Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Hari ini dalam sejarah – ALLAHyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on June 23, 2011

Hari itu bertarikh 23 Jun 2002.

Saya masih ingat ketika itu. Ya. Ketika itu saya baru berada di tingkatan 5 di sebuah sekolah – sekolah yang merupakan salah satu taman dari taman-taman tarbiah.

Pilu. Sebak. Sedih. Kosong.

Mungkin itu yang dirasai tatkala menerima khabar pemergian Almarhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor, mantan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Saya masih lagi setahun jagung, belum benar-benar mengenali beliau. Namun, entah mengapa kepiluan itu amat mencengkam jiwa. Amat.

Pada malamnya selepas Maghrib, saya dan rakan-rakan mengadakan tahlil di masjid sekolah bersama ratusan pelajar asrama yang lain. Beberapa hari kemudian, saya dipanggil oleh pengetua, di’soal siasat’ dan di’tegur’ atas peristiwa tahlil tersebut. Saya terima seperti nasihat seorang ayah kepada anaknya. Biarlah.

Terdengar, berita bahawa pengebumian beliau dihadiri oleh lautan manusia. 300,000 orang, kata orang. Mungkin lebih. ALLAHu a’lam.

Ada kisah. Ya. Kisah tentang pilot yang menerbangkan jenazah beliau dari KL ke Kedah yang masuk Islam. Kerana sepanjang penerbangan, awan memayungi perjalanan mereka. SubhanaLLAH.


.
.
.

ALLAHyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor…

Beliau digelar ‘Mujahid Ulung’. Ya. Cocok dengan sumbangan dan legasi yang beliau tinggalkan untuk ummah dan negara.

Beliau adalah model seorang NEGARAWAN.
Disegani oleh kawan dan lawan.
Dihormati oleh pemimpin seluruh dunia.
Sumber inspirasi bagi pejuang, merentas sempadan bangsa dan geografi.
Beliau adalah ikon kepimpinan dulu, kini dan masa depan.

9 tahun telah berlalu. Kehilangan masih teramat dirasai.
Beliau akan terus abadi dalam sejarah.

.
.
.

Lagu ini sesuai untuk mereka yang bersedih kerana kehilangan. Ini juga adalah salah satu lagu layanan saya dan kami pada 26 Jun setiap tahun.

Di Mana Kan Ku Cari Ganti – P. Ramlee
(Dipopularkan dalam versi nasyid dalam album Keranamu RasuluLLAH oleh gabungan kumpulan-kumpulan nasyid Malaysia.)

Hendak ku nangis tiada berair mata
Hendak ku senyum tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib sudah tersurat
Begini hebat apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa denganmu

Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah
Hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalku sendirian
Tiada berteman
Dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku
Menambah derita
Tetap kau jua
Tak kunjung jelma

Dimana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga

Untuk kawan berduka
Menangis bersama
Selama-lama

One Response to “Hari ini dalam sejarah – ALLAHyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor”

  1. tokkubaggu said

    “Tetapi Ustaz Fadzil tak patut menghina kami dan balu syuhada serta anak-anak yatim dengan berkata: ‘Mana ada anak yatim. Anak yatim yang sebenar ialah Rais Yatim dan yang yatim seumur hidup ialah anak-anak Pak Yatim Kopi’.

    “Tidakkah ini menghina anak yatim dan anak Syuhada?

    “Kalau PAS selama ini menganggap yang terkorban dalam tragedi berdarah Memali itu sebagai syahid, mengapa ustaz Fadhil sebagai pemimpin Islam sanggup mengucapkan kata-kata yang mempersenda dan menghina anak-anak mereka?

    “Dalam majlis itu juga Ustaz Fadzil telah berbohong dengan mengatakan bahawa dia tak kenal pun siapa Zainon bin Ismail atau Cikgu Non itu. Sedangkan Cikgu Non adalah bekas Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerang yang pernah diberi tugas menyelia tanah muasasah. Cikgu Non juga pernah
    menjadi Exco Pemuda PAS selama enam tahun. Takkan Ustaz Fadzil tak kenal dia. Lagi pun Cikgu Non pernah jadi wartawan Harakah dengan nama samaran C.N. ALAFGHAN. Selain dari itu, Cikgu Non juga pernah jadi Pengatah PASTI Kedah iaitu sekolah rendah anjuran PAS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: