Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Respons kepada respons filem ‘Innocence of Muslims’

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on September 23, 2012

Usai menyertai demonstrasi menentang penyiaran filem ‘Innocence of Muslims’ di Masjid Taman Perling, Johor Bahru, pelbagai perkara yang saya fikirkan. Balik membuka berita di lembaran maya, kening berkerut, tanda synapse dikerah untuk merungkai dan merangkai fenomena ini.

Tanpa meragui keperluan berdemonstrasi secara matang, bantahan demi bantahan terhadap kebobrokan filem tersebut, saya sekadar ingin meluncurkan beberapa jalur idea. Mungkin ada jalur yang sudah ditampilkan orang lain, namun saya titipkan jua di sini buat tatapan pembaca.

Antara rawak ringkasan dari rawak synapse dan neuron otak:

1. Islam datang untuk membawa rahmat ke seluruh alam. Perangilah mereka yang jahil dengan kasih sayang. Asy-Syahid Hasan Al-Banna pernah berpesan, “Jadilah seperti pokok, saat orang membaling batu kepadamu, kau membalasnya dengan buah yang ranum”.

Read the rest of this entry »

Posted in 1 | Tagged: , , , , , , , , , | 1 Comment »

Bintang II

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on September 3, 2012

Sambil men’servis’ laptop, saya menjenguk artikel-artikel lama yang pernah saya tulis. Tertarik kepada beberapa artikel, yang saya kira ada baiknya sekiranya saya kongsi kembali.

Artikel ini pernah saya post kan pada tahun 2006 di sini. Pada ketika itu saya masih first year student di IIUM. Sekali-sekala melawat semula (re-visit) mengimbau zaman silam boleh menghiburkan hati 🙂

.
.
.

Pada suatu hari, pensyarah saya bercakap tentang bintang:

“If we see the star is small, the false is not in the star, but the false is in ourselves.”

Hakikatnya bintang itu besar. Amat besar. Bahkan bintang lebih besar dari bumi dan matahari. Matahari juga merupakan sejenis bintang. Tetapi apabila kita memandang tanpa sebarang info tentang bintang, maka kita akan berkata betapa bintang itu kecil.

Sebenarnya, siapa yang besar dan siapa yang kecil?

Read the rest of this entry »

Posted in Aplikasi Hidup, Entri pendek, Falsafah, Sains | Leave a Comment »

Selepas polarisasi kaum di Malaysia… apa seterusnya? – Satu sorotan paradoks perpaduan negara.

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on August 31, 2012

Konfrontasi itu akan tetap wujud. Tidak pernah ada dalam realiti hidup wujudnya masyarakat yang ideal yang memenuhi segala ciri positif yang diidamkan. Definisi ciri positif itu pun ada yang tidak disepakati, apa lagi kesepakatan masyarakat dalam memeluknya. Populasi manusia semakin berkembang mengiringi perkembangan sosio-politik-ekonomi tempatan dan dunia, membawa kepada bertambahnya kedinamikan sosial sekaligus meningkatkan kemungkinan untuk konfrontasi terus wujud.

Puluhan tahun yang lalu, penjajah dari Eropah datang membawa pelbagai perubahan kepada gugusan Tanah Melayu dan sekitar Nusantara. For good and bad reasons, perubahan itu adalah benang-benang anyaman yang telah membentuk fabrik sosial pada hari ini.

Read the rest of this entry »

Posted in Bicara Isu, Falsafah, Mahasiswa, Politik | Tagged: , , , , , , , , , | 8 Comments »

Politik warna-warni

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on July 29, 2012

Kebanyakan isu politik tanah air adalah berkenaan “Either you are with us, or you are against us”,

Sama ada kamu adalah bersama kami atau mereka.

Sama ada menyokong Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Sama ada HITAM atau PUTIH.

 

Sedangkan politik bukan begitu.

Sekarang adalah era age of wisdom.

Kebebasan berfikir dan memilih perlu dipandu, bukan disekat.

 

Bentangkan prinsip untuk mendidik.

Tunjukkan qudwah dalam memimpin.

Laksanakan amanah dalam mentadbir.

Bijakkanlah rakyat agar mereka memilih dengan berfikir.

 

Dunia politik adalah lebih luas dari sekadar ‘kami atau mereka’.

Dunia politik adalah lebih menarik dari sekadar hitam atau putih.

Politik adalah dunia yang penuh warna warni.

Dan kitalah yang harus mencoraknya dengan sebegitu.

 

Artikel berkaitan:

1. BERSIH 3.0 as I see.

2. Politik buta warna.

3. Teori konspirasi politik Malaysia.

Posted in Entri pendek, Falsafah, Politik | Leave a Comment »

Politik buta warna

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on July 24, 2012

Kuning – BERSIH

Merah -Royalti, Tukar, Gelombang Merah

Oren/ Jingga -Himpunan Oren, Buku Jingga.

Hijau – Himpunan Hijau, Lynas

Biru – Gelombang Biru

dan lain-lain.

 

Itu adalah antara warna-warni politik di Malaysia mutakhir ini. Politik yang penuh warna-warni.

Warna dijadikan tema dan simbol. Warna dijadikan identiti. Semua perkara memerlukan symbol sebagai identity.

Bayangkan produk Apple tanpa simbol epal, atau produk Google tanpa warna merah, biru, kuning dan hijau, atau negara Amerika tanpa bendera berjalur merah putih dan berbintang putih?

Namun, terkadang, obsesi kepada warna dan simbol membuatkan manusia buta kepada prinsip dan content. Samada terlalu mencinta dan menyokong, atau terlalu membenci atau menentang atas nama warna dan simbol.

Perjuangan yang suci adalah perjuangan yang membawa content yang baik, bukan sekadar memperjuangkan simbol dan warna. Andai baik ‘content’nya, maka simbol dan warnanya juga akan baik.

Politik adalah permainan persepsi. Mempersepsikan simbol dan warna sebagai baik, belum tentu memiliki content yang baik.

Oleh itu, perjuangan politik yang baik adalah membentuk persepsi berdasarkan perjuangan content, bukan sekadar pada perjuangan simbol dan warna.

Pada saya, biarlah rakyat buta warna terhadap simbol, agar mereka tidak buta kepada isi dan content perjuangan.

Posted in Bicara Isu, Falsafah, Politik | 4 Comments »

Bulan Jun dan pemergian.

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on June 25, 2012

Bulan Jun lagi. Pemergian tokoh-tokoh ulung, satu demi satu.

14 Jun 2012 yang lalu kita menerima berita kehilangan Murabbi yang amat disayangi oleh para pencinta tarbiah dan perjuangan Islam di Malaysia, Ustaz Yahya Othman. Sedih tidak terkata. Saya menangis ketika mengimami solat Maghrib apabila menerima berita itu.

14 Jun 2010, dua tahun yang lalu pada tarikh yang sama, rakyat Malaysia menerima berita kehilangan Ustaz Hassan Shukri. Jasanya kepada perjuangan Islam di Malaysia tidak perlu dipertikaikan lagi.

23 Jun 2002, sepuluh tahun yang lalu, kepiluan tidak terbendung telah menyelubungi seluruh negara atas kehilangan tokoh negarawan yang juga masyhur di peringkat antarabangsa – Ustaz Fadzil Mohd Noor. Biodata terperinci ada dirakam dalam Wikipedia.

Dan… yang paling dekat dan mengesankan saya adalah….

26 Jun 2006. Perginya seorang sahabat yang tiada galang ganti… Khairul Azri bin Mohd Annuar (17 Ogos 1985 – 26 Jun 2006).

Semoga ALLAH merahmati mereka semua.

Al-Fatihah.

 

Posted in Bicara Tokoh | 3 Comments »

BERSIH 3.0 as I see and hope.

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on May 4, 2012

Pasca himpunan BERSIH 3.0

Meluat dan menyampah mungkin perkataan paling sesuai untuk menggambarkan apa yang saya rasa melihat kepada kebanyakan (bukan semua) ulasan-ulasan di media pasca himpunan BERSIH 3.0.

Kebanyakan ulasan membawa nada yang sama: “Either you are with us, or you are against us” – “Samada kamu menyokong kami, atau melawan kami” – nada yang sama yang mereka kutuk terhadap penjenayah paling besar dekad ini iaitu Amerika Syarikat dikala AS melancarkan kempen (baca: jenayah) paling ganas untuk menentang kemanusiaan.

Sedar atau tidak, suka atau tidak, mahu atau tidak, ramai yang membawa kempen ini dalam mengulas isu BERSIH 3.0 (atau apa sahaja isu yang berkaitan). Ulasan-ulasan yang membawa maksud: “Hanya BERSIH yang benar” atau “Hanya BERSIH yang salah”.

Kerisauan yang pernah saya nyatakan tentang lambakan informasi manipulatif secara negatif oleh media, khususnya media baru benar-benar menjadi benar.

Maka, pihak-pihak tertentu menjadi mangsa serangan, sehingga isu asas dan utama dilupakan. PDRM, Ambiga dan DS Anwar Ibrahim, to name of few. Manipulator media terus menghangatkan dan meniupkan api kebencian terhadap isu bukan utama (walaupun isu itu mungkin penting) samada secara sedar atau tidak untuk memberi keuntungan terhadap pihak tertentu.

Apa yang saya lihat?

“BERSIH” dan “himpunan BERSIH 3.0” adalah dua perkara berbeza.

Read the rest of this entry »

Posted in Bicara Isu, Politik | 1 Comment »

 
%d bloggers like this: