Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Broken Window Theory: Antara ‘simptom’ dan ‘disease’.

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on February 6, 2008

Apabila seorang pesakit datang mengadu sakit perut kepada seorang doktor. Tiba-tiba doktor tersebut memeriksa denyutan jantung, anak mata, kerongkong dan suhu badan. Kemudian akhir sekali barulah doktor tersebut menjamah perut. Itupun ala kadar sahaja.

Aik? Perut aku yang sakit. Kenapa benda lain pulak yang diperiksanya? Apa kaitannya?

Doktor itu lebih tahu, yang mana ‘simptom’, yang mana ‘disease’.

broken_windows.jpg

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak dilaporkan berkata, kerajaan akan mengimplemen “Broken Window Theory” untuk memulihkan masalah sosial di 10 kawasan yang paling bermasalah. Sila baca laporan di Berita Harian, 5 Februari 2008: 10 kawasan gejala sosial tinggi dipulihkan

“Consider a building with a few broken windows. If the windows are not repaired, the tendency is for vandals to break a few more windows. Eventually, they may even break into the building, and if it’s unoccupied, perhaps become squatters or light fires inside.

Or consider a sidewalk. Some litter accumulates. Soon, more litter accumulates. Eventually, people even start leaving bags of trash from take-out restaurants there or breaking into cars.”

Maka timbul persoalan: Mampukah implementasi ini menyelesaikan keparahan gejala sosial? Atau ia hanya mambazirkan duit pembayar cukai untuk sesuatu yang tidak berbaloi. Even worst, they spend a lot for nothing!

Suatu ketika dahulu, apabila media melaporkan peningkatan masalah sosial, PM memberi respon: “Kenapa tinggi sangat?”. Tengok, PM yang mentadbir negara pun tak sedar betapa gejala sosial sekarang terlalu parah. More than expected!

Dari itu, ada beberapa isu yang saya fikirkan:

1. Antara ‘punca masalah’ dan ‘kesan masalah’. Antara ‘disease’ dan ‘simptom’.

Gejala sosial sekarang terlalu teruk. Dulu kecoh dengan isu bohsia bohjan. Isu buang anak yang tak kesudahan (punca dari seks luar nikah). Tak lama dulu dengan isu rempit, sampaikan produser filem menerbitkan filem khas pasal mat rempit. Kes culik kanak-kanak. Ragut. Bunuh. Rogol. Zina. Curi. Rompak. Bakar. Vandal. Rasuah. Punk. Hippies. Skinhead. Blackmetal. Dadah. Buli. Pukul. bla bla bla bla……

Semua ini adalah masalah sosial. Tapi, nanti dulu…. Walaupun kita mengkategorikan semua ini sebagai ‘masalah’, adakah semua ini benar-benar masalah? Atau ini semua hanya “tip of the iceberg”? Tersembunyi di sebalik ‘masalah’ di atas, suatu ‘masalah’ lain yang boleh kita definisikan sebagai ‘masalah sebenar’?

Bagi saya, segala gejala sosial yang telah disenaraikan (dan anda boleh tambah lagi) hanyalah surface. Semua tersebut adalah ‘kesan masalah’ dan bukan ‘masalah sebenar’. Dalam istilah kedoktoran, kesan masalah adalah ‘simptom’, dan masalah sebenar adalah ‘disease’. Justeru, senarai masalah di atas hanyalah ‘simptom’ dan bukan ‘disease’.

2. Merawat ‘disease’, bukan ‘simptom’.

Walaupun seseorang yang menemui doktor mengadu sakit perut, doktor lebih tahu bahawa itu hanya ‘simptom’ (kesan masalah) dan bukan ‘disease’ (punca masalah) yang sebenar. Macaman doktor tahu? Sebab dia belajar. Dia rujuk panduan. Panduan perubatan, penyakit, ubat-ubatan dan sebagainya.

Dalam merawat kesakitan masyarakat, para so-called ‘doktor masyarakat’ juga perlu bijak mendefinisikan masalah sebenar. Menangani masalah dengan merawat ‘simptom’ tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan akan timbul pelbagai ‘simptom’ lain pula yang mungkin akan merebak diluar jangkaan dan kawalan.

Oleh itu, untuk mendefinisikan masalah sebenar masyarakat, para ‘doktor masyarakat’ juga perlu merujuk panduan. Apakah panduan itu?

3. Belajar kaedah Nabi SAW dalam mendidik masyarakat

Pada zaman jahiliah, gejala sosial sangat teruk. Sistem nilai yang sangat rosak. Gejalanya hampir sama dengan apa yang berlaku sekarang, tetapi dalam pakej dan bentuk yang berbeza. Pada asanya,ia adalah sama. Sama-sama nasi lemak yang basi, tapi dulu dibungkus dalam daun pisang, sekarang dibungkus dalam tupperware. Hakikatnya, ia tetap nasi lemak yang basi.

Tapi datang seorang manusia bernama Muhammad bi Abdullah, yang berjaya mengubah keadaan itu. Baginda telah mengubah satu kelompok masyarakat pagan dan tidak bertamadun kepada satu kelompok umat yang telah mentadbir dunia. Umat itu bukan sahaja dari kalangan masyarakat Arab, tetapi karisma Nabi Muhammad SAW telah melangkaui sempadan negara dan bangsa. Baginda telah membina asas jaringan pentadbiran antarabangsa yang lebih mantap dari PBB dan lebih efisyen dari E.U.

Maka, boleh dikatakan Nabi Muhammad SAW merupakan ‘doktor masyarakat’ yang paling pakar dan paling berjaya. Oleh itu, orang yang ingin merawat masyarakat perlu belajar dari kaedah baginda mendidik umat.

Walaupun pelbagai gejala sosial yang berlaku, tapi Nabi Muhammad SAW tidak terus kepada menangani ‘simptom’ tersebut. Nabi tidak pergi kepada seorang penzina dan terus berkata: “Kamu tidak boleh berzina kerana ia merosakkan sistem masyarakat”. Kerana Baginda sangat tahu bahawa masalah tidak dapat diatasi dengan merawat ‘simptom’, tanpa mendasar ke punca penyakit (‘disease’)

Jika diselongkar lembaran sejarah tentang keunggulan rawatan kaedah Nabi Muhammad SAW, maka kita akan dapati isu pertama yang menjadi tumpuan Nabi SAW adalah: merawat AQIDAH.

4. Merawat ‘disease’ paling utama: kerosakan AQIDAH.

Saya pernah menulis tentang Aqidah dan Perjuangan di blog lama saya. Memetik definisi yang dikemukakan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor tentang Aqidah:

“Perkataan ‘aqada dalam bahasa Arab bererti mengikat. Aqidah adalah merupakan satu ikatan keyakinan yang mengikat diri seseorang, pemikiran seseorang dan hati seseorang dengan satu keyakinan dan dengan itu kehidupannya menjadi satu kehidupan yang terarah dan terpimpin.”

fadzilnoor.jpg

Dari definisi tersebut, kita dapat memahami bahawa hasil dari satu didikan Aqidah adalah ‘kehidupan yang terarah dan terpimpin’. Maka, sekiranya kaedah didikan ini digunakan, maka akan tiba satu saat, latar sosial yang dikatakan bermasalah ini akan menjadi menjadi luhur dan bersih, ‘terarah dan terpimpin’ menurut sistem nilai Islam.

.
.
.

Ini bukanlah sesuatu yang idealistik, kerana ia pernah dibuktikan secara praktikal suatu ketika dahulu. Akan tetapi ia memerlukan kefahaman, komitmen dan kesungguhan dari pelbagai pihak – terutamanya pihak yang berkuasa iaitu pemerintah negara.

Namun, harapan kita masih kabur kerana formula penyelesaian yang sebenar belum dapat dilihat. Usahkan tindakan, idea pun tidak ada! Yang ada hanya usaha-usaha tempelan yang setakat ini langsung tidak berkesan. Bahkan, situasi tetap semakin parah.

Mampukah “Broken Window Theory” ini berjaya? Tunggu dan lihat, anda adalah penilainya.

Tetapi, daripada kita hanya tunggu dan lihat, apa kata kita buat sesuatu yang lebih meyakinkan untuk menyelesaikan masalah ini.

Bagaimana? Daripada kita biarkan ‘doktor’ yang tidak tahu merawat ‘disease’, lebih baik kita serahkan kepada ‘doktor’ yang tahu kaedah rawatan yang betul.

Bagaimana? Jawapannya ada pada anda…🙂

4 Responses to “Broken Window Theory: Antara ‘simptom’ dan ‘disease’.”

  1. […] Langkah ini hanyalah kosmetik. Presented problem itu berbeza dengan real problem. Simptom itu hanya tanda penyakit, tetapi belum tentu itu adalah penyakit yang sebenar. Kalau H1N1, antara simptomnya adalah demam, batuk, sakit tekak dan pening kepala. Kalau sekadar di suap panadol untuk rawat demam, telan clarinase untuk rawat selsema, ubat batuk untuk rawat batuk, sampai bila pun virus H1N1 tu takkan hilang. Yang perlu di rawat bukan symptom, tapi the real disease. […]

  2. Wow! what an thought ! What a idea ! Attractive .. Incredible …

  3. whoah this weblog is great i really like reading your articles.
    Stay up the great work! You realize, a lot of individuals are looking
    around for this info, you can aid them greatly.

  4. This blog was… how do I say it? Relevant!! Finally I have found something that helped me.
    Thanks a lot!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: