Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Pertembungan: pelbagai deskripsi, dua sisi, satu konklusi.

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on June 20, 2011

Bulan JULAI ini, dijangka akan ada dua pertembungan besar akan berlaku.

Ya… besar punya!

Kegemparan pertama yang bakal mengocak Kuala Lumpur yang sedia bergolak dijangka berlaku pada 9 Julai 2011.

BERSIH 2.0

VS

PERKASA

VS

Pemuda UMNO

Saya yakin, ianya bakal mendapat liputan meluas oleh media tempatan dan antarabenua. Ianya bakal menarahkan sejarah yang tidak boleh dilupai dalam lipatan sejarah Malaysia.

Tetapi…..

Seminggu sebelum itu, pada 1 julai 2011… satu lagi pertembungan yang lebih besar akan berlaku.

Pertembungan tersebut, bukan sahaja melibatkan dua atau tiga fraksi.

Tetapi ianya melibatkan pertarungan makhluk bumi dan angkasa
Mempertaruhkan nasib seluruh generasi manusia.
Menentukan timbul atau tenggelamnya bumi ini!

Pertembungan yang saya maksudkan adalah:

AUTOBOTS

VS

DECEPTICON

Transformers 3: Dark of the Moon bakal menggegar pawagam seluruh dunia!

Sekali lagi Optimus Prime dan rakan sejemaahnya dalam Autobots bersama pakatan rakyat bumi bakal beraksi menentang pencerobohan dan kedurjanaan Decepticon!

Optimusss!!!

Owh, sebelum terlupa… seorang pengkritik tidak bertauliah pernah mengulas tentang filem Transformers di sini.

Meraikan perbezaan, menyemarakkan persamaan

Pertembungan sesama makhluk, khususnya makhluk yang berakal bernama manusia memang tidak dapat dielakkan. Manusia diciptakan berbeza antara satu sama lain. Selagi wujud perbezaan itu, maka selagi itu alasan untuk berkonflik terus wujud.

Tetapi, perbezaan itu jugalah yang menjadikan kehidupan ini sangat menarik. Apa akibatnya jika seluruh manusia itu sama? Muka sama, jantina sama, minat benda sama…. Ah! Bosan, kan?

Perbezaan sesama kita bukan alasan untuk bertelingkah. Tetapi, berusaha untuk menjadikan perbezaan itu sebagai kepelbagaian untuk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain adalah langkah yang paling wajar.

Manusia sebenarnya berkongsi persamaan yang lebih banyak berbanding perbezaan. Secara psikologi, manusia juga cenderung untuk bersama dengan orang yang ada persamaan. Lebih banyak persamaan, lebih senang untuk mereka attach antara satu sama lain.

Baik perbezaan mahupun persamaan, itu adalah fitrah yang ALLAH yang Maha Bijaksana jadikan dalam diri manusia supaya mereka berfikir, seterusnya bertindak untuk menyebarkan rahmat ke seluruh ‘alam.

Kekesalan kita

Apabila menyorot sejarah, dunia ini sering bersatu apabila berlaku sesuatu musibah. Kebakaran, tsunami Acheh dan tsunami Jepun adalah antara contoh

Namun, masih ada makhluk ALLAH yang mahu ambil kesempatan demi kepentingan sempit politik kepartian walaupun dalam isu Palestin. Seperti yang diduga, pasti akan ada respon balas sebagai taktik biasa dalam politik sebagai taktik damage control.

Suatu kisah juga pernah berlaku di UIAM suatu ketika dahulu, dek kerana kekerdilan jiwa dan kesempitan otak yang sama.

Andai beginilah sikap golongan yang bergelar pemimpin, maka prinsip kepimpinan yang sepatutnya membimbing negara dan menunjukkan model untuk diteladani rakyat sudah hancur luluh berkecai bersepai, hilang ditiup angin monsun tidak stabil hasil global warming dek tangan manusia itu sendiri.

Haq dan Batil

Haq dan batil akan terus bertembung hingga hari kiamat. Mahu atau tidak, pertembungan dua sisi ini akan mengesankan ke atas kita secara langsung atau tidak. Duduk berdiam diri bukanlah pilihan, kerana perjuangan ini adalah perjuangan seluruh insan.

Tinggal lagi, sisi mana yang kita berada… Dan sisi mana yang patut kita pilih? Tepuk dada, tanya iman.

One Response to “Pertembungan: pelbagai deskripsi, dua sisi, satu konklusi.”

  1. husna said

    Untuk perhatian para demonstrator (xlupe jg kpd PERKASA n pemuda UMNO), jgn lupe ini b4 ke perhimpunan :
    – Kad pengenalan, lesen memandu, henset (make sure ade kredit n bateri)
    – Maksimum duit RM100 sahaja
    – Pakai pakaian yang sopan :T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0
    – Wajib pakai kasut, seluar panjang
    – Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula
    – Sedikit garam
    – Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung
    – Datang secara berkumpulan
    – Maklumkan kat parents
    – Tajdid niat
    – Solat sunat hajat, taubat, doa, doa lagi n doa lagi dan lagi
    – Tengok citer Transformers 3 : Dark of The Moon =)

Leave a comment