Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Archive for August, 2008

Keputusan pilihanraya Permatang Pauh

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on August 26, 2008

26 Ogos 2008, 10.10 pm, dipetik dari NST Online:

Anwar wins Permatang Pauh seat

THE Permatang Pauh By-Election was won by Datuk Seri Anwar Ibrahim. AT the end of the vote count at about 9:47pm, the PKR de facto leader received a total majority of 15,671 votes to beat BN’s Datuk Arif Shah Omar Shah.

The results at the final tally are:

Datuk Seri Anwar Ibrahim: 31,195 votes
Datuk Arif Shah Omar Shah: 15,524 votes
Hanafi Hamat: 92 votes
Majority: 15,671 votes
Turnout: 65.25%

(Gambar dipetik dari Berita Harian Online)

Menghitung hari menuju 16 September 2008!

Kepada semua kepimpinan, pendokong dan penyokong parti-parti oposisi (baca: Pakatan Rakyat), anda ada masa lkurang 20 hari sahaja untuk benar-benar mempersiapkan diri dan pakatan – dari mentaliti ‘pembangkang’ kepada mentaliti ‘kerajaan’ atau ‘negarawan’.

Ketua Pemuda PAS, YB Salahuddin Ayub telah mengulangi lirik ini sekali lagi dalam ucapan dasar beliau pada muktamar yang lepas dengan iringan irama yang berbeza.

Reformasi dan revolusi yang bakal berlaku mungkin diluar jangkaan manusia normal (seperti saya) yang tidak mampu membaca keharu-biru-hijau-merahan perubahan politik yang sememangnya sedia haru.

Momentum pilihanraya kecil kali ini mungkin jauh lebih besar dari tsunami poilitik PRU 12 yang lalu. Kalau tsunami lepas telah meng’arus’kan 5 negeri, pilihanraya ‘kecil’ yang ‘besar’ ini mungkin akan menenggelamkan terus sejarah ‘lautan biru’ di Malaysia, sekaligus memaksa penulisan dan cetakan buku teks Sejarah Tingkatan 1 yang baru untuk tatapan generasi Malaysia Baru.

Advertisements

Posted in Bicara Isu, Politik | 11 Comments »

Buletin Utama… Buletin UMNO?

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on August 25, 2008

25 Ogos 2008
Esok, 26 Ogos adalah hari pembuangan undi di Permatang Pauh.

Saya berkesempatan menonton Buletin Utama TV 3 hari ini (25 Ogos 2008). Hampir tiga suku dari keseluruhan siaran diperuntukkan untuk counter-attack segala kempen dari Pakatan Rakyat dan medium kempen untuk parti BN.

Owh, adakah saya telah tersilap siaran?

Adakah ini Buletin Utama?
Atau Buletin UMNO?

Adakah antena TV ‘rumah’ saya ada masalah hingga tersilap menerima frekuensi?
Atau ‘frekuensi’ otak orang yang di sebalik siaran itu yang tak betul?

.
.
.

Dengan membelakangkan faktor politik kePARTIan (PKR, PAS, BN, DAP, etc), menolak segala unsur sentimen (kaum, parti, manusia, etc)…

Sama-sama kita doakan agar kemenangan adalah untuk mereka yang BENAR.

Sama-sama kita tunggu keputusan petang esok (26 Ogos 2008 )

Posted in Bicara Isu, Politik | Tagged: | Leave a Comment »

21 Ogos: Remembrance of Al-Quds Day

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on August 21, 2008

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).

Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah s.w.t telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Bersamamu AL-QUDS
Dulu, kini dan selamanya

21 Ogos setiap tahun adalah Hari Memperingati Al-Quds Sedunia

Tunjukkan kebersamaan kita dengan memakai pakaian HITAM.

Posted in Bicara Isu, Palestin | Tagged: | 6 Comments »

Saiful Bukhari, sumpah, Al-Quran, masjid, kambing(?)

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on August 21, 2008

Isu Mohd Saiful Bukhari, 23 dengan ‘bangga’ dan cuba-membuatkan-orang-lain-jeles (haha) mendakwa dirinya diliwat oleh DS Anwar Ibrahim telah jadi bahan bualan dari Putrajaya hinggalah di tingkap dapur makcik-makcik di Kampung Sat, Tanah Merah.

Makhluk TUHAN itu juga telah bersumpah, mengukuhkan dakwaan beliau diliwat dengan:
1. Menggunakan nama ALLAH
2. Dalam masjid
3. Pegang Al-Quran
4. Tanpa kehadiran kambing

Saya tiada masalah dengan item 1. Tapi saya akan sentuh item 2, 3 dan 4.

Read the rest of this entry »

Posted in Bicara Isu, Politik | Tagged: | 3 Comments »

I-QUEST 2008 : Tahniah Mahasiswa UIAM Kuantan

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on August 19, 2008

15 – 17 Ogos 2008: Satu lagi catatan sejarah telah di ukir di Taman Ilmu dan Budi, UIAM Kuantan.

IIUM Kuantan Festival (I-QUEST 2008 )

Festival kali ke-2 dalam sejarah UIAM Kuantan ini telah meletakkan UIAM Kuantan pada tahap yang tersendiri. Kalau gerakan mahasiswa pernah meletakkan slogan “Dari Kampus ke lapangan ummah”, kini mahasiswa UIAM Kuantan telah membawa dimensi baru kepada massa – “Membawa ummah ke lapangan kampus”

Kewujudan UIAM Kuantan suatu ketika dahulu pernah dipandang sepi oleh masyarakat sekitar. I-QUEST kali pertama pada 2007 ternyata satu inisiatif yang baik untuk memperkenalkan kampus tersebut kepada massa, namun prestasinya kurang memberangsangkan. Namun, usaha jentera kerja I-QUEST 2007 patut diberi pujian kerana meletakkan batu asas yang baik untuk diteruskan oleh generasi seterunya.

Kejayaan tidak semestinya dicapai dengan tangan kita sendiri. Tetapi memulakan langkah untuk diteladani dan dijayakan oleh generasi masa hadapan merupakan satu legasi yang wajar dibanggakan.

Tanggal 15-17 Ogos, mahasiswa UIAM Kuantan bangkit dari kejayaan-yang-belum-dicapai yang ditinggalkan oleh generasi pertama I-QUEST 2007, memacu langkah baru untuk UIAM Kuantan dan masyarakat sekitar.

Kejayaan mereka bukan sekadar dalam penganjuran programI-QUEST 2008, tetapi juga dalam meruntuhkan ‘tembok’ academic-oriented bagi pelajar-pelajar critical courses dan keeksklusifan kelompok sesama warga universiti kepada keinginan membara untuk memburu kemahiran-kemahiran berorganisasi dan meluaskan peranan universiti kepada kelompok masyarakat diluar.

Oleh itu, tahniah kepada seluruh 257 orang jentera I-QUEST 2008 kerana kejayaan anda. Anda telah membina dimensi dan paradigma baru kepada mahasiswa UIAM sendiri khasnya dan kepada masyarakat sekitar Kuantan amnya

Posted in Mahasiswa, Motivasi, Sains | Tagged: | 13 Comments »

Mahasiswa UiTM harus terus berdemonstrasi

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on August 19, 2008

[Monolog : Argh! Bersawang! Sekian lama aku tidak mengemaskini blog. Begitu ketinggalan dalam arena penulisan. Terlalu banyak ingin diluahkan, tapi kekangan masa sering dikambing-gulai’kan]
.
.
.
Saya agak terkejut, apabila mendengar 5000 mahasiswa UiTM berjaya berarak mengadakan demonstrasi menyatakan bantahan terhadap cadangan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Jika sebelum ini, siri-siri demonstrasi mahasiswa lebih didominasi oleh mahasiswa dari UM, UIAM, UKM, UPM, UTM, USM dan beberapa kampus lain. Jarang sekali terdengar, crowd dari UiTM membanjiri siri-siri demonstrasi mahasiswa. Read the rest of this entry »

Posted in Bicara Isu, Mahasiswa | Tagged: , | 8 Comments »

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran ke-23 KAMA

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on August 18, 2008

Sekiranya dia masih ada…

Dia akan berumur 23 tahun semalam (17 Ogos 2008 )
Dia akan bergraduasi tahun ini (atau tahun hadapan) dari Universiti Malaysia Sabah dalam Sarjana Muda Kaunseling
Dia akan menyebabkan kreditku semakin cepat habis kerana aku akan sentiasa SMS dan menelefon dia
Dia akan menyusahkan ramai orang dengan rengekan manja (konon) meminta tolong itu dan ini (tapi aku langsung tak kisah)
Dia akan menyenangkan ramai orang dengan kerajinan, komitmen dan kegigihan beliau bekerja.
Dia akan sentiasa membuatkan orang senang dan gembira, walaupun gurauannya kadang-kadang diluar batasan fikiran manusia normal (tapi aku langsung tak kisah, sebab aku pun 2 x 5 jugak)
Dia akan jadi sasaran kutukan rakan-rakan kerana tubuhnya yang semakin ‘montel’, berbanding zaman persekolahan dahulu (yang kononnya tough. haha)
Dia akan jadi sumber inspirasi sahabat-sahabat dan junior-junior kami, kerana sifatnya yang begitu prihatin, concern dan caring (walaupun luarannya nampak ganazz)

Tapi itu sekiranya dia masih ada. Sayangnya dia sebenarnya sudah tidak boleh melakukan semua di atas sejak 26 Jun 2006, lebih 3 tahun yang lalu.

Kenapa?

Dia tidak mati. Dia tetap hidup. Ya, beliau tetap hidup bagiku.

Dia sedang hidup di dunia yang lain. Kehidupan dia bukan lagi seperti kehidupan kita. Jasadnya tiada di dunia ini. Tetapi memori indah bersama dia kan ku abadikan selagi aku masih hidup. Ini janjiku sampai aku mati.

Selamat Hari Lahir ke-23, ALLAHyarham Khairul Azri Mohd Annuar (17 Ogos 1985 – 26 Jun 2006) aka MA YIE.

Berbahagiakan kau di sana!

Hari ini dalam sejarah : Khairul Azri Mohd Annuar (1985-2006)

Posted in Bicara Tokoh, Mahasiswa | Tagged: | 6 Comments »

 
%d bloggers like this: