Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Memandu perubahan

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on July 21, 2009

Perubahan itu sunnah alam.

Bumi…

Bumi sentiasa berubah. Dulu di situ penuh tumbuhan, kini penuh bangunan. Dulu di sana ada bukit, kini bertukar ada konkrit. Sungai jernih itu sudah keruh. Bumi sedang sakit. Tapi inilah tempat kita tinggal. Tiada tempat lain… Lagi.

Dunia…

Dunia juga berubah. Dulu aman, kini perang. Dulu perang, kini masih berperang. Dulu kawan, bertukar lawan. Lawan sudah jadi kawan. Pening dengan dunia. Masih amankah? Tapi inilah dunia kita. Di dalamnya ada macam-macam. Yang zahir dan yang ghaib. Ini dunia kita – manusia.

Manusia…

Manusia selalu berubah. Hidup dalam dunia yang berubah. Manusia berkembang atau/dan menyusut. Dari lahir, kanak-kanak, remaja, dewasa, tua dan mati pada akhir atau mana-mana peringkat perubahan. Mati itu pasti. Titik.

Tapi matinya manusia bukan titik akhir kehidupan, kerana masih ada kehidupan selepas kematian. Kehidupan selepas kematian itu adalah abadi. Jauh lebih utama berbanding kehidupan kini. Bagaimana kehidupan selepas kematian nanti, ditentukan oleh kehidupan sebelum kematian ini. Kehidupan sebelum kematian ini adalah medan pelaburan dan perjuangan untuk kehidupan selepas kematian.

Syurga atau neraka? Aman atau keruan? ALLAHu a’lam.

Politik. Kewangan. Pendidikan. Alam ciptaan. Ketenteraan. Social. Hiburan. Dalam negeri. Luar Negara. Lelaki. Wanita. Tua. Muda. Siang. Malam. Anda senaraikan. Panjang. Sangat panjang.

Senarai itu urusan kita di bumi. Tanggungjawab kita di dunia. Kehidupan kini. Menuju kehidupan selepas mati.

Bumi ini amanah. Dunia ini tanggungjawab. Di zaman yang tiada Nabi dan Rasul. Berjalan makhluk yang mewarisi tugasan itu. Merekalah harapan. Mereka itu manusia. Mereka itu kita.

Bumi, dunia dan manusia akan terus berubah. Perubahan seterusnya bagaimana? Ramalannya bersepah-sepah. Realitinya? Entah.

The best way to predict the future is to invent it. – Alan Kay

Bumi yang sakit ini menunggu tangan-tangan yang mampu mengubatnya. Dunia yang ketakutan ini menunggu tangan-tangan untuk mengamankannya. Menunggu tangan-tangan yang memandu perubahan ke arah kebaikan.

Berkata Rub’i bin Amir kepada Rustam si Panglima Persia:

“Allah mengutuskan kami (orang-orang Islam), untuk kami mengeluarkan (memerdekakan) manusia dari mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada ALLAH SWT, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dari kezaliman agama kepada keadilan Islam”

Islam memandu manusia dan dunia ke arah kesejahteraan kehidupan sebelum dan selepas kematian.

Atas nama Islam. Kita harus terus berjuang. Memandu perubahan. Menuju kehidupan selepas kematian. Rindu bertemuNYA.

7 Responses to “Memandu perubahan”

  1. pertama kali membaca penulisan en.ultimatum dengan gaya sedikit berlainan kali ni…
    sudah ada bunga2 bahasa n bait2 sastera mula menonjol…
    banyak2 artikel,mungkin y ni y plg sy gemari terutamanya ayat ending penutup artikel ini..
    Mengingatkan dosa-dosa yang telah dilakukan di muka bumi sebelum menuju kehidupan kekal abadi…
    Ungkapan Ibnu Mas’ud RA mengatakan,”Mukmin melihat dosa seolah-olah berada di bawah gunung,bimbang sekali gunung itu akan menghempap ke atas mereka.Manakala orang maksiat itu melihat dosa bagaikan lalat yang hinggap di hidung.”

    *P/S:sila betulkan nama ‘syarifah nur athiqah’->”syarifah nur atiqah”…
    & ‘saadah cairo’->”saadah alex”….harap maklum..tq..

  2. Mungkin sebab lama tak update blog. Terlalu banyak nak luah. Tapi tak dapat. So, otak terpaksa fikir cara lain untuk ‘puas’kan hati yang meronta.

    Owh… ana sajo jah eja salah, nak tengok tuan dia perasan tak.🙂

  3. […] untuk memandu perubahan, membawa negara ke arah yang lebih baik adalah usaha 7 eleven 24/7 yang tugas itu bukan hanya perlu […]

  4. Khai hamasyie said

    athiqah ialah kak tikah uia..Dio ttuka tu posh..Berbunga2!
    saya pun menyedari.Tahniah kerana sudah bertambah skills baru..
    Harap N5M sedikit sebanyak menolong..

    Dua amanah,salah satunya “khalifah!”
    subnya bermacam..
    untuk setiap itu akan di tanya..
    Kalau tidak mampu berlaku adil,janganlah berlaku zalim..
    Kalau dosa itu dosa,bertaubat lah dengan pahala..
    Kalau neraka itu neraka bertaubatlah dengan syurga

  5. kalamun sidqun said

    Khai Hamasyie, sudah lama en awan guling aka org kg bandar pandai berbunga2 dlm pertuturannya…cuma sajo dio xse tunjuk…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: