Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Minda antarabangsawan (Internationalism)

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on February 4, 2013

Saya kadangkala mencari dan memerhati siapakah figura negarawan dan pada masa yang sama adalah seorang antarabangsawan.

Negara-wan berjiwa antarabangsa-wan.

Memurni dan mengharmoni politik negara itu sememangnya mencabar. Tetapi, memurnikan politik antarabangsa itu jauh lebih mencabar. Pendidikan kesatuan inter-nation terasa masih kurang dikalangan rakyat nation state pasca kolonial.

(nota tengah bagi yang memerlukan: nation state adalah negara yang ditubuhkan berasaskan bangsa, yang secara sejarahnya dipecah-pecah oleh para kolonial berdasarkan prinsip ‘divide and rule‘. Negara-negara yang ada pada hari ini kebanyakannya adalah  negara-negara nation state hasil komplot kolonial-kolonial Eropah)

Kenapa kasih sayang dan kesatuan terhenti di lapisan kulit dan sempadan negara?

Kadangkala, negara yang jauh diprihatini, tetapi negara jiran terdekat pula tidak disantuni.

Di dalam usrah, tamrin dan kuliah, acapkali kita diingatkan akan matlamat perjuangan, yang disimpulkan secara tertibnya sebegini:

Individu > Keluarga > Masyarakat > Negara > Khilafah.

Namun, kadangkala, terasa fikrah khilafah jarang mengiringi dan dibumikan bersama perjuangan membina daulah.

Perjuangan kita untuk negara kadangkala mengguris hati saudara-saudara di negara jiran.

Perbincangan kita jarang menyebut visi persaudaraan serantau, mahupun global.

Polisi yang kita garap kurang mesra-jiran. Mungkin ianya mesra-kapitalis untuk menarik pelabur dari negara yang jauh, tetapi ianya untuk kepentingan ekonomi, jarang menyinggung isu penyatuan serantau atau global.

Sudah acapkali kita mendengar seruan supaya anak muda berjiwa besar dan berminda negarawan. Keluar dari kepompong sempit dan berfikir lagak seorang pemimpin negara. Cakna dengan masalah-masalah rakyat dan negara, mencari solusi dan mengaksikan solusi itu bersama dengan kepimpinan.

Saya kira, tahap seterusnya dari jiwa dan minda itu adalah: minda antarabangsawan. Internationalism.

Sedangkan mencari seorang statesman itu sudahpun sangat sukar…
(Saya menganggap statesman atau patriot itu berbeda sifatnya berbanding politician berdasarkan parti)

Siapakah figura yang anda kenal?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: