Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Archive for March, 2009

Kambing atau batu?

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on March 18, 2009

Berita Harian, 18 Mac 2009: Mohd Ali dilarang tanding

KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin Umno semalam melarang calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam daripada bertanding jawatan itu kerana mendapatinya terbabit dalam politik wang.

Keputusan itu dibuat selepas Lembaga Disiplin mendapati Mohd Ali, juga Naib Presiden Umno dan Ketua Menteri Melaka, bersalah mengikut Perkara 10.1 Tata Etika Ahli Umno kerana rasuah dan politik wang yang dilakukan ejen beliau.

Seorang lagi tokoh prolifik yang di dapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO adalah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin atas sabit kesalahan yang sama. Beliau hanya diberi amaran dan masih layak untuk bertanding.

ali-rustam khairy1

1. Saya tidak menafikan Lembaga Disiplin UMNO punya autoriti untuk melakukan tugas mereka. Tapi di mana sara dan aksi dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia?

2. Adakah mereka berdua (Datuk Seri Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin) dan beberapa orang lagi yang disenaraikan bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO hanya dijadikan kambing hitam untuk menutup ramai lagi ‘jerung-jerung’ dan ‘tupai-tupai’ yang ada dalam UMNO? Kononnya untuk menyatakan: “Kita telah membersihkan UMNO dari perasuah-perasuah”.

3. Atau mereka sebenarnya batu tangga awal sebelum siasatan seterusnya dilakukan dari ekor, ke badan dan akhirnya akan sampai ke kepala paling besar. Dan akhirnya, Pak Lah mungkin kekal sebagai PM. Haha

Tidak kisahlah, mereka berdua ‘kambing hitam’ atau ‘batu loncatan’, kes-kes ini menggambarkan kebobrokan moral kepimpinan UMNO yang sedang menerajui negara sekarang. Kita semua rakyat Malaysia sedang dipimpin oleh makhluk-makhluk ALLAH yang saya percaya ada lagi yang seumpama dengan mereka berdua dalam teraju kepimpinan tertinggi negara.

Sebagai warganegara Malaysia yang cintakan negara, saya tidak rela melihat negara saya di pimpin dengan teladan yang sebegini. Kerosakan sesebuah negara bermula dari kerosakan moral pemimpin mereka.

Saya sayangkan Malaysia. Saya sayangkan generasi muda. Saya ingin lihat negara yang lebih baik yang bakal diwarisi oleh rakan-rakan saya dari kelompok mahasiswa pada hari ini. Kita perlu lakukan sesuatu.

Pepatah ada menyatakan: “An army of lions led by a sheep, can be defeated by an army of sheeps led by a lion.”

Kita harus bina kembali ‘singa-singa’ untuk memimpin Malaysia dan jangan biarkan ‘kambing-kambing’ terus merosakkan masa depan negara.

Posted in Bicara Isu, Politik | Tagged: | 6 Comments »

Belajar dari “Slumdog Millionaire”

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on March 14, 2009

Slumdog Millionaire, Filem yang telah memenangi 8 anugerah Oscar – anugerah yang diimpikan oleh pembikin dan pelakon filem segenap benua.

3217049965_db3cf6e710
Tanpa kesan khas yang melampau. Tanpa pelakon popular (kecuali Anil Kapoor). Tanpa bajet yang tinggi. Filem yang berlatarkan kehidupan penuh kesengsaraan di Mumbai ini nyata memberi kesan yang tersendiri dan menyajikan moral yang wajar diiktibari.

Dari kacamata seorang orang muda dan sebagai mahasiswa, maka saya menyarankan agar anak-anak muda, khususnya golongan mahasiswa belajar dari filem ini, walaupun wataknya cuma digelar ‘slumdog’. Read the rest of this entry »

Posted in Aplikasi Hidup, Mahasiswa, Motivasi | Tagged: , | 12 Comments »

 
%d bloggers like this: