Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Archive for February, 2008

You will never walk alone

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on February 22, 2008

Berita Sukan

Liverpool dikritik hebat apabila tewas 1-2 kepada divisyen ‘budak-budak’, Barnsley dalam perlawanan Piala FA.

Tamparan hebat buat sebuah kelab gergasi Eropah yang dijadualkan akan bertemu Inter Milan, pendahulu Liga Itali dalam Liga Juara-juara 3 hari selepas itu.

Akan tetapi, 3 hari kemudian….

images.jpg vs im.jpg

Liverpool 20 Inter Milan

Sekali lagi, Steven Gerrard menjadi kunci kemenangan dan kebangkitan Liverpool apabila menjaringkan gol bergaya pada minit-minit akhir permainan. Inspirational captain yang hebat dan menghebatkan orang lain. Bak kata Covey dalam Habit ke-8: He has his voice and inspire others to find theirs.

Walau apapun, kebenarannya adalah, pada musim ini Liverpool dikatakan terumbang-ambing dalam mencari rentak sebenar prestasi mereka, khususnya dalam persaingan Liga Perdana Inggeris.

Berita dalam negara

Dikala prestasi pasukan Liverpool yang sukar dijangka, begitu jugalah iklim politik di Malaysia. Pada 1999, letusan reformasi menyebabkan Barisan Alternatif berjaya merampas banyak kerusi dari Barisan Nasional. Tetapi pada 2004, gelombang itu terus hilang apabila BN bejaya memenangi PRU 11 dengan penuh bergaya.

PRU 12 2008 kali ini, bagaimana? Adakah akan menyaksikan kebangkitan BA sebagaimana Liverpool menewaskan Inter Milan? Atau BN terus mengekalkan reputasinya? Pemimpin-pemimpin setiap parti meluahkan rasa yakin untuk memenangi PRU kali ini. Walu apapun, keputusan adalah ditangan anda.

Posted in Liverpool, Politik | 2 Comments »

Rawat Kelantan?

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on February 22, 2008

kerajaannegeril.jpg

Kerajaan Negeri Kelantan isytihar 2008 sebagai Tahun Melawat Kelantan. Kerajaan Persekutuan (yang dah dibubar) pula isytihar 2008 sebagai Tahun Merawat Kelantan.

Nak rawat? Nak rawat ni, rawat orang yang sakit. Kelantan sakit apa?

Awan berada di Baling, Kedah mengikuti satu program anjuran Setiausaha Parlimen (bekas) merangkap Ahli Parlimen Baling (bekas), Dato Dr Mashitah Ibrahim ketika akhbar perdana menyiarkan berita ini.

mashitah.jpg

Semasa di Baling, Awan sempat berbual dengan En. Mamat (bukan nama sebenar), seorang staff dari Jabatan Perdana Menteri. Respon beliau tentang isu ini:

“Dia nak rawat (Kelantan) tu, kena sedar… sapa yang bantai?”

Hah. Cuba kawan-kawan jawab… Kelantan ‘sakit’ tu, sapa yang bantai Kelantan?

Posted in Politik | 2 Comments »

PM tipu?

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on February 13, 2008

PM tipu?

bt_02.jpg

Berita Harian 13 Feb 2008: Parlimen tidak dibubar hari ini: PM

“Tak jadi bubar esok (hari ini). Seronok khabar angin ini (tetapi) esok (hari ini) tak ada pembubaran Parlimen,” kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung desas desus kononnya Parlimen akan dibubarkan hari ini.

Utusan Malaysia, 13 Feb 2008: PM ulas desas-desus pembubaran Parlimen hari ini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan desas-desus yang semakin hangat bahawa beliau akan mengumumkan pembubaran Parlimen, esok.

The Star, 13 Februari 2008: Parliament won’t be dissolved today, says PM

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi put an end to such speculation, telling reporters here yesterday: “Esok tak ada (No, it won’t be tomorrow)”.

.
.
.

Tak sampai 24 jam dari kata-kata itu…

Terkini di Utusan Malaysia, 13 Februari, 2:41pm: Parlimen bubar hari ini

Pengumuman pembubaran Parlimen itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini:

MStar online:PM bubar Parlimen — 15 bulan lebih awal dari tempoh tamat penggal ke-11

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa Rabu bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Beliau mengumumkan pembubaran itu pada satu sidang media di pejabatnya di sini, yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 pada tengah hari Rabu.

The Star:Parliament dissolved, elections on

PUTRAJAYA: Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has announced that Parliament has been dissolved, paving the way for the 12th general election

.
.
.

Rakyat kena tipu oleh PM hidup-hidup?
Adakah ini kali pertama?

Yang ni tipu jugak tak?—-> The Star, 8 Februari 2008: PM: I work hard to fulfil duties

Posted in Bicara Isu, Bicara Tokoh, Politik | Tagged: | 3 Comments »

Mahasiswa tidak menggugat?

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on February 9, 2008

Mahasiswa lebih suka playsafe? Lebih selesa berjuang (?) dalam gelanggang sendiri sahaja? Hilang identiti hinggakan terlalu disinonimkan dengan gerakan pembangkang? Tin kosong (merujuk kepada polemik Parti Mahasiswa Negara)?

Saya mengambil masa agak lama untuk menjawab soalan diatas. Anda ada jawapannya untuk saya?

Tempelak untuk mahasiswa:

1. Semangat anti-rasuah pelajar Malaysia lemah

2. Budak umur 5 tahun pun tahu memperjuangkan hak asasi manusia.

little-girl.gif

(Gambar ini dicilok dari blog Jeff Ooi)

Posted in Mahasiswa | Tagged: | Leave a Comment »

Broken Window Theory: Antara ‘simptom’ dan ‘disease’.

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on February 6, 2008

Apabila seorang pesakit datang mengadu sakit perut kepada seorang doktor. Tiba-tiba doktor tersebut memeriksa denyutan jantung, anak mata, kerongkong dan suhu badan. Kemudian akhir sekali barulah doktor tersebut menjamah perut. Itupun ala kadar sahaja.

Aik? Perut aku yang sakit. Kenapa benda lain pulak yang diperiksanya? Apa kaitannya?

Doktor itu lebih tahu, yang mana ‘simptom’, yang mana ‘disease’.

broken_windows.jpg

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak dilaporkan berkata, kerajaan akan mengimplemen “Broken Window Theory” untuk memulihkan masalah sosial di 10 kawasan yang paling bermasalah. Sila baca laporan di Berita Harian, 5 Februari 2008: 10 kawasan gejala sosial tinggi dipulihkan

“Consider a building with a few broken windows. If the windows are not repaired, the tendency is for vandals to break a few more windows. Eventually, they may even break into the building, and if it’s unoccupied, perhaps become squatters or light fires inside.

Or consider a sidewalk. Some litter accumulates. Soon, more litter accumulates. Eventually, people even start leaving bags of trash from take-out restaurants there or breaking into cars.”

Maka timbul persoalan: Mampukah implementasi ini menyelesaikan keparahan gejala sosial? Atau ia hanya mambazirkan duit pembayar cukai untuk sesuatu yang tidak berbaloi. Even worst, they spend a lot for nothing!

Suatu ketika dahulu, apabila media melaporkan peningkatan masalah sosial, PM memberi respon: “Kenapa tinggi sangat?”. Tengok, PM yang mentadbir negara pun tak sedar betapa gejala sosial sekarang terlalu parah. More than expected!

Dari itu, ada beberapa isu yang saya fikirkan:

Read the rest of this entry »

Posted in Aplikasi Hidup, Bicara Isu, Politik | Tagged: | 4 Comments »

Hari ini dalam sejarah: Selamat Hari Lahir IBU

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on February 4, 2008

4 Februari 1944: 64 tahun yang lalu. Lahir seorang manusia yang sangat mulia ke dunia ini. Sesungguhnya, tidak ada insan yang boleh mengganti tempat beliau di lubuk hati saya.

4 Februari 2008: Hari ini, beliau menyambut hari lahir ke-64.

Tidak ada kata-kata yang mampu kugambarkan, betapa hati ini rindu setiap kali mengenangkan diri beliau. Walaupun saya pernah dilabel sebagai ‘seorang yang susah dikawal’ oleh salah seorang abang saya, kadang-kadang terlalu lama tidak telefon, tidak SMS, akan tetapi yang pasti doa saya tak pernah lekang untuk insan ini di mana sahaja saya berada.

Saya akan pastikan raut tua wajahnya akan saya gembirakan dengan apa jua usaha yang mampu saya lakukan selagi saya masih hidup, dan mengusahakan kebahagiaan beliau di dunia sana nanti.

Hari ini, sekali lagi hati yang keras ini, rindu dan sayu…

Selamat hari lahir… MA…

momisloveprintc11803637om6.jpg

Posted in Bicara Tokoh | 2 Comments »

 
%d bloggers like this: