Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Posts Tagged ‘ustaz azhar vs ustaz fathul’

Mencari keindahan dalam pertelingkahan

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on February 1, 2012

1. Pertelingkahan boleh berlaku melibatkan isu (i) Aqidah. (ii) Feqah. (iii) Akhlaq.

2. Dalam lingkupan aqidah yang satu, penganutnya boleh jadi bertelingkah kerana isu feqah/ syariat.

3. Dalam lingkungan feqah/ mazhab/ syariat yang sama, penganutnya boleh jadi bertelingkah kerana isu akhlaq.

4. Feqah/ syariat adalah bidang yang terpimpin dan indah.

5. Perbincangan feqah boleh menjadi tidak keruan kerana akhlaq yang tidak terpimpin dan tidak indah.

7. Walaupun berada di pihak yang benar dari sudut feqah, tetapi boleh sahaja dia menjadi zalim kerana akhlaq yang buruk.

6. Ada sebab yang tersendiri kenapa Nabi Muhammad SAW itu diutus bermatlamat menyempurnakan akhlaq mulia.

إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق

“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia”

Hadis sahih di keluarkan oleh Al-Imam Ahmad (2/381), Al-Bukhari dalam Al-Tarikh Al-Kabir (7/188), dan Ibn Sa’ad dalam Al-Tabaqaat (1/192), dan Al-Kharaithi dalam Makarim Al-Akhlak (1), dan Al-Hakim (2/613) dan Al-Baihaqi dalam Al-Sunan (10/191-192) dan Syu’ab Al-Iman (14/134/7609) dan Al-Khatib Al-Baghdadi dalam Al-Jami’ (1/93) kesemuanya dari Muhammad bin `Ajlan dari Al-Qa’qaa’ dengannya.

http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=156&t=39713

8. Islam itu indah dan dilihat indah kerana harmoninya unsur aqidah yang benar, ibadah yang sahih dan akhlaq yang mulia.

9. Apa sahaja yang ditelingkahkan, semuanya boleh menjadi indah andai dikawal-iring oleh akhlaq yang indah.

p/s: Artikel ini diringkaskan tetapi cuba merangkumkan pelbagai latar isu yang panas akhir-akhir ini.

Berkaitan: Paradox of simplicity

Advertisements

Posted in Bicara Isu, Entri pendek, Politik | Tagged: , , , | Leave a Comment »

 
%d bloggers like this: