Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Archive for August, 2011

Bintang

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on August 19, 2011

Ketika rancak berblog di era awal bergelar blogger, saya pernah menulis tentang bintang di sini dan di sini.

Usai bersahur pagi tadi, sekali lagi saya melihat bintang-bintang di langit. Tidak banyak, tetapi masih ada. Mungkin musim yang agak merusuh di selatan benua kebelakangan, membuatkan awan galak melitup sinar langit. Sinar yang mengambil masa ribuan tahun merentas angkasa sebelum menjengah di bumi untuk tatapan manusia yang sering alpa.

Membelek lembaran maya pagi ini, saya membaca pula tulisan tentang bintang-bintang di bumi. Baik yang masa hidup atau yang telah mati. Antaranya tentang Albert Einstein di sini. Saya baru teringat, saya pernah terdengar dan terbaca, beliau pernah ditawar menjadi Presiden negara Israel suatu ketika dahulu. Tetapi beliau menolak dan memilih untuk memahat legasi di bidang akademik dan bergiat sebagai aktivis kemanusiaan. Bintang-bintang di bumi adalah sumber inspirasi kepada kita untuk terus berusaha meningkat upaya diri dan mencapai impian.

Melihat bintang di langit, saya melihat masa silam yang mendamaikan. Sinar mereka tiba di bumi setelah beribu tahun merentas angkasaraya

Melihat bintang di bumi, saya melihat masa depan yang mengujakan. Sinar mereka itu inspirasi buat diri untuk menggenggam citaraya.

DIA lah TUHAN sekalian alam yang nyata dan ghaib, sekalian zaman yang lalu dan akan datang. SubhanaLLAH…

Posted in Aplikasi Hidup, Bicara Tokoh, Motivasi, Sains | 2 Comments »

Pensyariatan puasa dan pengurusan korporat

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on August 16, 2011

Naqib dan mentor saya, Amin Idris pernah menyampaikan tazkirah ringkas suatu ketika dahulu. Saya mengambil idea beliau dan mengembangkannya. Maka di sini saya kongsikan bersama kalian

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekali

an manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah)” (Surah Al-Baqarah: 185)

Al-Quran adalah bahasa yang terindah

Nabi Muhammad SAW dibangkitkan dikalangan masyarakat Arab Quraisy yang pada ketika itu amat mengagungkan bahasa yang indah. Para penyair Arab pada ketika itu adalah sasterawan dan orator yang amat berpengaruh.

Kalau abad ke-20 merakamkan ucapan lagenda ‘I have a dream’ oleh Martin Luther King, dan ucapan ‘Change’ oleh Barack Obama pada abad ke-21, maka orator Arab Quraisy pada zaman itu tidak kalah kuasanya. Syair yang hebat boleh dijadilkan political and busieness mileage, dan ia juga boleh dijadikan tool untuk misi character assasination pada ketika itu. Demikian dahsyatnya pukauan bahasa dikalangan massa Arab Quraisy.

Oleh kerana itu, di peringkat awal penurunan Al-Quran yang bermula pada bulan Ramadhan, gaya bahasanya amat indah dan memukau. Tatabahasanya amat tepat dan mendalam, sekali-sekala diselit dengan metafora yang mengagumkan, apatah lagi isinya yang membawa maksud yang menusuk – membuatnya warga Arab Quraisy pada ketika itu akur dengan kehebatan Al-Quran.

Namun, Al-Quran turun bukan membawa misi kebahasaaan, tetapi sebagai petunjuk (الْهُدَى) dan pembeza (الْفُرْقَانِ). Namun, Al-Quran membawa laras bahasa yang sesuai dengan ummah pada ketika itu untuk tackle hati mereka agar beriman dengan kesucian wahyu dari langit ini.

Laras bahasa yang sesuai untuk kelompok yang sesuai

Al-Quran mendidik kita untuk bijak mengguna laras bahasa yang tepat untuk sasaran yang betul. Ianya sukar, namun kedinamikan manusia dan penyelarasan kerja secara kolektif mampu menjadikan cabaran ini satu operasi yang indah.

Kadang-kadang kita ingin menyampaikan mesej yang sama, tetapi pemilihan perkataan dan susunan ayat perlu dibezakan.

Sebagai contoh:
Bahasa untuk pelajar sekolah: Adik-adik mesti belajar dengan lebih rajin untuk berjaya dalam peperiksaan!
Bahasa untuk eksekutif korporat: Kita mesti bekerja dengan lebih efektif dan efisyen untuk meningkatkan produktiviti syarikat.

Pengajaran pengurusan korporat dalam pensyariatan puasa

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa, sebagaimana yang telah diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa” (Al Baqarah:183)

Sudah ramai ustaz-ustaz menghuraikan pengertian ayat kewajipan berpuasa tersebut. Artikel kali ini cuma ingin menambah nilai melalui perspektif sains kemanusiaan dan sains pengurusan.

1. Target yang spesifik ( يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا )

Dalam sesebuah bisnes, penentuan target market adalah sangat penting. Begitu juga dengan lapangan lain seperti bidang penulisan, pendidikan, latihan motivasi dan sebagainya. Isi buku, modul training dan silibus haruslah disesuaikan dengan target.

Dalam ayat ini, dinyatakan penspesifikan pensyariatan puasa oleh ALLAH SWT kepada orang yang beriman. Dan sekiranya golongan itu adalah golongan yang beriman, maka tidak dapat tidak mereka (kita) tergolong dan wajib untuk mendengar apa yang ALLAH SWT sampaikan dalam ayat ini.

2. Dokumentasi bertulis ( كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ )

Dalam ayat ini, ALLAH SWT mewajibkan puasa dan kewajipan itu dinyatakan secara bertulis ( كُتِبَ ).

Maklum diketahui bahawa sesuatu dokumen bertulis itu lebih kuat hujahnya berbanding dokumen tidak bertulis. Nabi Muhammad SAW mendraf perlembagaan Madinah secara bertulis, sekaligus perlembagaan bertulis yang pertama di dunia. Akta, pekeliling dan warta juga harus digazet secara bertulis. Hujah penghakiman di mahkamah juga wajib ditulis, selain dibaca secara verbal oleh hakim. Dokumen-dokumen bertulis yang sah juga adalah hujah yang amat kuat untuk dijadikan bahan bukti di mahkamah atau dalam urusan-urusan rasmi.

Maka, demikian juga dalam pengurusan korporat. Sesebuah pengurusan yang baik menitikberatkan dokumentasi bertulis untuk melancarkan urusan-urusan syarikat.

3. Dorongan motivasi ( كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ )

ALLAH SWT tidak sekadar menyatakan kewajipan berpuasa, tapi turut menyatakan bahawa kewajipan yang sama telah disyariatkan kepada umat-umat terdahulu.

Dari satu sudut, ini merupakan satu satu kaedah motivasi dari ALLAH SWT. “Kalau orang dahulu boleh buat, kenapa kamu tak boleh?!”. Antara sumber motivasi yang efektif adalah melalui penekunan dan pembongkaran sejarah. Menelusuri sirah nabawiyyah, sirah sahabat-sahabat, para ‘alim ulama’ silam dan jejak-jejak orang yang telah berjaya adalah antara ramuan utama untuk mengecap kelazatan sebuah usaha meniti kejayaan.

Begitu juga dalam pengurusan organisasi, memotivasikan ahli-ahli dalam organisasi adalah satu kemestian. Buku-buku pengurusan organisasi dan sains kemanusiaan seperti tulisan Stephen Covey, John Maxwell amat menekankan aspek ini. Tetapi, ternayata Al-Quran mendahului dan mempelopori aspek ini sebagaimana dalam ayai ini dan ayat-ayat yang lain.

4. Kejelasan matlamat ( لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ )

Taqwa adalah anugerah yang agung untuk hamba-hamba ALLAH SWT. Taqwa adalah kunci kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Mudah-mudahan’ yang ALLAH SWT nyatakan dalam Al-Quran bukanlah calang-calang ‘mudah-mudahan’. Pernyataan tersebut adalah kepastian yang pasti. Andai seorang Perdana Menteri membuat pengumuman untuk memberi sumbangan, maka wajib bagi beliau untuk menunaikan katanya. Jika tidak, political image bagi seorang PM akan merosot dengan teruk. Itu baru seorang PM. Apatah lagi janji ALLAH SWT untuk hamba-hambanya..

‘Begin with end of mind’ adalah kata-kata yang sering diluncurkan dari mulut para motivator kini. Sebenarnya, frasa itu bersumber dari prinsip yang ALLAH SWT didik hambaNYA dalam pensyariatan puasa ini dan juga dalam lain-lain ayat. Atas semangat yang sama jugalah organisasi-organisasi beroperasi. Andai tergelincirnya organisasi dari landasan matlamat, maka organisasi tersebut akan menjunam ke gaung atau melanggar kedai roti canai di tepi landasan.

Penutup

Al-Quran merupakan petunjuk yang ‘alamiy (universal) dan syumuliy (komprehensif), tidak terbatas dengan sempadan geografi dan bangsa. Isinya amat mendalam dan meluas. Aplikasi amat menyeluruh dan komprehensif. Tinggal lagi tanggungjawab ummah pada ketika ini adalah untuk belajar dan mengkaji rahsia Al-Quran dan menterjemahkannya dalam kehidupan seharian, baik kehidupan secara individu mahupun secara kolektif.

Posted in Motivasi | 4 Comments »