Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Archive for December, 2008

Kenapa bantah hudud?

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on December 27, 2008

Pak Mat seorang penoreh getah di Kampung Hulu Sat. Beliau tak puas hati apabila Syarikat minyak PetroMan memperkenalkan akta baru bagi pekerja syarikat di pelantar minyak tersebut supaya mewajibkan memakai topi keselamatan apabila bekerja. Persoalannya, kenapa Pak Mat pula yang tak puas hati? Beliau berusaha untuk menghantar memorandum kepada Ketua Eksekutif PetroMan.

Isu hudud mula disensasikan kembali oleh pihak-pihak tertentu, untuk kepentingan-kepentingan tertentu.

Kita tolak ketepi semua sentimen politik kepartian.

Sekarang, bagi mereka yang bersekolah dan bijak menilai, cuba berfikir atas prinsip nilai dan secara akademik.

1. Kenapa hudud perlu dibantah?

2. Bagi mereka yang membantah, sudahkan anda meneliti apa kandungan hukum tersebut?

3. Sekiranya anda telah meneliti, apakah kesan buruk jika hudud di aplikasikan di Malaysia?

Sekiranya saya menamakan kembali ‘hudud’ dengan nama ‘undang-undang jenayah’, sebagai penggantian dan penambahbaikan kepada undang-undang sedia ada, adakah anda sedia berbincang mengenainya, atau masih hendak menolak secara mentah-mentah?

Hudud (atau apa sahaja nama yang boleh diberi padanya) merupakan undang-undang yang objektifnya adalah untuk melindungi 5 perkara asas dalam hidup manusia, iaitu:

1) Agama
2) Nyawa
3) Akal
4) Maruah
5) Harta

Dalam ilmu pengajian Islam, 5 perkara ini di namakan sebagai ‘maqasid syar’iyyah’ atau ‘objektif syariah’.

Kalau ini merupakan undang-undang untuk melindungi kepentingan umat Islam, kenapa umat Islam sendiri perlu membantah? Apa salahnya Syarikat PetroMan memperkenalkan akta untuk melindungi pekernya sendiri?

Orang bukan Islam pula, kenapa nak sibuk tanpa sebab sedangkan ia tidak melibatkan anda semua? (bergantung kepada perbahasan fiqh) Kenapa nak jadi macam Pak Mat yang tak ada kaitan pun dengan uindang-undang tersebut?

Advertisements

Posted in Bicara Isu, Politik | Tagged: | 4 Comments »

Amaran untuk bloggers!

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on December 27, 2008

Muka depan Utusan Malaysia 27 Disember 2008:

Laman blog menghina Nabi Muhammad

Blog ini mengutuk sekeras-kerasnya makhluk-makhluk yang bacul berlindung atas nama kebebasan bersuara untuk menghina agama dan mencetuskan ketegangan agama.

Blog ini juga memberi amaran awal kepada semua bloggers, isu ini mungkin sengaja akan dimainkan oleh pihak-pihak tertentu untuk menyekat aktiviti para bloggers.

Kerana kerbau seekor yang tak sekolah, habis satu kelas kena lumpur. Maka kelas itu pun akan ditutup kerana ada seekor kerbau yang tak pernah belajar erti sebuah kehidupan dengan disiplin keilmuan dan prinsip kebenaran.

Apakah Ops Lalang akan dilancar lagi?

Posted in Bicara Isu, Bicara Tokoh | Tagged: | Leave a Comment »

 
%d bloggers like this: