

Dan tulisan ini sekadar menambah satu sudut pandang untuk dicermati oleh rakyat Malaysia.

Selamat Hari Ulangtahun Kemerdekaan ke-55 buat seluruh rakyat Malaysia.

8 Responses to “Selepas polarisasi kaum di Malaysia… apa seterusnya? – Satu sorotan paradoks perpaduan negara.”

  1. SNA said

    panjangnya…

  2. SS said

    Kupasan yang menarik dan lain dari yg lain. Thanks

  3. Nuruddin said

    Wow..melihat kepada isi dan isu yang diutarakan. Bukan terpegun dengan faktor ‘wow’ yang sememangnya ada dikurniakan Allah kepada sesetengah hambaNya untuk menguji samaada dia bersyukur ataupun dia kan kufur. Penulisan yang baik untuk dicermati. =)

  4. SNA said

    Quotient y paling menarik;
    “For good and bad reasons, perubahan itu adalah benang-benang anyaman yang telah membentuk fabrik sosial pada hari ini.”…

    Pengekalan watak ‘childish’ y tidak mungkin dihapuskan;
    “Kita memerlukan sentuhan baru seperti watak Naruto yang mencari kedamaian dengan cuba memutuskan rantai-rantai kebencian (chain of hatred), bukan memanjangkannya lagi. Juga mungkin seperti Setsuna F. Seiei bersama Gundam 00 Raiser dan Gundam 00 Quanta yang ingin mengakhiri peperangan dengan saling cuba memahami, bukan saling menyerangi.”

    Sero Setsuna F.Seiei ni cerito kartun baru pulok…
    Mana watak Penjejak Awan,Penjejak Badai?
    Adakah Pedang Setiawan sudah dilupakan?….hehe…

  5. Nice perspective..
    very clear historical-view (especially 4 outsider seperti saya)

    — there are 3 essential part to build a strength nation, yaitu: Manusia, Tanah dan Sistem.
    setiap bangsa memiliki tanah dan manusia, But only of islam that offers a path that can be used by everyone.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: