Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Respons kepada respons filem ‘Innocence of Muslims’

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on September 23, 2012

Usai menyertai demonstrasi menentang penyiaran filem ‘Innocence of Muslims’ di Masjid Taman Perling, Johor Bahru, pelbagai perkara yang saya fikirkan. Balik membuka berita di lembaran maya, kening berkerut, tanda synapse dikerah untuk merungkai dan merangkai fenomena ini.

Tanpa meragui keperluan berdemonstrasi secara matang, bantahan demi bantahan terhadap kebobrokan filem tersebut, saya sekadar ingin meluncurkan beberapa jalur idea. Mungkin ada jalur yang sudah ditampilkan orang lain, namun saya titipkan jua di sini buat tatapan pembaca.

Antara rawak ringkasan dari rawak synapse dan neuron otak:

1. Islam datang untuk membawa rahmat ke seluruh alam. Perangilah mereka yang jahil dengan kasih sayang. Asy-Syahid Hasan Al-Banna pernah berpesan, “Jadilah seperti pokok, saat orang membaling batu kepadamu, kau membalasnya dengan buah yang ranum”.

2. Balas filem dengan filem. Balas karya dengan karya. Zunar has made his (and my) point.

3. Respons agresif dari orang Islam membawa imej lebih buruk kepada Islam berbanding filem ‘Innocence of Muslims’ itu sendiri. Provokasi ‘Barat’ berjaya? Adakah filem 14 minit itu matlamat, atau kekecohan selepas itu yang diinginkan mereka?

4. Berdemonstrasi adalah antara lambang mentaliti pembangkang (oppressed opposition, siege mentality). Lebih dari itu, demo harus diiringi langkah ke’kerajaan’an.

5. “Hidup hidup, hidup Islam! “Hancur hancur, hancur Amerika!” Perlukah mendoakan kehancuran Amerika? Adakah Amerika yang perlu hancur, atau sistem dan budaya yang zalim yang harus di-Islam-kan? Bayangkan negara dengan resource seperti Amerika dapat ditadbir oleh pemerintah yang adil?

6. Adakah ada yang menganjur demonstrasi, laporan polis, kenyataan media dan lain-lain atas nama ‘sayangkan Nabi’, sebenarnya mencari popularity mileage untuk masuk ke kelompok populis?

7. Berdemonstrasi kerana ‘kecintaan kepada Nabi SAW’ mestilah didahului dan disusuli dengan menghidup dan membela sunnah Nabi SAW.

8. Demonstrasi juga harus membangkit adrenalin (dan terkawal). Jika tidak, ia hanya himpunan beramai-ramai yang ‘mandom’ tanpa emosi. Membangkit adrenalin juga perlu di strategise.

9. Bagi saya, pecutan adrenalin demonstrasi di Johor  tidak sekencang di Lembah Klang. Faktor populasi yang boleh dimatematikkan, kesedaran massa yang tidak boleh diformula, lokasi, kemudahan pengangkutan dna lain-lain faktor mungkin perlu diambilkira.

10. Menentang penerbitan filem bukan bermakna menentang kebebasan bersuara. Tetapi, tiada kebebasan yang benar-benar bebas di dunia ini.

11. Ucapan Saudara Suhaizan Kayat semasa demonstrasi juga menarik untuk dicermati.

12. Krisis Islam vs Kristian vs Yahudi (Judaism) sudah berlarutan sekian lama. Dan acapkali (mungkin juga setiap kali), ianya tidak lepas dari faktor kepolitikan. Ulasan yang telah diberi pencerahan berdasarkan analisis sejarah yang panjang dan dalam oleh Graham E. fuller menerusi buku A World Without Islam (gambar), namun sukar untuk saya cerakinkan dalam catatan yang ringkas ini.

Klik untuk rakaman gambar-gambar sekitar demonstrasi di Masjid Taman Perling, JB.

One Response to “Respons kepada respons filem ‘Innocence of Muslims’”

  1. Hmm..sy suka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: