Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

My name is Khan – ini bukan ulasan filem!

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on February 19, 2010

Ketika saya menulis artikel ini, saya masih belum menonton filem My Name is Khan. Homework yang telah saya cuma men’google‘My Name is Khan’ dan membaca artikel di wikipedia. Er… itu pun belum habis dibaca lagi.

Tetapi, saya tahu bahawa filem ini telah meletup di pasaran dunia, termasuk Barat (AS, UK dan Kanada).

Apa yang saya fikirkan adalah, dari judul filem ini, ia menggambarkan suatu identiti dan ternyata ‘mereka’ (define mereka?) bangga dengan identiti itu. Saya kira, Shah Rukh Khan (SRK – bukan Sekolah Rendah Kebangsaan) dan individu-individu dari keluarga Khan akan bangga dengan filem ini. Kenapa tidak? Filem ini telah memecah rekod kutipan box office di UK!

Identiti umat Islam

Kini, jumlah umat Islam semakin ramai. Tetapi, identiti Islam tidak gah seperti ramainya umat. Umat buih , kata Nabi SAW.

Dari cara hidup individu dan bermasyarakat hinggalah kepada sistem ekonomi dan politik, identiti Islam sudah pudar. Islam itu ada, tetapi identitinya sudah hilang dari jiwa orang Islam. Islam hanya pada nama.

Lebih teruk, ‘orang lain’ dengan jayanya telah mempromosi kepada seluruh alam semesta identiti baru untuk orang Islam – terrorist. Maka dibentangkan oleh mereka sejarah berpilih kekuasaan Islam beserta dengan fakta berpilih apa yang telah dilakukan oleh orang Islam (yang belum tentu betul Islam dan Imannya) di beberapa buah negara umat Islam berpilih.

Bangga dengan identiti Islam?

Kalau Khan dengan bangganya mempromosi kepada dunia akan identitinya (sila ambil perhatian yang saya belum tahu jalan cerita filem tersebut), maka umat Islam juga patut bangga untuk mempromosikan identiti kita. Khan diterima oleh dunia – merujuk kepada kutipan pejabat kotak (box office) global yang menduduki tangga ke-6 bagi tempoh 12-14 Februari 2010. (sumber: Screendaily).

Mungkinkah Islam?

Lihatlah di sekeliling. Ramai orang beragama Islam lebih bangga dengan identiti Barat (merujuk kepada pemakaian tidak menutup aurat, tidak sopan) untuk ditayang di sana sini, berbanding dengan identiti sendiri (merujuk kepada pemakaian busana muslim dan muslimah). Itu belum kita cakap tentang budaya.

Tanya diri kita sendiri, banggakah kita dengan identiti Muslim?
Tanya lagi, beranikah aku mempromosikannya?

Penguasaan media

Ini kekurangan umat Islam sekarang. Khan berjaya menerobos dan bersaing dengan lubuk hiburan kompetitif Barat. Mereka pandai untuk mempromosi produk mereka melalui media. Karan Johar memang pandai.

Saya pernah terfikir, sekiranya saya menjadi Rektor di UIAM suatu hari nanti🙂 , saya ingin mewujudkan kulliyyah (di universiti lain, biasanya dipanggil ‘fakulti’) baru khusus untuk media dan hiburan, untuk melahirkan graduan yang menguasai dan mengetengahkan hiburan Islam.

(Owh, saya sebenarnya sudah boleh mencadangkannya dari sekarang! En. Magnet diri mungkin marah saya kerana mempercayai mitos kepimpinan🙂 )

Kita sering dengar orang mengeluh, kita kurang hiburan altenatif, tetapi masih belum nampak usaha yang serius dan integratif. Indonesia mungkin telah ada dengan berjayanya beberapa buah filem Islamik mereka, termasuk filem kegilaan rakan saya dan rakan-rakan saya: Ketika Cinta Bertasbih.

Nah! Sekarang, bolehkah kita?

Suatu hari nanti, mungkin akan ada filem yang berjudul My Name is AHMAD!🙂

13 Responses to “My name is Khan – ini bukan ulasan filem!”

  1. syarifah said

    ana cabar orang y ‘my name is ahmad’ ni merealisasikan cita2nya,agar 20tahun nanti,kedapatan hiburan alternatif len di Malaysia..[ko lamo sangat tempoh diberi?…=)..]….
    moga cita-citamu di permudahkan Allah…amin..

  2. siti said

    Ic.. then i know this is a dream out of ur dreams.. May ur dream and other dreams come true. Keep on blogging.. lama sangat puasa nih..

  3. khaulah said

    My name is Ahmad? menarik! Ana optimis rektor UIA Kuantan nnt akn memiliki nm Ahmad di hdpnnya, i’Allah.., may Allah bless!

  4. Diya said

    Kita sangat teringin nak tengok cite ni *sebab suka SRK dan kajol, hihi. Tapi, macam baru terfikir pasal “Khan” tu. Hermmm.

  5. Darling said

    Haven’t watch the movie. But, personally, i think those in Bollywood je yang bangga dgn nama Khan. It’s nothing, actually. My great-grandpa’s is also a Khan. Fadzar Khan from Kabul, Afghan. My grandpa dropped the Khan from his name, using just Safdar Mohamad. Maybe in Afghan, nama Khan bersepah2. Khan in Bollywood dah commercialised. Haha.

    Yup, My Name is Ahmad sounds much better.

  6. nuruddin said

    My name is nur?

  7. salam..

    My name is Khan adalah suatu kisah yang unik kerana mengisahkan mengenai Islamophobia di USA pasca peristiwa Sept 11..dan ianya lain daripada cerita hindustan yang biasa kita tengok coz tiada slot tari-menari-beguling2-sambil-bertukar2-baju sepanjang 2 jam lebih cerita ini..

    Cuba lah saksikan dan beri komentar sekali lagi..komentar pasca menonton..

  8. […] The song was re-sing in the ‘My Name is Khan’ […]

  9. You realize hence considerably with regards to this issue, taught me to individually contemplate it out of a number of assorted perspectives. It has the similar to males and females ‘re not required until it is something to do with Kesha! Your own personal stuffs good pasaran bola hari ini. Always care for it!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: