Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Ulasan PRK Hulu Selangor: Kepimpinan dan potensi manusia

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on May 6, 2010

Pilihanraya Hulu Selangor telah berakhir. Saya ingin mengulas dari beberapa sudut pandang:

1. Kewujudan tokoh setempat yang berkualiti secara konsisten.

Hulu Selangor mempunyai 64,500 pengundi berdaftar. Setiap orang mempunyai penilaian dan kemahuan berbeza dalam memilih calon. Antaranya adalah faktor calon tempatan.

Walaupun pilihanraya ini adalah untuk Parlimen, tetapi mentaliti rakyat Malaysia bukan semuanya boleh memahami tugas Dewan Rakyat yang berbeza dengan Dewan Undangan Negeri.

Hulu Selangor itu sendiri adalah unik (sebelum kerusi bertukar tangan dalam PRK baru-baru ini), kerana menjadi cross region; 3 ADUN dari BN tetapi ditadbir Kerajaan Negeri PR, Ahli Parlimen PR tetapi ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan BN.

Faktor calon tempatan juga boleh mempengaruhi pengundi. 1 undi pun cukup penting dalam pilihanraya. Kerajaan Kelantan pernah mentadbir cuma dengan kelebihan 2 undi!

Dato’ Zaid Ibrahim merupakan aset besar untuk PR dan rakyat sekiranya terpilih ke Dewan Rakyat, atas faktor pengalaman dan prinsip beliau. Tetapi beliau bukan orang tempatan. Oleh itu, pengundi boleh dipengaruhi oleh faktor ini.

Saya berpandangan, adalah amat baik, sekiranya dalam setiap DUN dan Parlimen, (tanpa mengira parti) mempunyai tokoh yang berkualiti yang boleh dinaikkan bila-bila masa. Tokoh-tokoh itu harus wujud secara konsisten. Biarlah pucuk pimpinan parti pening untuk pilih calon kerana ramai calon yang berkualiti daripada pening untuk memilih calon kerana tidak ada calon!

Tokoh itu haruslah mempunyai keupayaan untuk menggalas amanah dari puluhan ribu rakyat, tidak kira untuk ke DUN atau ke Parlimen. Tokoh itu juga harus diterima dan diiktiraf oleh rakyat. Tokoh yang ada kekuatan al-qawiyy dan al-amiin.

“Sesungguhya orang yang paling baik untuk engkau ambil sebagai pekerja ialah ialah orang yang kuat (Al-Qawiy) dan dapat dipercayai (Al-Amin)” (Surah Al-Qasas : 26)

Oleh itu, usaha pembinaan kepimpinan di segenap peringkat, di seluruh tempat (grooming, projection) adalah suatu keperluan.

Saya berpandangan, usaha itu harus dilakukan di dua peringkat.
(i) Kepimpinan sedia ada sekarang di kawasan-kawasan.
(ii) Kepimpinan pelapis di kalangan anak muda/ mahasiswa.

Dari aspek kepimpinan mahasiswa khususnya persiapan kepimpinan untuk negara, ianya tidak terbina dalam sehari dua, tidak dapat diperoleh melalui kuliah-kuliah akademik, tidak juga cukup sekiranya sekadar aktif secara dalam persatuan-persatuan universiti dalam aktiviti bersifat internal (apatah lagi kalau mahasiswa langsung tak aktif!).

Leadership is about influence – nothing more, nothing less” – John Maxwell

(owh, macam akan jadi panjang je lagi ulasan ni. tapi cukup setakat ni saja untuk hari ni :))

2. Potensi untuk berubah menjadi lebih baik.

Dato Zaid Ibrahim sebelum ini pernah menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu dan Menteri atas tiket UMNO. Beliau pernah menentang PR (terutamanya PAS). Beliau merupakan orang kuat kepada reformasi Suruhanjaya Kehakiman dan SPRM semasa pentadbiran Tun Abdullah. Tetapi kini beliau bersama PR.

Dato Zaid Ibrahim mengakui, beliau pernah minum arak dan berjudi. Namun, beliau menyatakan beliau telah bertaubat.

Isu yang sama pernah terjadi kepada Ezam Mohd Nor. Beliau antara pemimpin utama PKR, jatuh bangun bersama DSAI sejak era awal kebangkitan reformasi. Tetapi beliau telah kembali kepada UMNO (sekarang sudah pun dilantik sebagai senator.)

Ada juga beberapa orang yang terpaksa menjilat ludah sendiri kerana berubah. Takpelah, sekurang-kurangnya mereka telah ‘insaf’.

Saidina Umar al-Khattab, Khalid Al-Walid, Abi Sufian dan ramai lagi tokoh yang terkenal membenci Nabi Muhammad pada awalnya, akhirnya berubah menjadi tonggak utama perjuangan Islam. Umat di Thaif pun begitu.

Semua manusia ada potensi untuk berubah kepada yang lebih baik. Mereka cuma perlukan ‘initiator’ untuk menggerakkan hati dan membuka hijab. Persoalan memberi hidayah adalah urusan ALLAH. Tetapi manusia yang berkesedaran harus berusaha untuk membawa manusia lain ke arah ini. Urusan itu dinamakan ‘dakwah’.

Saya mengimpikan politik boleh menjadi medan untuk membawa manusia berubah kearah yang lebih baik. Politik menjadi alat untuk berdakwah. Politik sebagai mekanisme untuk mengharmonikan kehidupan masyakarakat, lantas membawa kepada era yang lebih gemilang. Anak muda memang penuh dengan harapan.

Tetapi, dengan iklim politik kepartian di Malaysia pada hari ini, mampukah?

.
.
.

Walau apapun, PRK Hulu Selangor telah berakhir. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi (‘demokrasi’ versi Malaysia), keputusan rakyat harus dihormati. Diharapkan agar YB Kamalanathan (abang Kamal? :)) agar menjayakan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen dengan baik.

Perjuangan tidak terhenti dengan berakhirnya pilihanraya. Perjuangan untuk seseorang Ahli Parlimen baru sahaja bermula sebaik dilantik.

Usaha untuk memandu perubahan, membawa negara ke arah yang lebih baik adalah usaha 7 eleven 24/7 yang tugas itu bukan hanya perlu digalas oleh pemimpin politik. Tugas itu adalah tanggungjawab kita semua.

Ya, kita semua!

Bacaan tambahan:
1. Ulasan PRU 12 (1): Faktor Kemenangan
2. Ulasan PRU 12 (2): Kuasa Anak Muda
3. Ulasan PRU 12 (3): BA di 6 negeri, ujian sebelum mengambil alih MALAYSIA

5 Responses to “Ulasan PRK Hulu Selangor: Kepimpinan dan potensi manusia”

  1. posh said

    fuh..”abang kamal” pulak diberi nama?
    sian org nm ‘kamal’ disama ertikan dengan YB Kamalanathan…
    hrm..masih jauh ‘perjalanan y perlu ditempuh’ sebelum bertemu denganNya..

  2. There’s a SEVEN WORDS challenge up my blog! Come play~!

  3. nuruddin said

    gombak dilawati,
    syria dinanti,

    masihkah Quran diamal, dilidah dan hati?
    atau sudah siapakah merajai hati? =)
    …………………………………..

    Puisi khas buat saudara yang akan terbang ke Bumi yang didoakan Rasulullah .

  4. nur-addin said

    masih menanti entri seterusnya dari encik.

  5. nuruddin said

    aiwah. sesegar air fijih. seenak musim syita’. hehe. semoga segar berjihad menuntut ilmu di bumi syam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: