Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Archive for June, 2011

Belasungkawa

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on June 26, 2011

Posted in Bicara Tokoh | 1 Comment »

Khairul Azri bin Mohd Annuar – setelah 5 tahun kehilangan.

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on June 25, 2011

Artikel ini pernah disiarkan pada 2008 di sini. Saya siarkan kembali sebagai penyegar ingatan (dengan sedikit suntingan).

Air mata ini sudah lama kering.

Namun…
Saya berharap ALLAH kekalkan kehangatan memori ini sebagai nikmat hingga akhir usia.
Dan ukhuwwah ini sebagai bekal naungan ‘arasy di hari akhirat.

.
.
.

26 Jun datang lagi.

Pepatah mengatakan: “Patah tumbuh, hilang berganti”.

Ada benarnya.

Tetapi..
Samakah yang baru tumbuh dengan yang telah patah?
Samakah yang baru berganti dengan yang telah hilang?

Bagi saya, ‘sesuatu’ yang telah ‘hilang’ ini tidak akan ada penggantinya lagi. Itulah satu-satunya. Yang pertama dan terakhir.

26 Jun datang lagi. Sudah 2 tahun 5 tahun berlalu.

Seolah-olah baru semalam bersamanya. Oh, tidak. Seolah-olah baru pagi tadi.
Gurauan, usikan, ketawa, kelincahan, kecergasan, kelunakan suara, kata-kata… semuanya masih bermain-main diingatan.

Sungguh! Beliau masih belum ‘mati’ bagi kami.

26 Jun datang lagi. Aku bagaimana?

Saya tidak akan menangis lagi. Saya yakin, beliau akan bahagia di sana, insyaALLAH. Saya? Hidup yang masih belum tahu bagaimana penghabisnya.

Rakan-rakan pembaca, saya pohon untuk membaca doa ini bersama-sama saya:

“Ya ALLAH, tempatkanlah ruh sahabat kami, Khairul Azri Mohd Annuar di kalangan ruh yang engkau redhai. Peliharalah dia, lindungilah dia dan tempatkanlah dia di dalam SYURGA MU, ya ALLAH… Ya ALLAH, matikanlah kami dengan kematian yang baik (husnul khatimah), dan janganlah ENGKAU matikan kami dengan kematian yang buruk (su’ul khatimah)”

Al-Fatihah untuk Khairul Azri Mohd Annuar aka KAMA aka Mat Yie (17 Ogos 1985 – 26 Jun 2006)…

Lain-lain entri untuk Mat Yie di blog ini:

1. Selamat hari ulangtahun kelahiran ke-23, KAMA
2. Pemergian yang ditangisi
3. Belasungkawa
4. Mat Yie’s page

Lagi post tentang beliau di blog lama.

1. Ini blog untuk Mat Yie
2. Ini entri pasal Mat Yie
3. Ini lagi entri pasal Mat Yie
4. Ini pun entri pasal Mat Yie
5. Ini pun

Posted in Bicara Tokoh, Motivasi | Leave a Comment »

Hari ini dalam sejarah – ALLAHyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on June 23, 2011

Hari itu bertarikh 23 Jun 2002.

Saya masih ingat ketika itu. Ya. Ketika itu saya baru berada di tingkatan 5 di sebuah sekolah – sekolah yang merupakan salah satu taman dari taman-taman tarbiah.

Pilu. Sebak. Sedih. Kosong.

Mungkin itu yang dirasai tatkala menerima khabar pemergian Almarhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor, mantan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Saya masih lagi setahun jagung, belum benar-benar mengenali beliau. Namun, entah mengapa kepiluan itu amat mencengkam jiwa. Amat.

Pada malamnya selepas Maghrib, saya dan rakan-rakan mengadakan tahlil di masjid sekolah bersama ratusan pelajar asrama yang lain. Beberapa hari kemudian, saya dipanggil oleh pengetua, di’soal siasat’ dan di’tegur’ atas peristiwa tahlil tersebut. Saya terima seperti nasihat seorang ayah kepada anaknya. Biarlah.

Read the rest of this entry »

Posted in Bicara Tokoh, Motivasi | 1 Comment »

Pertembungan: pelbagai deskripsi, dua sisi, satu konklusi.

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on June 20, 2011

Bulan JULAI ini, dijangka akan ada dua pertembungan besar akan berlaku.

Ya… besar punya!

Kegemparan pertama yang bakal mengocak Kuala Lumpur yang sedia bergolak dijangka berlaku pada 9 Julai 2011.

BERSIH 2.0

VS

PERKASA

VS

Pemuda UMNO

Saya yakin, ianya bakal mendapat liputan meluas oleh media tempatan dan antarabenua. Ianya bakal menarahkan sejarah yang tidak boleh dilupai dalam lipatan sejarah Malaysia.

Tetapi…..

Read the rest of this entry »

Posted in Aplikasi Hidup, Bicara Tokoh, Motivasi, Palestin, Politik | 1 Comment »

Belajar dari dunia dan mengajar kepada dunia.

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on June 17, 2011

Monolog: Saya pernah merasa ‘takut’ untuk menulis kerana meletakkan expectation yang tinggi pada diri sendiri. Adakah artikel aku cukup bagus untuk dibaca? Adakah idea aku worth to be read? Saya juga pernah dilema kerana cuma menyeimbangkan idea sendiri dengan tahap pembaca yang pelbagai ke blog ini. Namun, lagikan memberi minum kepada anjing yang haus pun dikira kebajikan, apatah lagi menyebarkan kalimah yang baik, walaupun sepatah, kata Nabi SAW. Saya semakin belajar.

.
.
.

“Small people talk about other. Average people talk about things. Great person talk about ideas”

Kata-kata ini bukanlah diluncurkan untuk mengajar kita menghukum orang lain. Tetapi sekadar menambah parameter untuk muhasabah diri sendiri dan memikirkan tindakan yang terbaik untuk berbuat sesuatu demi kebaikan diri sendiri dan masyarakat.

Ilmu psikologi menyatakan, kematangan manusia berkembang dari memikirkan kepentingan diri (self interest), kepada memikirkan kepentingan orang lain (interest in the world).

Read the rest of this entry »

Posted in Motivasi, Sains | 6 Comments »

Dunia yang saling memahami?

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on June 16, 2011

Monolog: Setelah lama tidak menulis, saya tidak tahu bagaimana ingin memulakan idea. Kadangkala kepala terasa berselirat dengan idea hingga tak tau untuk disusun. Kadangkala terasa terlalu kosong sehingga tiada apa yang boleh disusun. Kerapkali dipesan agar sharpen the saw, supaya pokok boleh ditebang dengan efisyen (proses) dan efektif (output). Tetapi, gergaji bukan sahaja tidak diasah, tetapi seolah telah dibakulsampahkan. Sedih.

.
.
.

Antara topik yang paling mendapat sambutan di kalangan masyarakat adalah hiburan dan politik. Antara persamaan kedua-duanya, lapangan tersebut hidup dengan adanya ikon, pengikut, agenda dan medium. Dalam dunia hiburan pun ada politik sendiri. Dan politik juga boleh jadi hiburan bagi sesetengah orang.

Di era pasca revolusi teknologi maklumat dan komunikasi ini, maka bersesak-sesak maklumat berkaitan hiburan dan politik. Berita tentang artis suka pergi pasar malam pun boleh dijadikan bahan oleh media. Maka, ramailah peminat turut berkunjung ke pasar malam tersebut. Demikian sekali pengaruh seorang ikon dan media yang berkesan.

Namun, sekiranya manusia tidak bijak menilai keabsahan dan prioriti maklumat yang diterima, akibatnya generasi manusia akan terperangkap dalam timbunan dan limpahan maklumat manipulatif, yang sesetengah (atau kebanyakan?) darinya adalah ‘sampah sarap’.

Selepas dari ledakan revolusi pertanian, revolusi perindustrian dan revolusi informasi dan teknologi maklumat, teori revolusi seterusnya menyatakan dan menjangkakan, landskap dunia pada masa hadapan akan di-tentu-corak-atur-kan oleh keabsahan maklumat dan kebijaksanaan menilai maklumat, bukan lagi sekadar informasi manipulatif. Era ini bakal digelar sebagai Age of Wisdom. – dipetik dari sini

Dalam dunia politik, antara kesan dari kurangnya bijaksana dalam menilai maklumat, ditambah dengan kemudahan komunikasi, telah melahirkan ramai komentator bebas di alam maya. Sebahagian (atau ramai?) dari mereka dengan mudah menghukum sesuatu isu atau individu dengan mudah, tanpa maklumat yang cukup dan absah.

Tidak kurang juga yang berbalah sesama sendiri.
Berselisih hingga tak bertegur sapa.
Tak puas bertekak di facebook, sambung mengumpat kat ofis.
Keluar pula perkataan-perkataan & istilah-istilah tak senonoh.

Politik yang asalnya medan untuk menambahbaik dan memimpin ummah sudah jadi medan yang dipenuhi kejijikan akhlak dan membuatkan sesetengah orang menjauhkan diri dari berbincang soal politik.

Apa kes??

Semua ini berpunca dari menusia yang tidak memahami sesama sendiri. Konflik manusia tidak dapat dielakkan. Sejarah konflik sesama manusia bermula seawal Qabil & Habil.

Namun, saya percaya kita boleh mengurangkan krisis yang ada, dengan memahami sesama manusia.

Antara perkara yang wajib difahami adalah, setiap manusia itu berbeza. Konflik akan timbul sekiranya manusia tidak menghargai perbezaan dengan manusia yang lain dan cenderung untuk membuatkan orang lain mengikut cara kita.

Pasukan dalam organisasi memerlukan persefahaman antara anggota. Pasukan bola amat perlu kepada persefahaman dan keserasian untuk permainan yang baik. Pasukan lakonan teater harus memahami watak sendiri dan watak orang lain untuk persembahan yang membekas. Komunikasi tidak semestinya melalui percakapan. Pasukan cardiac surgery boleh berkomunikasi melalui jantung pesakit tanpa mengeluarkan perkataan (pengaruh cerita Team Medical Dragon 🙂 )

Semuanya memerlukan kepada persefahaman untuk membentuk dunia yang lebih baik.

Saya mengimpikan dunia yang lebih tenang dari konflik sesama manusia, baik secara kecil-kecilan di ofis dan kelas, mahupun konflik berskala mega di peringkat negara dan antarabangsa.

Kata-kata keramat Mahatma Gandhi wajar dijadikan azimat untuk semua: Be the change you want to see in this world. Kata-kata ini juga diukir pada batu nisan Michael Scofield – dan beliau adalah orang yang tepat untuk dianugerahkan dengan kata-kata tersebut (Prison Break 🙂 ).

Saya bukanlah orang yang bebas dari konflik. Tapi, kita tetap perlu mulakan perubahan dunia dengan perubahan yang kecil – pada diri sendiri.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka” Surah Ar-Ra’d : 11

Posted in Bola, Politik | Leave a Comment »

 
%d bloggers like this: