Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Archive for the ‘1’ Category

New blog

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on April 23, 2014

Time goes on.
People grow and change.

I blog in a new blog.
There’ll be no more update for this blog. Probably. Period.

 

Posted in 1 | 2 Comments »

Iklim ‘kemenangan’ bukan penentu kemenangan

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on February 17, 2013

Analisis, mood, sambutan terhadap program dan sebagainya seolah hampir semuanya membawa petunjuk bahawa akan berlaku perubahan dalam PRU 13 akan datang.

Ini adalah iklim ‘kemenangan’ yang tidak pernah berlaku dalam sejarah, termasuk sebelum berlaku tsunami politik dalam PRU lepas.

‘Feel good factor’ ini memang diperlukan bagi matematik demokrasi.

Ironinya, bagi seseorang pejuang Islam, iklim ‘kemenangan’ ini boleh membawa kepada sebuah petanda buruk.

Ingatlah pengajaran Perang Hunain, apabila bilangan tentera Islam lebih ramai dari musuh. Dan tentera Islam memiliki faktor matematik untuk menang, lalu sebahagian dari mereka meletakkan keyakinan kepada faktor matematik tersebut dan bukan lagi kepada ALLAH. Kesannya, tentera musuh yang sedikit berjaya mengucar-ngacirkan tentera Islam dan hampir mengalahkan mereka.

Semoga iklim ‘kemenangan’ ini tidak melekakan para pejuang keadilan dan kebenaran, dari alpa dari pemberi kemenangan yang sebenar iaitu ALLAH yang menguasai segala yang di langit dan di bumi.

P/s: entri ini adalah percubaan pertama menaip menggunakan apps WordPress dari smartphone :). Sangat susah nak taip 😦

Posted in 1 | Leave a Comment »

Respons kepada respons filem ‘Innocence of Muslims’

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on September 23, 2012

Usai menyertai demonstrasi menentang penyiaran filem ‘Innocence of Muslims’ di Masjid Taman Perling, Johor Bahru, pelbagai perkara yang saya fikirkan. Balik membuka berita di lembaran maya, kening berkerut, tanda synapse dikerah untuk merungkai dan merangkai fenomena ini.

Tanpa meragui keperluan berdemonstrasi secara matang, bantahan demi bantahan terhadap kebobrokan filem tersebut, saya sekadar ingin meluncurkan beberapa jalur idea. Mungkin ada jalur yang sudah ditampilkan orang lain, namun saya titipkan jua di sini buat tatapan pembaca.

Antara rawak ringkasan dari rawak synapse dan neuron otak:

1. Islam datang untuk membawa rahmat ke seluruh alam. Perangilah mereka yang jahil dengan kasih sayang. Asy-Syahid Hasan Al-Banna pernah berpesan, “Jadilah seperti pokok, saat orang membaling batu kepadamu, kau membalasnya dengan buah yang ranum”.

Read the rest of this entry »

Posted in 1 | Tagged: , , , , , , , , , | 1 Comment »

 
%d bloggers like this: