Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

What else the DNA can tell us?

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on January 12, 2012

“Ala lala tomeynyee… mata baby ni macam mak dia la, hidung pulak besar macam bapak dia.”

Dr. Hadley dalam cerita ‘House’ mengidap penyakit Huntington, penyakit genetik yang diwarisi dari ibunya

Umum mengetahui, DNA berfungsi menentukan fizikal dan fisiologi seseorang benda hidup.

Kejadian dan fungsi DNA masih sangat misteri. Bekas Pengarah Human Genome Project, Francis Collins yang asalnya seorang atheis tegar akhirnya mempercayai kewujudan TUHAN (tetapi masih belum Islam) kerana ketakjuban yang ada pada DNA membuatkan beliau percaya, mustahil kejadian sekompleks itu tiada PENCIPTA.

Beliau merakamkan perkongsian dan pengalaman dalam buku  The Language of God: A Scientist presents Evidence for Belief.

Pengumuman kejayaan projek Human Genome Project tersebut disampaikan secara bersama oleh Presiden AS, Bill Clinton dan Presiden British, Tony Blair pada tahun 2000. (sila ambil perhatian bahawa pengumuman itu dibuat oleh dua orang presiden paling berkuasa di bumi pada ketika itu!). Antara bahagian paling menarik dalam buku ini adalah apabila Collins mengulas ucapan terancang Presiden Bill Clinton semasa pengumuman tersebut:

“Today we are learning the language in which God created life.  We are gaining ever more awe for the complexity, the beauty, and the wonder of God’s most divine and sacred gift”

Tumpuan pada ucapan itu adalah apabila Bill Clinton mengakui DNA adalah ciptaan TUHAN. Kenyataan ini bukanlah spontan. Ia adalah ucapan yang dirancang.

Dan kenyataan itu adalah satu terajangan hebat untuk penganut sains mazhab Darwin.

DNA sememangnya suatu ‘bahasa’ yang sangat misteri.

Saya mula mengetahui DNA berfungsi lebih dari men’cetak’ fizikal manusia apabila membaca buku ini:

“25 Big Ideas: The Science that’s changing our World.”

Salah satu dari bab itu dinamakan ‘Nature vs nurture‘, iaitu membincangkan apakah sifat peribadi yang ada pada seseorang itu adalah dipengaruhi oleh persekitaran atau ia adalah sebahagian dari apa yang di’cetak’ oleh DNA?

“Perangai panas baran dia tu mengikut perangai bapaknya….”

“Pandainya budak ni. Patut la, ayahnya pensyarah, maknya pulak cikgu”

Bolehkah DNA menentukan fungsi tersebut?

Otak adalah organ penting yang kejadiannya turut di’cetak’ oleh DNA. Otak berfungi mengawal seluruh badan baik secara voluntary atau involuntary. Otak boleh mengawal imaginasi, mengawal percakapan, mengawal kaki dan tangan dan sebagainya.

Jadi, benarkah DNA memainkan peranan dalam membentuk peribadi seseorang – termasuk keupayaan otak, kebolehan memiliki impian, kemahiran-kemahiran seperti bertukang, bercakap, dan sebagainya.

Pemahaman tentang fungsi dan misteri DNA juga semakin melebar berdasarkan buku tulisan Margaret Ruby:“The DNA of healing”

Beliau membuktikan – secara statistik, bukan experimental science – pengalaman-pengalaman ibubapa-nenek-moyang manusia turut ‘dirakam’ dalam DNA seseorang dan diwarisi kepada anak-cucu mereka. Pengalaman bukanlah sesuatu yang fizikal, tetapi lebih kepada ‘memori’. Tetapi ‘memori’ terbut boleh ‘ter’waris melalui DNA kepada keturunan, dan keturunan mungkin akan mengulangi kejayaan atau kegagalan nenek-moyang mereka. Sounds familiar, bukan?

Kemudian Ruby mengendalikan ‘rawatan’ pemulihan melalui gabungan kaedah pemahaman biochemistry pada DNA dan rawatan berdasarkan falsafah tradisional Cina (falsafah 5 unsur, dsb.)

Baru-baru ini UiTM telah mengumumkan kejayaan mereka memetakan genome orang Melayu.

UiTM researchers map Malay genome.

Kejayaan ini sangat besar dan boleh penginspirasikan kajian-kajian lanjut yang sangat penting.

Saya pernah terdengar petua dalam perubatan: “Ubat-ubat di sekeliling kita lebih berkesan untuk kita”. Maksudnya, sekiranya ubat itu dalam bentuk herba, herba yang didapati di Malaysia lebih sesuai untuk orang Malaysia, herba yang didapati di Brazil lebih sesuai untuk orang di Brazil.

Ini makes sense, kerana satu lagi penemuan mendapati, apa yang kita makan boleh memberi kesan kepada DNA dan fisiologi tubuh kita:

Food We Eat Might Control Our Genes

Kajian tersebut sudah masuk ke satu peringkat lain iaitu kesan interaksi antara gene luar (outsider genes).

Lain bangsa, lain orang, lain genom mereka – maka lainlah reaksi tubuh kepada apa yang berlaku kepada diri mereka.

.

.

.

Jadi, apa kah lagi fungsi yang boleh DNA mainkan?

What else the DNA can tell es?

(Amaran: Apa yang ditulis dalam artikel ini tidak/ belum di ajar dalam silibus biologi di Malaysia)

Bersambung ke bahagian II – What else the DNA can tell us? – Comparative genomics.

5 Responses to “What else the DNA can tell us?”

  1. ayen said

    interesting.. Once, I really crazy with reading and thinking about .. human cloning.. discussing about it with a little knowledge in Biology (sampai SPM je pun), a little knowledge about sejarah manusia menurut Islam (tiba-tiba jumpa bahan, Adam bukan manusia pertama..) betul-betul buat jadi giler.. student fizik + student kejuruteraan awam + pensyarah fakulti tamadun islam.. tak nak fikir mende lain dah masa tu, sikit2 pasal ni.. then stopped, after finish the course (Falsafah Sains dan Islam).. finding ur writing reminds me to the kerja yang tak sudah tu.. interesting..

    hurm.,DNA seseorang boleh diubah?

    keep writing!

    • DNA boleh diubah, tapi bukan apabila dah besar. Setakat teknologi dan ilmu yang saya tau, DNA boleh diubah semasa sel masih peringkat awal semasa persenyawaan antara sel lelaki (sperma( dan perempuan (ovum) atau sebelum persenyawaan.

      Thanks!🙂

      • ayen said

        okay.. thanks for the reply.. terfikir nak tanya tu sebab buku the DNA of healing.. and your sentence ‘rawatan’ pemulihan tu.. macam mana boleh ada pemulihan kalau DNA tak boleh diubah? (bila dah jadi manusia)

        seolah-olah..
        “owh, kau ni sakit keturunan ni..”
        “tak pe, kita boleh rawat DNA dia..”

        (ke, aku salah faham?)

        tapi, mungkin boleh faham lepas baca buku tu kot.. lain tahun yang indah je la saya baca buku tu.. TQ~!

      • DNA sequence tu memang tak boleh di ubah. Dalam 3 billion DNA tu, bukan semuanya memainkan peranan (atau lebih tepat, belum diketahui peranan mereka). Dan lain DNa berfungsi di lain sel/ tisu/ organ. Contohnya, 3000 DNA yang ‘bekerja’ di sel otak, 3000 DNA yang lain pula ‘bekerja’ di perut, 4000 yang lain ‘bekerja’ di mata.

        Rawatan yang dimaksudkan, didakwa akan aktifkan DNA yang ‘bekerja’ untuk keseimbangan tubuh dan men’silent’kan fungsi DNA yang membawa kepada kerosakan tubuh. Contohnya, sel kanser yang membiak tanpa kawalan sebab rosaknya fungsi DNA yang memainkan peranan untuk ‘check’ dan ‘bunuh’ sel-sel yang rosak dari bermitosis (membiak). Jadi, ‘rawatan’ tu didakwa boleh aktifkan balik DNA utk kontrol pembiakan sel dan ‘bunuh’ sel yang rosak (sel kanser).

        DNA sequence yang sama, tapi rawatan tu akan mengaktifkan ‘DNA yang baik’.

        Yup, kalau baca buku tu mungkin boleh lebih faham🙂

      • ayen said

        Okay.. faham! Thanks!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: