Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Ratatouille – ANYONE can cook (updated version)

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on May 19, 2008

(Versi kemaskini pada 2 Jun 2008 – terima kasih Cikgu Nani :))

Pernahkah anda melihat Filem animasi Ratatouille?

Filem ini mengisahkan pengembaraan dan cabaran yang dihadapi seekor tikus yang akhirnya menjadi ‘seorang’ chef di sebuah restoran terkemuka di kota Paris.

Prinsip yang diketengahkan oleh filem ini ialah:

“ANYONE can cook!”

Sesiapa pun boleh memasak. Kedengarannya begitu mudah, tapi saya merasakan ia memberi makna yang mendalam. Semua orang boleh memasak. Tetapi bukan semua orang hebat memasak. Tapi, pokoknya tetap sama, semua orang boleh memasak. Pandai memasak atau tidak, itu isu yang berbeza. Kalaupun Jaed tidak PANDAI memasak, tapi dia tetap BOLEH memasak. Boleh memasak, belum tentu pandai memasak.

Setiap orang dijadikan unik. Setiap orang dijadikan hebat. Setiap orang berhak menjadi unik dan hebat. Tetapi ALLAH SWT Maha Genius menjadikan manusia hebat dalam lapangan berbeza, sesuai dengan kedinamikan kejadian alam.

“Semua orang dijadikan sama hebat, tetapi tidak serupa” – Dato’ Dr Fazilah Kamsah

Semua manusia dilahirkan dengan potensi yang sama. Tarbiah, didikan, latihan dan proses yang menentukan “bagaimana” seseorang manusia itu akan “jadi”.

Setiap orang hebat, tetapi mungkin dalam lapangan yang berbeza.

Son Goku hebat dalam ilmu pertempuran, tetapi dia seorang yang tidak romantik.
Bezita seorang yang sangat pemarah, rupanya dalam diam dia seorang yang penyayang kepada anaknya Trunks.
Pikor kelihatan sangat buruk rupanya, tapi dia merupakan ‘seorang’ yang paling pintar.

Setiap orang punya kehebatan dan kelemahan masing-masing. Tapi kelemahan yang ada bukan alasan untuk menutup kehebatan yang dimiliki.

Kalau rakan anda hebat dalam kepimpinan, anda mungkin lebih hebat daripada beliau dalam seni pergaulan.
Kalau abang anda hebat dalam pelajaran, anda mungkin lebih hebat dalam perniagaan.
Kalau roomate anda lebih hebat bermain Pro Evolution Soccer 2008, anda mungkin lebih hebat dalam Command & Conquer : Tiberian Sun

Walaupun siapapun diri orang lain dan walau siapapun anda, anda berhak menjadi hebat!

15 Responses to “Ratatouille – ANYONE can cook (updated version)”

  1. mahisyam3 said

    Kamu memang hebat! Perkh khaik tuih..

  2. jaed said

    terima kasih!

  3. crayon kakak said

    penah dh tgk cite ratatuli ni. best!~~ klaka. eheh. tapi, ada motif yg baik. bila tgk cite tu, kite plak jd lagik berminat nak msk2. ekekeke

  4. Nani-chan said

    nani dh tgk. comel sgt cite ni. animation cantik. moral pun cantik. nani suke.

    erm, sbnrnye ayat die ‘ANYONE can cook’, bkn everybody. nnt awan betulkan ye? sorry lah, nani mmg suke sgt hafal skrip movie. hehe. nani setuju dgn awan. mmg manusia sume lahir dgn potensi yg sama. buktinya? We all have something similar to successful people: 24 hours. it’s how we use it that makes the difference. ni nani terbaca somewhere, dan nani selalu ingatkan diri nani mcm tu bile nani rase nk give-up dan malas nk jadi hebat. *^^* hehehe. so far so good. setakat ni ayat best tu masih berkesan. nani dh kembali memblog lps break selama seminggu. come by, OK?

  5. Nana-chan said

    remy sungguh chumell ^^

  6. cik awan said

    ambe x tengok lagi citer ni..

  7. Nuar said

    hari ni hari melawat blog saudara-saudara.hehe. rat.a.too.ee ni memang banyak pengajaran kpd kite. cumanya dalam konteks tikus ramai2 memasak kat dapur tuh…huuu~ agak haru.

  8. As said

    Salam,
    bro fakhru..nice article digarap dr citer rat.a.too.ee (cilok dr nuar sat) nih.

    Tak ramai yang sedar ni dna ramai yang salahkan Tuhan atas kekurangan diri tanpa pernah nak belek diri kat mana kelebihan.

    Itulah manusia yang salu tak rase bersyukur, terlupa sebenarnye. Jom sama-sama do’a moga kita2 sume di kalangan mereka yang sentiap masa ingat untuk bersyukur, ameen!

    Nice article, comel!

    wassalam

  9. Adz said

    Menarik artikel ni. Sy dah tengok jugak citer Ratatouille ni.

    Lucu pulak bila diberi contoh watak2 dragonball. sy pun peminat dragonball. sy rs bezita lagi manjakan anak ppuan dia…dgn trunks dia mcm ‘tough-love’ sket. haha.

  10. Nani-chan said

    hm…di manakah update nya?

  11. To Mahisyam3: Khaitt

    To Jaed: Same-same. Pasni kena buktikan dgn jadi comiti catering. hehe

    To CK: Belajar masak dgn tikus. Tapi tikus rumah CK takleh pakai. Kena cari tikus kat Paris nun.🙂

    To Nana: Comel ke? Pasni boleh la tangkap tikus kat UIA, kot2 ada yang secomel Remy. Huk huk

    To Cik Awan: Beli lah DVD cetak rompak. Bersama menentang industri hedonisme. Kes kes

    To Nuar: Tikus kat Malaysia pun banyak kat dapur. Tapi diorang bukan masuk memasak, tapi…

    To As aka NMZ: Ameen…

    To Adz: Owh, saya fanatik sikit kalau bab2 komik ni. Hehe. Terutamanya Dragon Ball, Naruto dan Pedang Setiawan. Yang lain tak layan sangat la. Bezita tu dah jadi makhluk bumi (earthling), bukan lagi pure Saiyaman.

    To Cikgu Nani: Updatenya – pembetulan dari’everybody’ ke ‘anybody’. Tak perasan sangat, sebab dah lama tengok cerita ni sebenarnya. Haha

  12. Nani-chan said

    tp yg nani betulkan jd ANYONE, bukan anybody… tu psl nani tak nmpak… *^^*

  13. Adeh… salah lagi ke. Manusia memang selalu buat silap (cover)

  14. oy crita ini adalah sangat best!!!
    sirius!!
    masakan tidak
    aku sudah tontoninya berkali-kali
    bukan skali
    bukan dua kali
    berkali-kali!!!
    haha

  15. Itu lah Disney movies…ada ‘hidden moral’…cuba tengok crita2 Disney yang laen – Chicken Little, Lilo and Stitch, Enchanted, dn bnyk2 lagi – mesti ada pengajaran tersirat. Good for internalizing good values in small children secara santai (niatkan dulu lah!🙂 )

    Great for the whole family! (ceyh, promote plak)

    …Dragonball violent.huhu🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: