Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Archive for November, 2012

Sesorot pasca Arab Spring

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on November 17, 2012

Dunia sedang menanti corak Timur Tengah (dan dunia) pasca Arab Spring.

‘Kebangkitan Islam’, kata mereka.

Kebangkitan ini berlaku pada era globalisasi yang telah menjadi global – globalized globalization.

Tanah Arab/ Timur Tengah yang mengalami kebangkitan itu juga adalah sebahagian dari ‘tanah jajahan’ globalisasi ini.

Jaringan ekonomi-politik-sosial intranasional dan internasional yang berselirat dan complicated.

Mengisi ‘kemenangan’ dan ‘kebangkitan’ tidak semudah yang disangka.

Umpama sebuah negeri yang menjadi anggota dalam sebuah negara persekutuan (federal), sebahagian urusan dalam negeri itu masih tertakluk kepada kuasa federal.

Sebahagian (mungkin banyak) urusan dalam negara-negara Arab yang telah mengalami ‘kebangkitan’ itu juga masih terpaksa tertakluk kepada kuasa ‘global’.

Mengisi kemenangan itu lebih sukar dari mencapai kemenangan.

Dunia terus menunggu. Lambat atau cepat, perubahan pasti berlaku!

“The only thing that is constant is CHANGE!”

Berkaitan:

1. Arab spring & Malaysian monsoon

2. Is Egypt revolutionizing?

3. Libya: a long way to go on a hard path?

4. Memandu perubahan

Posted in Bicara Isu, Entri pendek | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Paradoks pengajaran dan pembelajaran sains

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on November 16, 2012

Pemecahan lapangan pengajian sains tulen kepada tiga substance asas – fizik, kimia, biologi – amat penting dan nyata memberi menfaat yang besar dalam bidang kajian menurut sistem rangkaan manusia.

Kontranya, ia amat menyukarkan produk sistem pendidikan itu untuk memahami kesepaduan antara ketiga-tiga elemen asas sains itu. Seolah-olah bermain dengan puzzle di sudut masing-masing tetapi kabur idea tentang keseluruhan gambar yang sedang dibentuk.

Apatah lagi untuk disepadukan dengan elemen-elemen yang metafizik atau ghaibiyyat atau ruh sifatnya.

Pemecahan tembok – anjakan paradigma dan sistem kepercayaan dunia sains – diperlukan.

Paradigma yang lebih total sifatnya, kalaupun bukan yang absolute.

Harus mencari dan menunggu paradigm shift seterusnya – sebagaimana yang dimaksudkan oleh Thomas Kuhn.

Salam Tahun Baru 1434 Hijriyyah.

Posted in Entri pendek, Sains | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

 
%d bloggers like this: