Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

You are what you read

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on October 13, 2011

“You are what you read”

Frasa yang pendek tetapi terkandung terjemahan yang luas.

1. Seseorang pernah menasihatkan saya, bacalah buku pelbagai genre – e.g: fikrah, sains sosial, sains tulen, self-enhancement, sejarah, fiksyen, etc. – supaya boleh mendekati (kalau pun tak mampu menjadi) all-rounded person. Islam itu syumuli dan ‘alami, tetapi jarang muslim yang syumul dan ‘alami tsaqafahnya.

Ilmuwan Islam dahulu, walaupun master dalam satu bidang, tetapi mereka menguasai pelbagai lapangan ilmu. Sebagai contoh, Imam Fakhruddin Ar-Razi (juga dikenali sebagai Rhazes atau Rasis), terkenal sebagai seorang saintis – menguasai sains fizik, perubatan, kimia termasuk juga ilmu astrologi, undang-undang, falsafah dan sebagainya selain dari lapangan agama sendiri.

2. Seseorang itu boleh dinilai secara umum berpandukan koleksi buku dan bahan bacaannya. Sedikit sebanyak rak buku adalah sumber maklumat untuk mendekati si pemiliknya.

Terdapat individu yang memuatnaik gambar buku-buku milik mereka ke Facebook untuk berkongsi atau menginspirasikan orang lain. Pada masa yang sama, mereka membuka diri mereka untuk ‘dibaca’ oleh orang lai. Ianya bagus untuk sesetengah orang dan tidak digemari untuk mereka yang secretive.

3. Membaca bukan sekadar untuk ‘buku’, tetapi termasuklah ‘mambaca’ persekitaran. ALLAH memaksudkan perkataan ‘ayat’ dalam Al-Quran kepada Al-Kitab itu sendiri dan juga kepada alam.

Zhuge Liang, pakar taktikal tentera bijak Liu Bei dalam konflik tiga negara dalam sejarah China adalah seorang pakar ‘membaca’ strategi tentera lawan dan ‘membaca’ cuaca, yang akhirnya berjaya memimpin tentera Liu Bei dalam banyak peperangan. Kishore Mahbubani adalah seorang political dan economical analyst yang handal membaca dan menelah pertembungan tamadun, lantas membutirkan idea yang sangat mencabar paradigma.

4. Tidak membaca menjadikan diri kita tiada apa-apa, lebih gersang dari bumi kontang. Hidup yang tiada dorongan berfikir atau semangat inkuiri itu mematikan akal dan menanduskan impian, seperti robot yang diberikan bateri dan kerjanya adalah bekerja untuk orang lain.

p.s: saya sedang membaca tentang E.coli untuk menyiapkan assignment, adakah ini menjadikan saya sejenis bakteria. erk…

One Response to “You are what you read”

  1. SNA said

    very like!…kan bagus artikel ni ada sambungan…=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: