Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Pensyariatan puasa dan pengurusan korporat

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on August 16, 2011

Naqib dan mentor saya, Amin Idris pernah menyampaikan tazkirah ringkas suatu ketika dahulu. Saya mengambil idea beliau dan mengembangkannya. Maka di sini saya kongsikan bersama kalian

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekali

an manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah)” (Surah Al-Baqarah: 185)

Al-Quran adalah bahasa yang terindah

Nabi Muhammad SAW dibangkitkan dikalangan masyarakat Arab Quraisy yang pada ketika itu amat mengagungkan bahasa yang indah. Para penyair Arab pada ketika itu adalah sasterawan dan orator yang amat berpengaruh.

Kalau abad ke-20 merakamkan ucapan lagenda ‘I have a dream’ oleh Martin Luther King, dan ucapan ‘Change’ oleh Barack Obama pada abad ke-21, maka orator Arab Quraisy pada zaman itu tidak kalah kuasanya. Syair yang hebat boleh dijadilkan political and busieness mileage, dan ia juga boleh dijadikan tool untuk misi character assasination pada ketika itu. Demikian dahsyatnya pukauan bahasa dikalangan massa Arab Quraisy.

Oleh kerana itu, di peringkat awal penurunan Al-Quran yang bermula pada bulan Ramadhan, gaya bahasanya amat indah dan memukau. Tatabahasanya amat tepat dan mendalam, sekali-sekala diselit dengan metafora yang mengagumkan, apatah lagi isinya yang membawa maksud yang menusuk – membuatnya warga Arab Quraisy pada ketika itu akur dengan kehebatan Al-Quran.

Namun, Al-Quran turun bukan membawa misi kebahasaaan, tetapi sebagai petunjuk (الْهُدَى) dan pembeza (الْفُرْقَانِ). Namun, Al-Quran membawa laras bahasa yang sesuai dengan ummah pada ketika itu untuk tackle hati mereka agar beriman dengan kesucian wahyu dari langit ini.

Laras bahasa yang sesuai untuk kelompok yang sesuai

Al-Quran mendidik kita untuk bijak mengguna laras bahasa yang tepat untuk sasaran yang betul. Ianya sukar, namun kedinamikan manusia dan penyelarasan kerja secara kolektif mampu menjadikan cabaran ini satu operasi yang indah.

Kadang-kadang kita ingin menyampaikan mesej yang sama, tetapi pemilihan perkataan dan susunan ayat perlu dibezakan.

Sebagai contoh:
Bahasa untuk pelajar sekolah: Adik-adik mesti belajar dengan lebih rajin untuk berjaya dalam peperiksaan!
Bahasa untuk eksekutif korporat: Kita mesti bekerja dengan lebih efektif dan efisyen untuk meningkatkan produktiviti syarikat.

Pengajaran pengurusan korporat dalam pensyariatan puasa

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa, sebagaimana yang telah diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa” (Al Baqarah:183)

Sudah ramai ustaz-ustaz menghuraikan pengertian ayat kewajipan berpuasa tersebut. Artikel kali ini cuma ingin menambah nilai melalui perspektif sains kemanusiaan dan sains pengurusan.

1. Target yang spesifik ( يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا )

Dalam sesebuah bisnes, penentuan target market adalah sangat penting. Begitu juga dengan lapangan lain seperti bidang penulisan, pendidikan, latihan motivasi dan sebagainya. Isi buku, modul training dan silibus haruslah disesuaikan dengan target.

Dalam ayat ini, dinyatakan penspesifikan pensyariatan puasa oleh ALLAH SWT kepada orang yang beriman. Dan sekiranya golongan itu adalah golongan yang beriman, maka tidak dapat tidak mereka (kita) tergolong dan wajib untuk mendengar apa yang ALLAH SWT sampaikan dalam ayat ini.

2. Dokumentasi bertulis ( كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ )

Dalam ayat ini, ALLAH SWT mewajibkan puasa dan kewajipan itu dinyatakan secara bertulis ( كُتِبَ ).

Maklum diketahui bahawa sesuatu dokumen bertulis itu lebih kuat hujahnya berbanding dokumen tidak bertulis. Nabi Muhammad SAW mendraf perlembagaan Madinah secara bertulis, sekaligus perlembagaan bertulis yang pertama di dunia. Akta, pekeliling dan warta juga harus digazet secara bertulis. Hujah penghakiman di mahkamah juga wajib ditulis, selain dibaca secara verbal oleh hakim. Dokumen-dokumen bertulis yang sah juga adalah hujah yang amat kuat untuk dijadikan bahan bukti di mahkamah atau dalam urusan-urusan rasmi.

Maka, demikian juga dalam pengurusan korporat. Sesebuah pengurusan yang baik menitikberatkan dokumentasi bertulis untuk melancarkan urusan-urusan syarikat.

3. Dorongan motivasi ( كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ )

ALLAH SWT tidak sekadar menyatakan kewajipan berpuasa, tapi turut menyatakan bahawa kewajipan yang sama telah disyariatkan kepada umat-umat terdahulu.

Dari satu sudut, ini merupakan satu satu kaedah motivasi dari ALLAH SWT. “Kalau orang dahulu boleh buat, kenapa kamu tak boleh?!”. Antara sumber motivasi yang efektif adalah melalui penekunan dan pembongkaran sejarah. Menelusuri sirah nabawiyyah, sirah sahabat-sahabat, para ‘alim ulama’ silam dan jejak-jejak orang yang telah berjaya adalah antara ramuan utama untuk mengecap kelazatan sebuah usaha meniti kejayaan.

Begitu juga dalam pengurusan organisasi, memotivasikan ahli-ahli dalam organisasi adalah satu kemestian. Buku-buku pengurusan organisasi dan sains kemanusiaan seperti tulisan Stephen Covey, John Maxwell amat menekankan aspek ini. Tetapi, ternayata Al-Quran mendahului dan mempelopori aspek ini sebagaimana dalam ayai ini dan ayat-ayat yang lain.

4. Kejelasan matlamat ( لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ )

Taqwa adalah anugerah yang agung untuk hamba-hamba ALLAH SWT. Taqwa adalah kunci kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Mudah-mudahan’ yang ALLAH SWT nyatakan dalam Al-Quran bukanlah calang-calang ‘mudah-mudahan’. Pernyataan tersebut adalah kepastian yang pasti. Andai seorang Perdana Menteri membuat pengumuman untuk memberi sumbangan, maka wajib bagi beliau untuk menunaikan katanya. Jika tidak, political image bagi seorang PM akan merosot dengan teruk. Itu baru seorang PM. Apatah lagi janji ALLAH SWT untuk hamba-hambanya..

‘Begin with end of mind’ adalah kata-kata yang sering diluncurkan dari mulut para motivator kini. Sebenarnya, frasa itu bersumber dari prinsip yang ALLAH SWT didik hambaNYA dalam pensyariatan puasa ini dan juga dalam lain-lain ayat. Atas semangat yang sama jugalah organisasi-organisasi beroperasi. Andai tergelincirnya organisasi dari landasan matlamat, maka organisasi tersebut akan menjunam ke gaung atau melanggar kedai roti canai di tepi landasan.

Penutup

Al-Quran merupakan petunjuk yang ‘alamiy (universal) dan syumuliy (komprehensif), tidak terbatas dengan sempadan geografi dan bangsa. Isinya amat mendalam dan meluas. Aplikasi amat menyeluruh dan komprehensif. Tinggal lagi tanggungjawab ummah pada ketika ini adalah untuk belajar dan mengkaji rahsia Al-Quran dan menterjemahkannya dalam kehidupan seharian, baik kehidupan secara individu mahupun secara kolektif.

4 Responses to “Pensyariatan puasa dan pengurusan korporat”

  1. Salaam… mantap sungguh! org kate ada aura =)

  2. Amin Hamami 2011 said

    Sebuah kupasan ilmiah yang menarik berlatarkan agama, dan dihiasi dengan seni sains dan ketamadunan manusia. Wajar dihayati dan dijadikan panduan buat segenap lapisan pembaca.

    [Kata penghantar oleh : Amin Hamami Farouk]

    • Owh, kena edit balik entri ni,letak kata pengantar plak. hehe

      Mukjizat Al-Quran tak pernah sunyi dari menjentik kalbu kesedaran manusia. Hanya kita yang MAHU atau tidak menyahut seru itu. Semoga kita trus istiqomah dalam hidayahNYA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: