Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Belajar dari dunia dan mengajar kepada dunia.

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on June 17, 2011

Monolog: Saya pernah merasa ‘takut’ untuk menulis kerana meletakkan expectation yang tinggi pada diri sendiri. Adakah artikel aku cukup bagus untuk dibaca? Adakah idea aku worth to be read? Saya juga pernah dilema kerana cuma menyeimbangkan idea sendiri dengan tahap pembaca yang pelbagai ke blog ini. Namun, lagikan memberi minum kepada anjing yang haus pun dikira kebajikan, apatah lagi menyebarkan kalimah yang baik, walaupun sepatah, kata Nabi SAW. Saya semakin belajar.

.
.
.

“Small people talk about other. Average people talk about things. Great person talk about ideas”

Kata-kata ini bukanlah diluncurkan untuk mengajar kita menghukum orang lain. Tetapi sekadar menambah parameter untuk muhasabah diri sendiri dan memikirkan tindakan yang terbaik untuk berbuat sesuatu demi kebaikan diri sendiri dan masyarakat.

Ilmu psikologi menyatakan, kematangan manusia berkembang dari memikirkan kepentingan diri (self interest), kepada memikirkan kepentingan orang lain (interest in the world).

Kita sering melihat kanak-kanak yang semasa kecil sering menginginkan itu dan ini, bahkan ada yang menggunakan strategi emosi dengan menangis, meraung dan sebagainya. Setelah mereka semakin besar, mendapat adik dan kawan, mereka mula tahu bertolak ansur dengan mengorbankan kepentingan diri dan belajar untuk meraikan orang lain. Kematangan itu semakin berkembang, sehingga ada manusia yang menemui kepuasan diri sendiri dengan berkhidmat untuk orang lain.

“Erti hidup pada memberi”, kata Ustaz Hasrizal. Michael Scofield juga pernah didiagnosis oleh doktor psikiatrinya mengalami ‘no sense of self-worth‘ (disamping mengidap ‘low latent inhibition‘), iaitu kecenderungan untuk membantu orang lain sehingga membahayakan diri sendiri.

Namun, ada manusia yang masih terperangkap dalam ruang berfikir ‘diri sendiri’. Corak berfikir yag tidak seiring dengan berkembangnya fizikal (termasuklah boroinya perut). Pepatah Inggeris berpesan: Grow up, don’t grow old!

Tetapi itu bukan bermakna great person tidak bercakap tentang orang lain atau benda. Mereka juga bercakap, tetapi percakapan tentang others dan things mereka akan membuahkan idea. Mereka dinamik. Sebaliknya, small person mungkin tidak bercakap tentang idea. Statik.

Corak berfikir dan tindakan manusia dicorak oleh pelbagai perkara. Antaranya adalah ilmu dan pengalaman mereka, yang membentuk worldview/ paradigm dan seterusnya mempengaruhi pemilihan respon kepada stimulus yang sampai kepada mereka. Selain itu, membaca juga mampu membekaskan kesan besar kepada seseorang. Seorang lelaki dewasa pernah cuba membunuh seseorang kerana pengaruh komik Pedang Setiawan!

(nota kaki pusat: Saya juga kipas-susah-mati Pedang Setiawan. Sudah mula membacanya sejak darjah 1 pada tahun 1992. Tetapi alhamduliLLAH, setakat ni belum pernah bunuh orang🙂 )

Insan yang hebat sentiasa memikirkan bagaimana untuk menjadikan dunia ini lebih baik. Maxwell menulis bukan sahaja tentang leader yang memimpin orang lain, tetapi leader yang melahirkan lebih ramai leaders. Covey menulis bukan sekadar mengajar untuk hidup independent, tetapi lebih penting dari itu bagaimana untuk cemerlang secara inter-dependent.

Menjadikan dunia yang lebih baik adalah tanggungjawab semua dengan menyebarkan kebaikan, bukannya menambah saham keburukan. Spread the kindness.

Ini juga tugas para rasul. Wahyu yang diturunkan kepada para rasul is meant to be share. Pada zaman tiada Nabi dan Rasul ini, tugas itu telah tertanggung di atas manusia mukallif – kita semua.

Melihat kepada wall facebook setiap hari, saya gembira kerana kebaikan semakin tersebar. Namun, pelangi kebaikan itu kadangkala disurami oleh mendung keburukan. Bahkan, mendung itu kadangkala menguasai cerahnya sinar kebaikan.

Seruan untuk seluruh manusia (saya juga seorang manusia🙂 ):

1) Menambah kualiti diri sendiri sehingga mampu memberi manfaat untuk orang lain, dari small person kepada great person.

2) Penuhi dunia ini dengan kebaikan, sehingga tiada ruang untuk keburukan berleluasa. Teringat pesan Ustaz Moktar Senik: “Kita perlu memenuhkan ruang-ruang dengan para da’i yang berfikrah Islam. Kalau tidak, ruang itu akan dipenuhi oleh syaitan”

Teruskan belajar dari dunia, dan ajarlah kembali kepada dunia. Semoga kebaikan akan menang!

6 Responses to “Belajar dari dunia dan mengajar kepada dunia.”

  1. Khaulah said

    Semoga kebaikan akan menang! Tahniah! Saya amat menyukai entry ini, terima kasih🙂

  2. siti said

    I wonder.. if there any chances to great things exist without started small..?

    • siti said

      and i think, small stuff built up great things~

    • Siti, pastinya setiap yang besar bermula atau dibina dari kecil. Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama. KLCC dibina dari ikatan batu bata yang kecil.

      Saya bukan menafikan sumbangan yang kecil, bahkan kita memang disarankan utk berbuat apa sahaja kebaikan sekadar kemampuan kita.

      Namun, adalah lebih bermakna sekiranya kita mampu meningkat dan menyumbang secara lebih meluas. Mengembangkan potensi, mengiringi melebarnya fizikal dan mental. huhu

  3. minta izin utk share di blog ye…. huhu, tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: