Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Nothing is certain, except….

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on October 18, 2011

 “When you think that you’ve understand a thing, you actually don’t”

Sains seni

Kalau sesuatu itu seni, tidak ada yang boleh menghurai keseniannya dan mendakwa pemilikannya. Pepatah mengatakan, “When it doesn’t need for explaination – it is design. When no one asks for an explanation – it’s fashion. When it can’t be explained – it is art”. Lain orang, lain seninya. Seni adalah unik. Unik adalah keistimewaan yang hanya satu, tiada pada yang lain.

Seni sains

Lain pula pemahaman biasa bagi sains. S

ains adalah data empirik, teori dan hipotesis yang dibukti melalui eksperimen, pemerhatian mendalam dan data-data yang  sahih dan dipercayai. Namun, di sebalik sains juga tersirat seni-seni yang tidak dapat dirungkai. Baik seni dari sudut kejadian, hinggalah seni untuk memahami kejadian tersebut.

Ramai orang menganggap, sains itu adalah suatu yang pasti. Benarkah?

Sains fizik

Suatu ketika dahulu, teori graviti Isaac Newton adalah sains yang paling absah tentang hukum yang mengatur alam. Tiada pencabar. Namun, datang saintis yang pernah dituduh lembab ketka persekolahan bernama Albert Einstein, mengesyorkan teori relativiti. Keunggulan teori Newton runtuh dengan begitu sahaja. Relativiti Einstein masih dikiblati oleh para sarjana sains fizik walaupun masih belum menjawab persoalan dark matter yang menjadi kepeningan para saintis. Soalnya, adakah teori itu benar-benar sahih, atau akan menerima ketentuan yang sama seperti Newton?

Kini, dimasyhurkan pula kewujudan neutrino yang menggegar asas ‘aqidah’ sains Einstein.

Sains hayat

Sains hayat adalah sains yang mengkaji benda-benda hidup. Teori menyatakan, semua benda hidup mengandungi dan ditentukan oleh DNA.

Watson dan Crick membentangkan struktur DNA yang menjadi pelantar asas kepada setiap tindak balas biokimia dalam benda hidup. Tetapi, misteri regulasi biokimia dalam benda hidup sekecil E. coli pun belum mampu dibongkar oleh manusia, apatah lagi untuk merungkai mesteri kesempurnaan penciptaan manusia.

Usaha membanting otak itu bertambah parah apabila satu demi satu misteri quantum di bongkar. Untung/ malangnya satu pintu misteri yang dibuka hanya membuka kepada puluhan lagi pintu misteri yang lain.

Sains sosial

Itu belum lagi dibicara ketentuan dan misteri dalam sains kemanusiaan dan inter-manusia (sains dalam bersosial). Dalam sains tulen, sekiranya satu tindakbalas yang sama, akan membuahkan hasil yang sama, kalau pun berbeza, ianya mudah untuk dimatematikkan. Namun, dalam sains kemanusiaan, satu tindakan yang sama ke atas 10 individu berbeza akan membuahkan 10 respon yang berbeza.

Isunya sama, apabila pasukan bola terkuat seperti Manchester United atau Barcelona boleh menang dengan kelab-kelab yang kuat tetapi boleh tewas dengan kelab-klab picisan. Pengulasnya sudah bersepah di luar sana Namun, idea ini hanya dipapar untuk menggariskan lagi idea sukarnya untuk memecahkan kod (decode) interaksi sosial manusia.

Sampai bila?

Belum puaskah dan sampai bilakah manusia mahu mengkaji sehingga mahu tunduk kepada kewujudan PENCIPTA yang terlalu genius dan agung dan hebat dan dan dan dan ……

Yang pasti hanyalah….

Apa yang pasti hanyalah apa yang dinyatakan pasti oleh PENCIPTA. Kerana secara hukum alam mahupun secara hukum ghaib, yang telah lepas mahupun akan datang, SANG PENCIPTA itu lebih mengetahui segala-galanya.

Topik tipikal yang sering dibicara tentang ketidakpastian juga adalah tentang qadha dan qadar. Tiada siapa apa yang telah ditulis di lauh mahfuz. Nasib pada masa hadapan adalah adalah rahsia yang dilindungi ALLAH, melainkan kepada mereka yang diberi keistimewaan, dibuka hijab untuk melihat peristiwa merentas ruang dan masa.

Dunia misteri untuk dibongkari dan diinsafi

Dunia ini penuh dengan misteri. Misteri itu sentiasa kita hadapi dalam setiap hembus nafas. Namun, hanya otak yang berfikir mampu menginsafi keagungan misteri itu.

Epal yang gugur mungkin hanya sampah bagi manusia yang tidak berfikir, tetapi ia adalah ilham bagi insan seperti Newton untuk menggagaskan idea yang hebat.

2 Responses to “Nothing is certain, except….”

  1. SNA said

    Penggunaan otak kanan y sangat istimewa,y semakin lama,semakin dientengkan…so beautiful..=)

  2. ..yang pasti adalah..kita sebenarnya tak punya apa-apa melainkan segalanya adalah milikNya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: