Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Archive for January, 2008

Universiti dan Mahasiswa: Mencipta alam yang diimpikan

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on January 30, 2008

Artikel ringkas ini ditulis untuk membetulkan persepsi terhadap peranan universiti dan mahasiswa. Dari pandangan sempit kepada paradigma yang lebih mendasar dan menyeluruh. Dari itu, mahasiswa akan lebih sedar bahawa kehadiran mereka di univeristi bukan semata-mata untuk menaiki pentas konvokesyen selepas bergraduasi, tapi supaya mereka bersiap untuk berpencak di pentas masyarakat yang sebenar.

uiam.jpg

Pengenalan alam universiti

Sebelum meneruskan bicara, suka untuk penulis mulakan dengan petikan kata-kata tokoh yang menggambarkan pandangan, kritikan dan harapan terhadap mahasiswa dan universiti:

“Sekalipun usaha-usaha pelajar patut diberi pujian, saya berharap persatuan pelajar patut memikirkan soal melibatkan gerakannya kepada kebajikan umum yan merangkumi bidang-bidang yang luas”
– Datuk Alexander Oppenheim, bekas Naib Canselor Universiti Malaya

“Universiti yang baik adalah universiti yang menggambarkan dan mencerminkan masyarakat luar”
– Prof. Diraja Ungku Aziz, bekas Naib Canselor Universiti Malaya

“Kegiatan universiti yang sebenar menjadikan universiti sebagai rujukan masyarakat dalam pembinaan ummah”
– Prof Shaharir, bekas Timbalan Naib Canselor UKM

Read the rest of this entry »

Advertisements

Posted in Mahasiswa | Tagged: | 3 Comments »

Hari ini dalam sejarah: Mahatma Gandhi

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on January 30, 2008

30 Januari 1948: Indian political and spiritual leader Mohandas K. Gandhi was shot and killed by a Hindu extremist.

gandhi.jpg

30 Januari 2008: Setelah 60 tahun pemergian Gandhi, beliau akan terus dikenang sebagai Bapa Pembebasan India. Seorang pejuang kemerdekaan, kebebasan, keadilan dan kebenaran. Dari seorang peguam yang mendapat pendidikan dari British, beliau menanggalkan pakaian moden dan menyarung pakaian tradisional India, memimpin rakyat India untuk mencapai kemerdekaan.

Beliau mencampakkan kepentingan diri sendiri dan turun ke jalanan bersama dengan rakyat demi sebuah kemerdekaan. Perarakan Garam (400km Salt March to Dandi) sejauh 400km merupakan antara bukti keteguhan perjuangan yang dipimpin oleh Gandhi. Gandhi membawa mesej yang jelas kepada British dan dunia iaitu:

ghandi_right-vs-might.jpg

“Saya mahu dunia bersimpati dengan perjuangan KEBENARAN menentang KEKUASAAN ini”

Antara kata-kata beliau yang popular:

First they ignore you,
then they laugh at you,
then they fight you,
then you win

.

.

.

Kita bukan Gandhi dan mungkin tidak memiliki karisma seperti Gandhi. Kita adalah manusia biasa. Tapi bukankah title sebagai manusia biasa itu sudahpun memadai untuk kita terus berjuang?

Putus asa bukanlah pilihan yang ada. Kalau kita terpaksa berjalan 400km atau lebih dari itu, dipenjara, dibuang bahkan dibunuh; dan dengan cari itu mampu menjadikan keadilan dan kebenaran lebih subur, maka itulah – berjalan, dipenjara, dibuang dan dibunuh – yang perlu dilakukan.

Baca juga: Jeff Ooi

Posted in Bicara Tokoh, Motivasi | Tagged: | 2 Comments »

Mahasiswa tidak dibenar berpolitik?

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on January 26, 2008

AUKU jelas menyatakan mahasiswa tidak dibenar terlibat dengan mana-mana parti politik. Rules and Discipline Act 2004 UIAM juga menyatakan hal yang sama walaupun dalam kenyataan yang berbeza.

(UIAM tidak tertakluk di bawah AUKU kerana UIAM ditubuhkan di bawah Akta Syarikat. Akan tetapi, UIAM memiliki akta tersendiri yang 2 x 5 dengan AUKU)

Persoalannya: Kenapa?

Persoalan paling asas yang perlu dijawab adalah apa itu politik?

Persoalan asas kedua yang perlu difahami adalah perbezaan antara ‘politik’ dengan ‘politik kepartian’.

Dalam kampus, mahasiswa sentiasa berpolitik. Kerana sistem politik adalah sistem asas yang perlu wujud untuk mentadbir manusia, walau dimana manusia berada. Tanpa politik, tidak akan ada kehidupan bermasyarakat. Dalam sebuah universiti, mahasiswa juga ditadbir dan mentadbir. Maka, bukankah itu bermakna mahasiswa juga berpolitik dalam kampus?

Kemudian, mahasiswa dihalang dari terlibat parti politik. Dalam lafaz ikrar (baiah) bagi mahasiswa tahun satu yang baru melangkah ke alam universiti, pasti ada kenyataan agar mahasiswa tidak akan terlibat dengan parti politik.

Kenapa?

Adakah ada pihak yang takut dengan pengaruh dan kuasa mahasiswa?

Mahasiswa memiliki kuasa tersendiri yang mampu memberikan kesan yang besar kepada latar sosial negara. Cuma, mahasiswa dilemahkan dengan akta-akta yang menakut-nakutkan mereka. Kesannya, mahasiswa bukan sahaja lemah dalam kesedaran politik, bahkan deria sensitiviti mahasiswa terhadap segala isu yang berlaku di sekeliling mereka juga amat lemah.

Kalau fenomena itu dibiarkan berterusan, tidak mustahil produk yang akan lahir dari sebuah universiti suatu hari nanti sangat lemah dan tidak kompetitif. Graduan hanya berfungsi untuk memenuhkan kerjaya-kerjaya kosong di pasaran kerja, tanpa ada rasa insaf untuk memperbaiki negara ke arah yang lebih baik.

Posted in Bicara Isu, Mahasiswa | Tagged: , | Leave a Comment »

Tahniah Puteri UMNO! (?)

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on January 11, 2008

puteri.jpg

Berita Harian, 11 Januari 2008: 400,000 Puteri UMNO sedia kempen

Jentera pilihan raya Puteri Umno dengan kekuatan lebih 400,000 ahli kini bersedia sepenuhnya bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN), termasuk menawan kembali Kelantan.

Tahniah kepada UMNO, khususnya Puteri UMNO kerana berjaya memobilasi begitu ramai tenaga untuk kemenangan BN.

Tapi…

Bukankah akan lebih bermakna dan lebih memberi manfaat kepada masyarakat dan negara jika UMNO mampu merekrut sebegitu ramai tenaga untuk menjadi aktivis sosial, atau boleh dinamakan sebagai aktivis dakwah?

Menghantar 400,000 ahli ke seluruh pelusuk negara untuk menangani gejala sosial.
Menjalankan misi dakwah semasa konsert dan sambutan tahun baru.
Membantu golongan yang memerlukan di ceruk-ceruk kampung.
Merealisasi amar ma’ruf dan nahi munkar di taman-taman bunga.
Masuk ke disco dan pub untuk menyeru kepada Islam.

Minda kesukarelawanan itu bagus. Tapi yang penting, apa matlamat kita dalam buat sesuatu perkara. Apa kesudahan hasik kerja kita? APakah ia akan menatijahkan sesuatu yang lebih baik, atau lebih memburukkan keadaan?

Bekerja untuk ummah, mulakan dengan mengingati matlamat

Posted in Bicara Isu | Tagged: | 2 Comments »

Malaysia boleh!

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on January 7, 2008

Saya mendapat emel dari seorang rakan. Saya cuma copy paste untuk dikongsi. Readand have fun think about it! :

.
.
.

Cerita 1: Hamil

Sang ayah dan ibu sangat marah ketika mengetahui anak perempuan mereka, seorang penjual bunga telah hamil.

“Siapa si bedebah itu !” jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. “Suruh dia datang kesini!”

Read the rest of this entry »

Posted in Bicara Isu, Politik | Tagged: | Leave a Comment »

Tahun baru mengharapkan perubahan baru

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on January 6, 2008

Telah 6 hari tahun baru 2008 Masihi berlalu. 4 hari lagi tahun baru 1430 Hijri pula akan menjelma.

Bumi telah melengkapkan satu lagi pusingan mengelilingi matahari dengan penuh akur dengan peraturan alam (sunnatuLLAH). Bulan juga akan melengkapkan pusingan kali ke-12 bagi tahun 1429 Hijrah. Tidak pernah makhluk-makhluk ini leka walau sesaat. Kerana andainya mereka terhenti walau untuk sedetik, alam ini akan binasa.

Lain pula dengan makhluk bernama manusia. Tidak pernah terlepas melakukan keburukan. Akal yang diberi akan menjadikan manusia satu antara dua: mulia atau hina. Mulia yang akan dipuji dan diselawatkan oleh para malaikat, atau hina lebih dari binatang peliharaan.

Read the rest of this entry »

Posted in Aplikasi Hidup, Motivasi, Sains | 3 Comments »

Tekad membawa perubahan

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on January 5, 2008

“Kita memilih harapan lebih daripada ketakutan, perpaduan dan bukannya perpecahan dan kita juga sedang menghantar mesej bahawa perubahan akan berlaku di Amerika”

barak_obama.jpg

Barack Obama

Dengan membawa mesej “Stand For Change”, petikan di atas adalah antara ucapan Barack Obama, calon Presiden Amerika Syarikat dari Parti Demokrat dalam siri kempennya. Sekiranya menang, beliau melakar sejarah baru dunia sebagai orang kulit hitam pertama menjadi Presiden Amerika Syarikat.

SEKARANG, saya tidak tahu, apa manifesto yang dibawa oleh Obama. Apa yang saya tahu sekarang, Malaysia amat perlukan perubahan.

Dari rakyat yang ketakutan untuk menyatakan kebenaran dan menyalahkan kesalahan kepada menyemarakkan harapan keadilan dan kebebasan.

Dari rakyat yang berpecah belah kerana doktrin politik kepartian kepada perpaduan berasaskan semangat cintakan agama dan negara.

Bagi saya, perubahan ini tidak akan kita capai selagi iklim politik Malaysia tidak berubah. Dari kejatuhan moral pemimpin dalam pelbagai isu hingga sistem kehakiman yang tergugat, rakyat Malaysia sedang hidup dalam sebuah negara yang nampak baik dari luarnya, tapi rosak teruk dari dalam.

Negara kita umpama rumah yang dimakan anai-anai. Dari semasa ke semasa, dinding rumah terus dicat dan dihias dengan wallpaper baru. Tapi pada hakikatnya, kerosakan dalaman negara ini amat parah dan menunggu masa untuk roboh.

Moral dan undang-undang sudah dibelakangkan. Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen berpaksikan separation of power: legislatif, judiciary dan executive, telah hilang maruah dan kepercayaan. Pemimpin lebih khuatirkan periuk nasi mereka dari hal ehwal rakyat dan negara.

Apa lagi yang boleh kita harapkan?

Posted in Bicara Isu, Motivasi | Tagged: | Leave a Comment »

 
%d bloggers like this: