Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Jom merempit di Kelantan

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on April 30, 2008

Sejak tahun 1990 lagi, Kelantan sentiasa terkehadapan. Pelbagai pembaharuan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kelantan, dan banyak juga pembaharuan yang telah ditiru oleh Kerajaan Persekutuan. Antaranya perubahan yang telah dilakukan:

1. Memindahkan akaun Kerajaan Negeri kedalam Bank Islam
2. Bekerja 5 hari seminggu
3. Cuti bersalin 90 hari
4. Takaful Kifalah – bantuan untuk warga emas
5. Iklan-iklan menutup aurat
6. Penutupan premis-premis hiburan
7. Kuliah-kuliah ilmu setiap pagi Jumaat (Jalan utama di Kota Bharu ditutup untuk tujuan kuliah tafsir Al-Quran)
8. Maahad Tahfiz Sains

Dan banyak lagi.

Kelantan meneruskan agenda meneraju perubahan

Kali ini, Kerajaan Negeri Kelantan akan membina sebuah litar khas untuk mat-mat rempit

“Kita buat litar ini untuk beri tempat yang sesuai untuk mat rempit ini meluahkan perasaan dan menunjukkan keberanian dan keperwiraan mereka,” kata MB Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menggulung perbahasan tambahan bajet 2008 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan

Baca berita penuh di sini: Kelantan bina litar khas mat rempit

Dasar orang muda – berani, sukakan cabaran, darah panas, suka show-off, suka menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Ini adalah kehidupan anak-anak muda. Mereka tidak boleh disekat. Lagi disekat, lagi mereka naik ‘syeikh’. Tapi gian mereka ini perlu disalurkan dengan cara yang betul.

Rempit. Gejala anak-anak muda yang sangat sukar untuk disekat. Polis, kerajaan, ibubapa, guru dah pening dan buntu apa lagi boleh dilakukan. Oleh itu, kaedah yang bijak dan out of the box sangat perlu dalam menangani masalah ini. Pemuda UMNO diketuai oleh Dato Azeez pernah membawa sekumpulan mat rempit membuat penerjunan di kutub selatan. Tapi balik-balik, rempit tetap berleluasa.

Kali ini, sekali lagi Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil langkah bijak dan berani untuk membina satu litar khas bagi para mat rempit. Langkah ini bukan sahaja berani, tapi mempunyai matlamat tersendiri baik jangka masa semasa, mahupun jangka masa panjang.

Maka dengan pembinaan litar tersebut, pelbagai masalah akan dapat diselesaikan, atau sekurang-kurangnya diminimumkan.

1. Ancaman rempit di jalan raya dikurangkan.
2. Polis boleh kurangkan operasi – jimat tenaga, kos, masa.
3. Kawalan terhadap aktiviti berlumba ditumpukan.

Bahkan, peluang dan keuntungan lain dapat diwujudkan:

1. ‘Mike Doohan dan Valentino Rossi versi Malaysia’ mungkin dapat digilap dari litar Kelantan.
2. Dalam masa yang sama, akan diselitkan nasihat dan doa untuk mereka.

Kita mahu kalau anak-anak muda ini nak tunjukkan keberanian, biarlah bertempat. Dalam masa yang sama, kita selitkan nasihat dan doa ketika naik kenderaan,” – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Lihat, betapa indahnya strategi dakwah oleh Kerajaan yang dipimpin oleh YAB Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ini.

Langkah ini jauh lebih bijak, matang, realistik dan futurustik dari idea dari Kementerian Belia dan Sukan untuk membina sebuah pusat latihan sukan di Brickendonbury, London. Kononnya untuk meningkatkan prestasi atlit-atlit negara.

Gaya sebuah Kerajaan

Keupayaan yang telah ditunjukkan oleh Kelantan telah menampakkan gaya sebuah kerajaan yang sebenar. Mengambil berat masalah rakyat, menangani dengan penuh bijaksana, bermatlamat, diselitkan dengan agenda dakwah kepada cara hidup Islam yang unggul.

9 Responses to “Jom merempit di Kelantan”

  1. aria ayumi said

    hehe. bagus2. at least, mat2 rempit tak le nyusahkan org awam kan😉

  2. Betul betul betul! (teringat upin ipin. diorang merempit naik upih pinang :))

  3. NMZ said

    boleh ar join rempit =P

  4. Az-Zahra said

    Salam.

    Hrm…negeri mana yg ‘mundur’ sebenarnya nie???

    QUALITY is better than QUANTITY… mudah-mudahan langkah ini akan mbawa satu perubahan pd generasi muda di kelantan.

    InsyaALLAH, apa-apa yang dilaksanakan demi agama ALLAH (not just satu pelaksanaan dgn matlamat kosong, yakni semata-mata utk meng’impress’kan rakyat), akan berjaya…YAKIN.

  5. Dapatkan berita terkini kampus UIA di laman blog ini.

  6. Kipp said

    Ni la buat aku lagi sayang dengan kepimpinan Tok Guru ni…. bagus, bagus..

  7. betul

  8. You actually make it seem so easy with your presentation but I find this matter to be
    actually something which I think I would never understand.
    It seems too complicated and extremely broad for me. I’m looking forward for your next post, I’ll try to get
    the hang of it!

  9. Very nice article, just what I was looking
    for.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: