Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Dunia yang saling memahami?

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on June 16, 2011

Monolog: Setelah lama tidak menulis, saya tidak tahu bagaimana ingin memulakan idea. Kadangkala kepala terasa berselirat dengan idea hingga tak tau untuk disusun. Kadangkala terasa terlalu kosong sehingga tiada apa yang boleh disusun. Kerapkali dipesan agar sharpen the saw, supaya pokok boleh ditebang dengan efisyen (proses) dan efektif (output). Tetapi, gergaji bukan sahaja tidak diasah, tetapi seolah telah dibakulsampahkan. Sedih.

.
.
.

Antara topik yang paling mendapat sambutan di kalangan masyarakat adalah hiburan dan politik. Antara persamaan kedua-duanya, lapangan tersebut hidup dengan adanya ikon, pengikut, agenda dan medium. Dalam dunia hiburan pun ada politik sendiri. Dan politik juga boleh jadi hiburan bagi sesetengah orang.

Di era pasca revolusi teknologi maklumat dan komunikasi ini, maka bersesak-sesak maklumat berkaitan hiburan dan politik. Berita tentang artis suka pergi pasar malam pun boleh dijadikan bahan oleh media. Maka, ramailah peminat turut berkunjung ke pasar malam tersebut. Demikian sekali pengaruh seorang ikon dan media yang berkesan.

Namun, sekiranya manusia tidak bijak menilai keabsahan dan prioriti maklumat yang diterima, akibatnya generasi manusia akan terperangkap dalam timbunan dan limpahan maklumat manipulatif, yang sesetengah (atau kebanyakan?) darinya adalah ‘sampah sarap’.

Selepas dari ledakan revolusi pertanian, revolusi perindustrian dan revolusi informasi dan teknologi maklumat, teori revolusi seterusnya menyatakan dan menjangkakan, landskap dunia pada masa hadapan akan di-tentu-corak-atur-kan oleh keabsahan maklumat dan kebijaksanaan menilai maklumat, bukan lagi sekadar informasi manipulatif. Era ini bakal digelar sebagai Age of Wisdom. – dipetik dari sini

Dalam dunia politik, antara kesan dari kurangnya bijaksana dalam menilai maklumat, ditambah dengan kemudahan komunikasi, telah melahirkan ramai komentator bebas di alam maya. Sebahagian (atau ramai?) dari mereka dengan mudah menghukum sesuatu isu atau individu dengan mudah, tanpa maklumat yang cukup dan absah.

Tidak kurang juga yang berbalah sesama sendiri.
Berselisih hingga tak bertegur sapa.
Tak puas bertekak di facebook, sambung mengumpat kat ofis.
Keluar pula perkataan-perkataan & istilah-istilah tak senonoh.

Politik yang asalnya medan untuk menambahbaik dan memimpin ummah sudah jadi medan yang dipenuhi kejijikan akhlak dan membuatkan sesetengah orang menjauhkan diri dari berbincang soal politik.

Apa kes??

Semua ini berpunca dari menusia yang tidak memahami sesama sendiri. Konflik manusia tidak dapat dielakkan. Sejarah konflik sesama manusia bermula seawal Qabil & Habil.

Namun, saya percaya kita boleh mengurangkan krisis yang ada, dengan memahami sesama manusia.

Antara perkara yang wajib difahami adalah, setiap manusia itu berbeza. Konflik akan timbul sekiranya manusia tidak menghargai perbezaan dengan manusia yang lain dan cenderung untuk membuatkan orang lain mengikut cara kita.

Pasukan dalam organisasi memerlukan persefahaman antara anggota. Pasukan bola amat perlu kepada persefahaman dan keserasian untuk permainan yang baik. Pasukan lakonan teater harus memahami watak sendiri dan watak orang lain untuk persembahan yang membekas. Komunikasi tidak semestinya melalui percakapan. Pasukan cardiac surgery boleh berkomunikasi melalui jantung pesakit tanpa mengeluarkan perkataan (pengaruh cerita Team Medical Dragon🙂 )

Semuanya memerlukan kepada persefahaman untuk membentuk dunia yang lebih baik.

Saya mengimpikan dunia yang lebih tenang dari konflik sesama manusia, baik secara kecil-kecilan di ofis dan kelas, mahupun konflik berskala mega di peringkat negara dan antarabangsa.

Kata-kata keramat Mahatma Gandhi wajar dijadikan azimat untuk semua: Be the change you want to see in this world. Kata-kata ini juga diukir pada batu nisan Michael Scofield – dan beliau adalah orang yang tepat untuk dianugerahkan dengan kata-kata tersebut (Prison Break🙂 ).

Saya bukanlah orang yang bebas dari konflik. Tapi, kita tetap perlu mulakan perubahan dunia dengan perubahan yang kecil – pada diri sendiri.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka” Surah Ar-Ra’d : 11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: