Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Ubah peta dunia menuju Neo-Khilafah

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on December 19, 2010

Perubahan itu satu sunnah yang tidak akan dapat ditahan.

Peta dunia sudah banyak kali berubah.

Kalau Perlembagaan Malaysia membenarkan persempadanan semula kawasan-kawasan untuk pilihanraya umum, maka persempadanan semua peta dunia sebenarnya sudah lebih banyak kali berlaku. Antara catatan yang mula dikesan dan dikaji adalah sejak wujudnya Tamadun Rom dan Persia. Peta dunia terus berubah melalui kolonialisasi rejim Roman dan Parsi, meluaskan jajahan tapak demi langkah.

Peta dunia terus berubah.

Kemudian, muncul kuasa baru yang tidak disangka-sangka. Mula meriak di tengah-tengah kegersangan padang pasir Makkah, memercikkan gelombang awal di Madinah, yang kemudian berubah menjadi tsunami yang merebak dari satu zaman ke satu zaman. Kerajaan Umayyah, Abbasiyyah dan Uthmaniyyah masing-masing menoreh peta pada bumi yang berbeza-beza, di selang-seli dengan warna-warna kerajaan-kerajaan ‘mini’ yang lain seperti Fatimiyyah, Monggol dan sebagainya.

Peta dunia terus berubah.

Apabila Eropah mula bangkit, maka bermula pula misi kolonialisasi negara-negara Eropah, membawa bersama parut dendam Salibiah menjajah satu demi satu negara sehingga ke kepulauan Nusantara, melebar dari ufuk Barat hingga ke penghujung Timur. Satu demi satu warna yang menandai kekuasaan Empayar Uthmaniyyah dipadam dan disimbah dengan warna yang berbeza-beza. Apabila mula berakhir era kolonial, satu demi satu wilayah mendapat kemerdekaan dari penjajahan Barat, membentuk gugusan-gugusan yang dahulunya pernah bernaung di bawah satu warna, kini terpaksa dilukis dengan warna-warna yang berbeza menandai sempadan negara masing-masing. Kebanyakan negara-negara itu dibentuk berdasarkan bangsa yang merumpuninya,dan digelar oleh ahli sosiologi sebagai nation-state.

Peta dunia terus berubah.

Setelah melalui sejarah yang cukup panjang dan persempadanan semula yang mungkin wujud dalam catatan sejarah yang masih belum saya hadami, maka kita pun di ajar dalam matapelajaran Geografi bahawa ini adalah PETA DUNIA sekarang.

Persoalannya, adakah peta dunia akan terus berubah?

Saya mengimpikan, peta ini akan terus diubah. Agar dunia ini diwarnai dengan warna yang lebih harmoni. Bukan lagi diwarnakan berdasarkan warna kulit dan bangsa (nation-state). Kalaupun bukan dengan warna yang sama, tetapi warna-warna yang berbeza itu cukuplah sebagai menggariskan persempadanan wilayah, namun bukan menggambarkan keluasan sebenar kebersamaan yang dicapai di bawah kekuasaan yang satu.

Menuju Neo-khilafah

Neo-khilafah yang saya maksudkan adalah galang ganti kepada khilafah Islamiyyah yang terakhir, iaitu Uthmaniyyah. Kita tidak mahu nostalgia dengan sejarah dengan hanya berbangga dengan tinggalan dan runtuhan sejarah. Pergi ke Syria, mereka bangga dengan tinggalan Kerajaan Umawiyy. Menjejaki Istanbul, ramai berbangga dengan tinggalan Kerajaan Uthmaniyy. Namun, apa usaha untuk mengambalikan kegemilangan kekhilafahan Islam? Umat Islam seluruhnya harus bangkit membawa sinar harapan baru untuk dunia.

Sebagai umat Islam, cita-cita harus dipasak untuk menyelamatkan manusia seluruhnya daripada pengabdian kepada makhluk kepada pengabdian total kepada ALLAH SWT, daripada mentaliti perkauman kepada persaudaraan Islam yang unggul, daripada kesempitan hidup dunia kepada keluasan hidup akhirat, dari kezaliman ideologi karut kepada keadilan Islam dan seterusnya merealisasikan misi rahmatan lil ‘alamin.

Fikrah yang mengkepompongi pemikiran sempit berbataskan geografi semasa harus dilunturkan. Bahkan, fikrah yang lebih sempit yang berbataskan perkauman sudah tidak relevan untuk dibicarakan. Kenapa kasih sayang itu harus terhenti di sempadan negara? Kita harus bicara tentang kesatuan global.

Model neo-khilafah

Bagaimana bentuk neo-khilafah yang dimaksudkan? Saya tidak ada jawapan. Berdasarkan ilmu sains politik masa kini, dunia ini mempunyai pelbagai model pemerintahan, yang berbeza dengan model khilafah-khilafah silam. Kerapkali kedengaran seruan untuk mengembalikan khilafah Islam.

Namun, saya masih belum terjumpa gagasan model untuk merealisasikan seruan itu. Samaada ianya berbentuk republik? Federal? Monarki? Presidential? Konfederasi? Berparlimen? ALLAHu a’lam. Namun, usaha pembentukan model itu juga harus mula difikirkan.

Belajar dari Europen Union, kita mulakan dari bumi kita.

Mungkin model penyatuan internasional terbaik yang ada adalah European Union (EU), yang menggariskan polisi-polisi kebersamaan dalam urusan politik, ekonomi dan sosial. Tetapi, model tersebut bukanlah suatu yang final. Sebagai rakyat Malaysia, perjuangan harus dimula dari diri sendiri dan dari tanah air sendiri.

Fikrah kenegaraan bukanlah suatu yang harus dibuang. Namun, ia harus dikembangkan lagi, sesuai dengan keluasan matlamat Islam untuk membimbing seluruh alam. Penyatuan dalam skala yang lebih besar harus dibentuk, menuju ke arah langkah yang paling dekat iaitu kesatuan gugusan Nusantara — Nusantara-raya/ Kesatuan Asia/ ASEAN United atau apa sahaja nama yang anda boleh fikirkan.

Kesatuan itu akhirnya boleh digabungjalinkan dengan rumpun negara Arab yang lain – suatu harapan yang masih jauh dari realiti.

Mengurangkan krisis inter-negara

Isu perebutan Pulau Batu Putih, Pulau Sipadan, Telaga Minyak K dan M, isu imigrasi tanpa izin, pekerja-pekerja imigran, polisi serantau dan sebagainya boleh dibincang dari pelbagai sudut. Namun, kadang-kadang sudut yang dibahaskan turut melukakan semangat kejiranan kenegaraan sehingga merebakkan ketegangan kepada rakyat antara dua negara.

Sekiranya fikrah penyatuan global ini boleh dibentuk, mungkin solusi yang lebih sinergi boleh dicapai, sekaligus boleh mendidik rakyat untuk memahami bahawa keberadaan mereka di negara masing-masing juga harus mengambil kira semangat ukhuwwah antara negara lain. Semangat ini pernah dipupuk oleh empayar-empayar Islam silam, yang semakin dikambus zaman dan ideologi-ideologi sempit seperti racism, kapitalism, sekularism, individualism dan sebagainya.

Langkah awal menuju destinasi yang jauh dan beranjau (mind reform menuju societal reform)

Mungkin ada yang mendakwa lontaran ini idealistik, tidak berpijak di bumi yang nyata, tidak memahami aulawiyyat dan sebagainya. Walau apapun, lontaran ini sebenarnya cuba untuk menginsafi sebuah matlamat dan meneladani lembaran sejarah.

Perjalanan yang sangat jauh, harus dimulakan dengan langkah pertama.

Pembentukan sebuah NEO-KHILAFAH harus dimula dari sekarang.

“Most of the important things in the world have been accomplished by people who have kept on trying when there seemed to be no hope at all.” (Dale Carnegie)

7 Responses to “Ubah peta dunia menuju Neo-Khilafah”

  1. Khaulah said

    Mengutip mutiara-mutiara hikmah drpd insan berjiwa besar🙂

    Mabruk Ust Fakhru! Dh lm kami semua menanti-nantikan ‘buah tangan’ nta..

    Terus berblog, berkongsi ilmu & pengalaman nta..

    Syukran.

    • AFY said

      Terima kasih Ustazah Khaulah sebab sudi membaca dari blog kerdil ini. AlhamduliLLAH, ALLAH lapangkan masa dan pemikiran untuk menulis sekadar yang mampu. Perjalanan masih jauh…

      Untuk enti, emoga terus najah dalam pengajian dan karier…. dan keluarga!🙂

      See you at the TOP!

  2. syarifah nur atiqah said

    like…like..like…=)

  3. siti said

    Khilafah Islamiyyah (Neo-khilafah) <– Daulah Islamiyyah <— Jamaah Islamiyyah <– Baitul Muslim <– Fardul Muslim.. Stages to be completed.

  4. HafizBasri said

    Waahh..terima kaseh ats artikel yg MANTOP. Walupon belom detail kupasan nta tp geez yg dikuarkn sudah ckop mengetuk pintu minda pembaca.
    Balik nti bwk ole2 utk ana eh

  5. nuruddin said

    terbaiklah ustaz Fakhrul.

  6. Sekilas info semoga bermanfaat http://khilafatulmuslimin.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: