Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Archive for December, 2011

Arab spring & Malaysian monsoon

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on December 13, 2011

Arab spring telah dan sedang berlaku di Benua Afrika dan Timur Tengah.

Arab spring adalah kebangkitan Arab menentang autokrasi, membawa kepada jatuhnya kerajaan.

Arab. Satu ras. Banyak negara. Tunisia, Mesir, Libya, Yaman, dll.

Spring juga membawa maksud musim bunga.

Bunga yang membawa analogi kebahagiaan dan harapan baru yang lebih cerah untuk Arab.

Menuju Arab baru!

 

Malaysian monsoon pula sedang berlaku di sini. Kesannya adalah begini.

Perkataan monsoon berasal dari perkataan Bahasa Arab “mausim” yang bermaksud musim.

Malaysian monsoon adalah perubahan musim (perubahan angin) di Malaysia.

Malaysia. Satu negara. Banyak ras. Melayu, Cina, India, Asli, dll.

Malaysia tidak ada spring kerana Malaysia berada di garisan khatulistiwa (Geografi 101).

Monsoon itu sinonim dengan angin.

Angin yang sering digandingkan konotasinya dengan perubahan – angin perubahan – membawa analogi perubahan yang sedang dan akan terus berlaku di Malaysia.

Malaysian monsoon juga akan dijadikan maksud kebangkitan rakyat Malaysia untuk membuat perubahan.

Menuju Malaysia baru!

Nantikan!

Posted in Bicara Isu, Entri pendek, International, Politik, Sains | Tagged: , , | Leave a Comment »

Learn. Lead. Legacy. Legend.

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on December 12, 2011

Learn. Lead. Legacy. Legend.

That’s the process.

Don’t stop until you achieve it..
Or die achieving it.

“Bacalah dengan nama TUHAN mu yang menjadikan”

‘Jadikan namamu harum (lagenda) di langit , langit akan menjadikannya harum di langit dan di bumi’

Posted in Entri pendek, Falsafah, Motivasi | Leave a Comment »

Idea novel, idea inovatif, idea kedua.

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on December 8, 2011

Saya fikir. Tidak semestinya benar. Tapi setakat ini, ini yang saya mampu.

 

Idea.

Idea novel adalah idea baru, tidak pernah dicetus. Sukar dijumpai dan sukar difikiri. Sekiranya kena pada caranya, boleh mencetus revolusi pemikiran dan tindakan.

Imam mazhab, saintis Islam kala dahulu saya kira inilah mereka. Juga tokoh-tokoh lain. Apatah lagi Nabi Muhammad SAW – paling ulung.

Idea inovasi. Juga idea baru, terinspirasi dari idea sedia ada menjadi konsep baru.

Idea kedua. Bukan idea baru, tetapi olahan idea sedia ada dalam perspektif baru. Konsep sama, olahan baru.

 

Buku.

Ada buku idea novel, ada idea inovasi, ada yang mengolah idea orang lain.

Saya semakin ‘memilih’.

 

ALLAH. Ya ‘Aliim, Ya Hakiim.

Posted in Entri pendek, Falsafah | Leave a Comment »

Hijrah – Pencarian paradigma sains yang lebih total

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on December 7, 2011

Hijrah dan penantian sebuah anjakan

Tahun baru Hijri tiba lagi, seribu empat ratus tiga puluh dua tahun meninggalkan torehan sejarah agung di bumi gersang Arab. Nyata, derapan tapak kaki Nabi SAW bersama sahabat-sahabatnya telah menebarkan gegaran ke segenap belahan benua. Hayunan langkah kecil mereka itu disertakan dengan cita-cita yang amat besar serta strategi yang amat rapi untuk diteladani dan diambil inspirasi.

Hijrah di kala itu memaksa dunia untuk menerima satu anjakan. Baik anjakan paradigma mahupun strategi dalam mempercayai misi dan kebolehan Islam untuk membawa rahmat ke seluruh alam.

Islam mengajar untuk berhijrah dan beranjak ke tahap yang lebih baik. Islam itu sendiri datang mencabut akar sistem kepercayaan jahiliyyah dan membawa sistem kepercayaan dan kehidupan baru yang mengharmonikan akal dan jiwa. Kalimah syahadah itu sendiri kalimah keramat yang menggentarkan jiwa pembela kebatilan.

“Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH. Muhammad itu utusan ALLAH”

Rub’I bin Amir mencengangkan tentera sebuah ‘tamadun’ yang sekian lama mendakap hidup yang fana:
Allah mengutuskan kami (orang-orang Islam), untuk:
memerdekakan manusia dari pengabdian sesama manusia kepada pengabdian kepada ALLAH SWT,
dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat,
dari kezaliman agama kepada keadilan Islam.

Imam Hassan Al-Banna mengungkapkan lafaz yang melorongkan kefahaman terhadap paradigma Islam yang seluas alam terbentang:
Islam adalah sistem hidup yang syumul (menyeluruh), mencakupi seluruh fenomena kehidupan.
Maka ia adalah negara dan tanah air atau kerajaan dan umat;
Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan;
Kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman;
Material dan kebendaan atau usaha dan kekayaan;
Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah.
Sepertimana ia adalah aqidah yang sebenar dan ibadat yang sahih tanpa ada bezanya”

Anjakan paradigma

Saya tidak gemar menggunakan istilah ini. Read the rest of this entry »

Posted in Bicara Tokoh, Falsafah, Motivasi, Sains | Leave a Comment »

 
%d bloggers like this: