Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Tentang awan

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on January 31, 2012

Langit biru ‘hari itu’ di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan.
(Awan nipis dan halus)
(Nampak tak layang-layang hijau?)

Pemandangan dari Balai cerap UTM Skudai, Johor.
(Awan berpecah-pecah dan berserak)


Pelabuhan Tanjung Pelepas dari Selat Tebrau, Johor.
(Awan bergumpal dan bersatu)

Somewhere above Indian Ocean… probably.
(‘Permaidani’ awan yang terbentang)


Awan…

Jangan diperkecil awan itu, si butir putih halus nan bertebar di langit biru.

Nipisnya membayu jiwa, membawa jauh duka dan lara, sakinahnya hati dibelai manja, mengecil sanubari seorang hamba, dek terasa lemahnya daya, memekar sanjung untuk Yang Maha Esa, tiada tertara agungnya DIA.

Lalu…

Apabila si butir halus membentuk kumulus sepi, maka damailah jiwa dari perit bahang matahari yang membakar pipi, juga merintiklah hujan membersihkan angin dan membasahi bumi, membawa barakah dari angkasa turun ke hati.

Namun, awas!

Tatkala si halus putih itu berkumpul garang, menyergah alam dengan guruh berdentang, diserta ribut mengganasi ruang, maka bergetar ngerilah jiwa-jiwa yang goyang, dek takut petaka dan malang. Duhai insan, bertasbihlah kepada TUHAN, seperti makhluk seluruh alam, moga dilindung dari  bencana mendatang, dan dikurnia hati yang tenang.

“Tidakkah kamu melihat bahawa ALLAH mengarak awan, kemudian mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatan olehmu hujan keluar dari celah-celahnya, dan ALLAH juga menurunkan (butiran) ais dari langit, dari gumpalan awan seperti gunung maka ditimpakanNYA ais itu kepada siapa yang dikehendakiNYA dan dipalingkanNYA siapa yang dihendakiNYA. Kilauan kilat itu hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan”  – Surah An-Nur: 43

Sungguh! Awan itu unik.

SubhanaLLAH.

Selingan dan quotes:

“Awan, andai dapat kucapai maka saktilah hamba” – Novel ‘Bagaikan Puteri’ oleh Ramlee Awang Murshid.

“Naga terkandas di air yang dangkal apabila badai bertemu dengan awan” – Pedang Setiawan.

Penjejak Badai (kiri) dan Penjejak Awan (kanan), watak utama dalam Pedang Setiawan (Filem: Storm Warriors)


3 Responses to “Tentang awan”

  1. hasl said

    kuat betul pengaruh AWAN NANO!
    =D

  2. ayen said

    kena baca ulang-ulang ayat pedang setiawan.. huhuhu..

    teringat, jalan2 kat KK, Sabah, gi tanah tinggi… dok ‘gaduh’ dengan kawan.. “nampak blur ni, tebal betul kabus”
    “eh, kabus ke, bukan kita dalam awan ke”
    “eh, ni kabus la…”
    “tadi masa kat bawah, kan kita nampak yg tinggi2 ni cecah awan.. skrang kita kat atas, kita cecah awan la.. ni awan la..”
    “takkan lah depan mata kita ni awan.. ni kabus…”
    “aku tak kira, aku percaya depan mata aku ni awan.. bukan kabus.”

  3. Hi, could i use the second picture in my blog? will refer it back to your blog page.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: