Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

What else the DNA can tell us? – Part II: Comparative genomics

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on January 13, 2012

Suatu ketika dahulu, ketika masih mentah (sekarang pun masih mentah) dalam bidang sains, saya pernah berkata kepada seorang sahabat:

“Di, aku nak kaji DNA manusia. Aku yakin, sangat banyak rahsia ALLAH sorok dalam diri manusia ni…”

…sambungan dari bahagian I What else the DNA can tell us?

Kita pernah mendengar lapangan ilmu comparative religion, comparative law, comparative history dan sebagainya. Tetapi apakah pula comparative genomics?

Penjujukan genom (Genome sequencing)

Proses penjujukan genom seperti yang telah dilaksanakan oleh Human Genom Project merupakan projek yang sangat memakan masa, tenaga dan kos. HGP sendiri menelan kos USD$3 billion dan mengambil masa 13 tahun  (!!) untuk disiapkan untuk menjujukkan 3 billion DNA manusia dengan 20,000 – 25,000 gen.

Tetapi, teknologi semakin berkembang. Suatu ketika dahulu, krew kapal Kapten Ferdinand Magellan mengambil masa tiga tahun untuk ekspedisi orang Eropah pertama mengelilingi dunia, bermula dari Trinidad pada 1519, membelah lautan Atlantik ke benua Amerika, merentasi Selat Magellan, membelah lagi Lautan Pasifik, tiba di Filipinam merentas Lautan Hindi dan kembali ke Sepanyol pada 1522. Kini, sesiapa sahaja boleh mengelilingi dunia dalam masa sehari, 1000% lebih cepat.

Teknologi jentera dalam bidang biologi juga sedang dan akan berkembang. Tidak mustahil suatu hari nanti proses untuk menjujukkan genom seseorang manusia boleh dilakukan dalam sehari atau lebih cepat. Dalam menuju ke detik itu, atau sekiranya tiba pada detik itu, dalah diimpikan pelbagai kajian boleh dilaksanakan – dan untuk membuktikan beberapa teori, termasuklah mengesahkan beberapa rahsia kandungan dalam syariat Islam.

Krisis ekonomi Eropah dan sejarah bangsa dari perspektif Biologi

Bermula dari tahun 2009 merupakan tahun yang sukar bagi Eropah. Krisis hutang yang melanda sudah sedia maklum dan sehingga artikel ini ditulis, Eropah masih belum pulih dari tragedi tersebut.

Tetapi berdasarkan fakta sejarah, bangsa Eropah adalah bangsa survival. Mereka akan hadapi cabaran, dan mereka akan bangkit. Semangat Greece, Roman, Viking, Spartan, Scandinavian dan lain-lain bekas kuasa besar bangsa pahlawan dan penakluk mengalir dalam darah mereka. Mereka pernah menghadapi zaman Gelap, tetapi kemudiannya bangkit, menbutirkan tokoh-tokoh agung seperti Raphael, Michelangelo, and Leonardo da Vinci. Tidak dilupakan era penjajahan mereka sehingga dikatakan ‘matahari tidak pernah tenggelam di bumi Inggeris’. Era-era lain juga menyaksikan generasi pejuang di bawah pemimpin seperti Napolean Bonaparte dan Adolf Hitler lahir mencorak sejarah. Eropah juga merakam pelbagai lonjakan revolusi tersendiri seperti French Revolution, Renaissance, Scientific Revolution dan sebagainya.

Justeru, saya optimis krisis ekonomi Eropah ini pasti akan diatasi dengan kebijaksanaan mereka, dengan jiwa yang diwarisi sejak zaman-berzaman.

Bolehkah sekiranya diandaikan bahawa jiwa penakluk dan pejuang itu terakam dalam DNA mereka? Dan panduan itu hanya memerlukan masa yang baik untuk muncul kembali dalam aksi yang lebih mempersona.

Cina.

Cina adalah bangsa yang tidak pernah sunyi dengan sejarah hebat perjuangan. Siri-siri peperangan sesama mereka sejak dahulu, kesusahan yang dialami dek kezaliman raja-raja berdinasti, menjadikan mereka bangsa yang cekal dan kental, pada masa yang berjiwa penakluk dan penguasa. Hari ini, lihatlah di mana ada bangsa Cina, di sana mereka akan gigih memperjuangkan nasib hidup dan boleh mencatat kejayaan yang lebih dahsyat dari penduduk pribumi sesebuah negara. Dalam darah merah mereka mengalir darah survival. Lihatlah juga negara China pada hari ini. Dari keruntuhan demi keruntuhan, mereka terus membina empayar baru dengan kekuatan tersendiri.

Adakah boleh untuk dikatakan bahawa dalam jujukan DNA mereka tercatat satu panduan untuk berjuang warisan turun temurun walau apa jua situasi yang dihadapkan kepada mereka?

Saya kira, seandainya di analisa bangsa-bangsa lain seperti Parsi (Iran), Arab, Amerika, Jepun dan termasuklah rumpun Melayu – sifat-sifat bangsa pada era dahulu kala masih terbawa-bawa dan tercorak sehingga ke hari ini. Mungkin inilah yang dikatakan ‘budaya’.

Tetapi dari perspektif yang lain, penjelasan saintifik mungkin diperlukan untuk merungkai apa yang wujud jauh di dalam sel-sel diri mereka – DNA – yang mungkin menyumbang kepada pencorakan personaliti sesebuah bangsa.

Integrasi kajian sains sosial dan sains biologi

Sekiranya projek penjujukan genom diteruskan dan boleh dipercepatkan, mungkin ianya boleh membantu kita untuk menatap sebuah kajian molekular comparative genome antara bangsa-bangsa besar ini.

Apakah perbezaan pada genom mereka? Apakah kekuatan dan kelemahan yang boleh dianalisis? Apakah sekiranya berlakunya percampuran genom (perkahwinan campur), apa akan berlaku kepada gen-gen yang dominan? Apakah akan mengatasi sifat lemah pada gen yang lain atau mereka akan bercampur secara rawak?

Sebenarnya pelbagai lagi idea boleh dibutirkan sekiranya sains tulen dan sains sosial itu boleh diintegrasikan kajiannya. Sekaligus boleh memecah tembok pemecahan ilmu yang sekian lama terbina.

Sesungguhnya rahsia alam ini sangat luas lagi dalam. Dari sebesar-besar alam semesta terbentang, sehinggalah sekecil-kecil DNA yang terentang. Semua ini adalah ‘ayat’ yang dijadikan ALLAH untuk hambanya yang berfikir.

Mungkinkah akan bersambung lagi?

2 Responses to “What else the DNA can tell us? – Part II: Comparative genomics”

  1. ........ said

    ya…harus bersambung lagi….rahsia keunikkan DNA itu belum lg benar2 terungkap…

  2. Farah Izana said

    sila sambung lagi…..=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: