Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Bulan Jun dan pemergian.

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on June 25, 2012

Bulan Jun lagi. Pemergian tokoh-tokoh ulung, satu demi satu.

14 Jun 2012 yang lalu kita menerima berita kehilangan Murabbi yang amat disayangi oleh para pencinta tarbiah dan perjuangan Islam di Malaysia, Ustaz Yahya Othman. Sedih tidak terkata. Saya menangis ketika mengimami solat Maghrib apabila menerima berita itu.

14 Jun 2010, dua tahun yang lalu pada tarikh yang sama, rakyat Malaysia menerima berita kehilangan Ustaz Hassan Shukri. Jasanya kepada perjuangan Islam di Malaysia tidak perlu dipertikaikan lagi.

23 Jun 2002, sepuluh tahun yang lalu, kepiluan tidak terbendung telah menyelubungi seluruh negara atas kehilangan tokoh negarawan yang juga masyhur di peringkat antarabangsa – Ustaz Fadzil Mohd Noor. Biodata terperinci ada dirakam dalam Wikipedia.

Dan… yang paling dekat dan mengesankan saya adalah….

26 Jun 2006. Perginya seorang sahabat yang tiada galang ganti… Khairul Azri bin Mohd Annuar (17 Ogos 1985 – 26 Jun 2006).

Semoga ALLAH merahmati mereka semua.

Al-Fatihah.

 

3 Responses to “Bulan Jun dan pemergian.”

  1. unknown said

    Salam alayk,

    Rasanya mungkin bukan bulan kesedihan, tapi bulan yang penuh dengan peluang untuk akhi menambah saham akhirat..Masakan Allah menguji jika bukan untuk menilai keimanan hambaNya..Buanglah segala kesedihan dgn mengingati Allah, ujian adalah tarbiah dari Allah..semoga makin akrab denganNya..InsyaAllah..
    La tahzan innallaha ma’ana..He knows best..

    • Terima kasih =)

      Mungkinkah ujian itu datang dalam bentuk kesedihan?

      • Unknown said

        Ujian bukan saja datang dalam bentuk kesedihan..tapi juga dalam bentuk kegembiraan..antara ujian musibah dan nikmat..antara ujian untuk menjadi lebih sabar atau lebih bersyukur.. yang mana lebih sukar menurutmu akhi?

        jika diuji dengan kesedihan yang menuntut kesabaran, manusia hanya punya dua pilihan, iaitu redha dengan takdir dan menganggap ujian itu ibrah untuk dirinya dan tarbiah langsung dari Allah atau menyesali dan menyalahkan takdir yang akhirnya mengundang murka Allah dan menjurus kepada dosa..sedangkan bagi ujian kegembiraan..pilihan yang ada terlalu banyak hingga manusia mudah tergelincir dan menjadi hambaNya yang kufur nikmat dan tidak bersyukur.Hidup seperti roda, ada masa di atas, ada masa di bawah.mungkin dulu akhi kesedihan tapi ana dalam kegembiraan…mungkin pada waktu ini akhi dalam kegembiraan ana dalam kesedihan..Walau apapun bentuk ujiannya..tanggapilah ia dengan hikmah dan pengertian..Wallahualam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: