Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Archive for December, 2007

A picture of two words: strength and weakness

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on December 29, 2007

Setiap manusia punya kelebihan dan kekurangan tersendiri. Begitu juga manusia yang bergelar pemimpin. Mereka juga manusia biasa yang punya kekuatan dan kelemahan.

How about our leader in Malaysia? Spesifically, the #1 guy in Malaysia.

I got this picture from Datuk Ruhanie Ahmad’s blog. She is MP of Parit Sulong since 1990 and member of UMNO since 1973.

doapaklah.jpg

A picture can gives 1000 meanings. But this picture simply describe about two things. What’s that? Datuk Ruhanie wrote: “Ciri-ciri Kekuatan dan Kelemahan Pimpinan Abdullah Badawi”

Got the message? 🙂

Oh my PM…

Advertisements

Posted in Bicara Tokoh, Politik | 2 Comments »

Kuantiti vs kualiti

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on December 13, 2007

Level 3 (kurang ajar) : “Siot arr kedai makan tu… harga mahal nak m****s tapi rasa tak sedap langsung!!! Cam t***!! Baik masak t*** lagi la dari masak nasik!!! B*** betul!!!”

Level 2 (berajar) : “Tak patut betul la, makanan takde la sedap pun… tapi harga mahal.”

Level 1 (mengajar) : “Walaupun tak sedap lagi mahal, syukurlah pada ALLAH sebab masih dapat makan.”

Pernah alami situasi di atas? Itu sekadar prolog untuk menggambarkan bahawa harga yang mahal belum tentu mendatangkan hasil yang setimpal. Mahal tak semestinya sedap. Kuantiti belum menjamin kualiti. Ada unsur lain perlu ditambah untuk menjadikan kuantiti itu juga berkualiti. Apa itu?

Berita Harian, 13 Disember 2007 melaporkan:

Muhammad makin popular

LONDON: Muhammad bakal mengambil alih Jack sebagai nama budak lelaki paling popular di Britain berikutan kadar kelahiran tinggi di kalangan keluarga Islam yang menjadi faktor utama mengapa kadar penduduk di negara itu mencapai paras tertinggi dalam sejarah.

Gembira? Mungkin…

Malaysia juga punya ramai orang Islam. Indonesia mencatat peratusan penduduk Islam tertinggi dunia. India? Pakistan? Bangladesh? China? Semua negara ini dihuni oleh begitu ramai orang Islam. Itu belum dicampur dengan negara-negara lain lagi.

Untuk mengetahui statistik kependudukan Muslim di dunia, sila klik di link ini: http://islamicweb.com/begin/population.htm

statistic.jpg

Namun, realitinya keramaian yang ada ini hanya menyesakkan sahaja dunia tetapi tidak menyumbang kepada kemajuan Islam itu sendiri. Lebih dahsyat lagi, mereka inilah yang menjadi back-fire kepada Islam.Tepat sekali sabda Nabi Muhammad SAW ketika menceritakan umat akhir zaman yang umpama buih di lautan. Banyak, tapi lemah.

Bagaimana untuk mengembalikan kualiti umat Islam?

Terlalu panjang jalannya, terlalu sukar perjalanannya, terlalu perit untuk melaluinya.

Namun, sekurang-kurangnya, pelihara diri kita sendiri untuk menjaga ke’izzahan Islam. Tingkatkan kualiti diri dari semasa ke semasa. Kemudian tolonglah umat Islam lain demi memelihara kemuliaan diri mereka dan agama Islam.

Belajarlah Tabiat ke-8 (8th Habit) oleh Stephen R Covey: Find your voice, then help other to find theirs!

Posted in Bicara Isu, Motivasi | Tagged: | 7 Comments »

Jom naik kereta tak ada brek… berani?!

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on December 8, 2007

Apa kereta idaman anda?

Mercedes? BMW? Jaguar? Volvo? Ferrari? Evo?

Sebut la kereta apa pun, kalau bagi free sekalipun, berani tak korang naik kereta tu kalau kereta tu tak ada brek?

Brek akan menjamin keselamatan anda dalam sebarang kenderaan. Tak kiralah se’branded’ mana sesebuah kereta itu, ia tak akan selamat dinaiki kalau breknya rosak, apa lagi kalau langsung tak ada brek.

Begitu juga dengan manusia dan tamadunnya. Untuk menjamin keselamatan kehidupan ni, kita juga memerlukan ‘brek’ untuk menghalang kita dari terbabas, kemalangan, terlanggar apa-apa yang tak patut atau apa-apa kejadian yang tak diingini, dek kerana didorong oleh kelajuan nafsu yang tak dapat dikongkong.

Jadi, apa ‘brek’ bagi kehidupan manusia?

ALLAH menyebut dalam Al-Quran:

“Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar”

Melakukan perkara keji, tak berakhlak atau tak bermoral dianggap sebagai ‘terbabas’ dari landasan kehidupan dan fitrah manusia. Untuk mencegah ia dari berlaku, maka ‘brek’nya adalah SOLAT.

Jagalah solat demi kemajuan diri, keluarga, masyarakat dan negara!

Berita dalam negeri:
Kelantan perkenal undang-undang ‘brek’

Posted in Aplikasi Hidup, Bicara Isu | Tagged: | 3 Comments »

Ramainya orang susah…

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on December 7, 2007

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mewujudkan Talian Nur 15999 sebagai saluran aduan kepada rakyat berkenaan dengan kebajikan keluarga dan masyarakat. Talian tersebut dilancarkan pada 5 Disember 2007 oleh YAB PM.

Rentetan dari itu, Berita Harian, Jumaat, 7 Disember 2007 melaporkan: Talian Nur terima 298 panggilan

KUALA LUMPUR: Talian Nur 15999 yang diwujudkan untuk membantu golongan memerlukan, menerima panggilan tanpa henti daripada orang ramai yang mahu membuat pelbagai aduan sejak dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kelmarin.Selepas 12 jam dilancarkan, 298 panggilan diterima dan kebanyakannya mahu mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

povertysmall.jpg

Read the rest of this entry »

Posted in Bicara Isu, Mahasiswa | Tagged: , | 2 Comments »

Kosong (0) yang tidak kosong

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on December 6, 2007

Anda kenal angka kosong (0)? (Kalau jawapan anda ‘tidak’, anda perlu kembali ke kelas tadika sebelum membaca artikel ini)

01.jpg

Angka (0) sebenarnya nombor yang amat penting bukan sahaja dalam matematik dan sains, malah dalam seluruh kehidupan manusia. Bahkan penemuan angka kosong (0) telah merevolusikan pemikiran matematik dan sains ketika awal penemuannya.

Tak percaya? Andaikan angka kosong tidak wujud. Bagaimana anda nak menulis angka satu ribu (1000)? Tak dapat. Nak tulis satu ratus dua? Tak dapat lagi. Angka kosong (0) mengikut sejarah diperkenalkan oleh tokoh matematik paling ulung, Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi – seorang tokoh matematik Islam yang banyak menemui penemuan baru dalam bidang matematik.

Lebih menarik apabila ada ahli sejarah mendakwa angka kosong (0) dicipta oleh orang Melayu!

Sila baca tulisan Fathi Aris Omar: Melayu pencipta nombor ‘kosong’?

Saya bukanlah ahli dalam bidang matematik. Malah saya seorang yang amat lemah dalam ilmu kira-kira. Saya pernah repeat subjek calculus. Sewaktu di sekolah menengah, saya sering dapat merah dalam subjek matematik tambahan. 🙂 Tapi apa kata kita lihat nombor kosong dengan gaya berbeza. Walaupun nampak seperti remeh, fakta dan sejarah menyatakan bahawa penemuan nombor kosong (0) telah merevolusikan minda dunia, bermula dari saat ia bermula hingga ke akhir zaman.

Read the rest of this entry »

Posted in Aplikasi Hidup, Sains | 4 Comments »

Berita Harian vs Utusan Malaysia

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on December 4, 2007

Dua akhbar perdana hari ini (Selasa, 4 Disember 2007) melaporkan tentang isu yang sama tapi kandungan yang bercanggah sama sekali!

Berita Harian melaporkan:
Bank Dunia kagum IPT Malaysia

Bank Dunia mengakui institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia mampu berkembang dan menjadi pusat pendidikan tinggi bertaraf dunia hasil perhatian serius kerajaan, termasuk menyediakan peruntukan besar memajukannya.

Utusan Malaysia (muka hadapan) pula melaporkan:
Pendidikan tinggi kritikal – Bank Dunia saran sistem itu mempunyai fokus, strategi pembaharuan

Sistem pendidikan tinggi di Malaysia berada pada tahap kritikal dan semakin ketinggalan berbanding negara jiran.

Ekoran itu menurut laporan Bank Dunia, sistem pendidikan tinggi di negara ini perlu mempunyai fokus dan strategi pembaharuan yang jelas jika mahu bersaing di peringkat antarabangsa.

Yang mana satu yang betul? Adakah ini pertama kali berlaku? Atau adakah sebelum ini kedua-dua media ini juga pernah cuba menipu pembaca (rakyat) dengan laporan yang tidak tepat lagi salah lagi memesongkan?

Dalam reputasi kedua-dua media ini yang semakin buruk dari sudut kesahihan berita dan ketelusan laporan, isu ini membuka lebih banyak kurap dan panau di tubuh media perdana negara ini.

Apabila timbul isu sebegini, maka rakyat cuma mencari informasi yang betul melalui saluran-saluran alternatif – media alternatif dan blog-blog. Malangnya sebelum ini kerajaan memandang usaha rakyat ini sebagai bahaya kerana khuatir akan mendapat fakta yang salah dari sumber alternatif berkenaan. Bukankah ini usaha yang sihat; rajin mencari maklumat, menimbangkan maklumat dari pelbagai sumber kemudian membuat penilaian yang adil.

Nampaknya, rakyat juga perlu berhenti dari membaca media perdana kerana mereka juga memberi maklumat yang salah. Boleh ke camtu?

Posted in Bicara Isu, Mahasiswa | Tagged: | 1 Comment »

10 Dec: UNs’ Human Rights Day

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on December 3, 2007

PBB mendeklarasi 10 Disember setiap tahun adalah Hari Hak Asasi Manusia sedunia.

Bersempena dengan itu, Majlis Peguam Malaysia akan menganjurkan “People’s Freedom Walk” pada 9 Disember dengan tema “As I Believe: Freedom of Expression through Art, Music, Culture and Conscience”.

bar_logo.jpg

Berkenaan dengan itu, apabila diminta respon tentang perarakan itu maka Zainudin Maidin, Menteri Penerangan Malaysia menyatakan kepada BERNAMA: Don’t Hold Any Form Of Street Protests Now

Dalam keributan isu post-HINDRAF ini, tiba-tiba Majlis Peguam Malaysia sendiri menganjurkan perarakan. Apakah Majlis Peguam tidak tahu undang-undang tidak membenarkan mereka menganjurkan perarakan itu? Bunyinya mustahil, kerana mereka adalah peguam, orang yang pakar dalam undang-undang.

Apakah polis dan FRU akan mengambil tindakan yang sama seperti mereka bertindak ke atas peserta perhimpunan BERSIH dan HINDRAF; menembak dengan water cannon dan gas pemedih mata? Cuba bayangkan polis bertindak sebegitu kepada barisan profesional negara.

Tetapi, jika polis tidak bertindak atau memberi permit, apa pula ceritanya. Dulu bertindak, sekarang tidak, walaupun himpunan BERSIH dulu juga himpunan yang aman. Dulu kata tak boleh, sekarang boleh pula.

Kemudian, apa akan jadi apabila Peguam lawan Menteri? Kalau masuk mahkamah, siapa akan menang? Kalau pakai ISA, lain cerita lah!

Apa akan jadi selepas ini? Kita nantikan kesudahan drama-drama rakyat yang tidak berpengarah ini.

Posted in Bicara Isu | Tagged: | Leave a Comment »

 
%d bloggers like this: