Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Bola sepak, politik, negara

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on May 4, 2010

Ketika artikel ini ditulis, tinggal satu lagi perlawanan Liga Perdana Inggeris untuk menentukan samada Chelsea atau Manchester United bakal bergelar juara. Chelsea masih di tangga teratas liga, cuma 1 mata di hadapan MU.

(kepada yang tidak faham tentang seni dunia bola sepak, anda boleh terus membaca kerana entri ini bukan semata-mata tentang bola :))

Pada ketika ini juga, sudah 3 hari berlalunya perlawanan Liverpool menentang Chelsea, memahatkan keputusan Liverpool tewas 0 -2 kepada Chelsea.

Semasa perlawanan berlangsung, ramai penyokong MU mengharapkan Liverpool dapat menewaskan Chelsea. Atau sekurang-kurangnya seri. Dengan itu, melebarkan kemungkinan MU untuk meraih kejuaraan BPL untuk tahun ke-5 berturut-turut.

Maka berduyunlah penyokong MU turun menyokong Liverpool. Sudah tak kisah perseteruan selama ini. Sokong sahaja ‘musuh’ itu, kerana sokongan itu nyata memberi kepentingan yang besar untuk MU.

Tetapi, apabila Liverpool kalah, berbakul-bakul berlori-lorilah kutukan yang dilempar kepada Liverpool.

Itulah politik bola sepak.

.
.
.

Eh, macam sama saja dengan politik negara?

Mana-mana yang boleh memberi kepentingan kepada kumpulan sendiri, maka pakat-pakat sokong. Mana-mana yang diskredit, pakat-pakat lawan.

Sekarang, politik di Malaysia cuba mengamalkan sistem dua parti.

BN (UMNO, MCA, MIC, dll) vs PR (PKR, DAP, PAS, SNAP)

Adakah mungkin suatu hari nanti, akan berlaku pertukaran parti-parti komponen?

ALLAHu’alam.

Inilah bola sepak terajang politik kepartian.

Prinsip perjuangan

Saya diajar, perjuangan itu wajib didasarkan kepada prinsip yang jelas. Parti/ pertubuhan/ persatuan/ kesatuan juga harus ditubuhkan atas prinsip yang jelas. Maka parti itu menjadi wasilah (saluran) untuk memperjuangan prinsip, merempuh apa sahaja cabaran.

Sekiranya berlaku kesilapan, itu adalah tanggungjawab pendokong untuk memperbetulkan, bukan melarikan diri sekiranya tidak puas hati.

Sekiranya kepentingan diri sendiri diletakkan mendahului prinsip, maka jadilah fenomena lompat parti. Terhuyung-hayang ke sana ke mari ditiup angin. Angin apakah? Angin yang bernombor dan berkepala memakai tengkolok, mungkin…

Walaupun musim ini Liverpool gagal meraih apa-apa trofi, saya yakin penyokong Liverpool tetap teguh di belakang LFC!

You’ll never walk alone!🙂

.
.
.

Sebagai generasi muda, saya mengimpikan agar pemimpin-pemimpin di segenap peringkat, tidak kira di peringkat negara, negeri, daerah, kampung, pejabat awan, swasta mahupun dalam dunia akademik yang setiap lokaliti ada politik masing-masing.

Politicians think for the next election. Statesmen thinks for the next generation.

Ayuh kita menyumbang  dan menyepak jauh-jauh politik sempit sentimen perkauman dan kepartian, dan menyemarakkan politik pendidikan (k-politik) berasaskan hujah dan fakta. Berlumbalah menyemai bakti kepada ummah, membina negara yang lebih baik serta diampuni TUHAN.

Pesan orang-orang ‘alim:

Kita tidak boleh beriman dengan demokrasi. Ia hanya alat untuk digunakan ke arah mencapai matlamat sebenar – membawa dunia kepada pengabdian kepada ALLAH SWT.

Lagi ulasan tentang sosio-bolasepak:
1. Barcelona vs Manchester United (Champions League 2009)
2. Turki vs Jerman (EURO 2008)
3. Liverpool vs Chelsea (EPL 2008)
4. Liverpool vs Inter Milan (Champions League 2008)

2 Responses to “Bola sepak, politik, negara”

  1. Zaki said

    ahh, sangat kecewa dengan Gerrard…berdendam sangatkan Liverpool dengan Man U?😮

    setuju pasal ulasan politik tu😀

    • AFY said

      Kalau dalam pilihanraya ada undi protes. Dalam bola sepak pula mungkin ada sepak protes?😀

      Kesian Liverpool, tak pasal2 di persalahkan. Jadi mangsa ‘bangau’.

      Man U sila sedar diri yang kamu berada di tangga kedua kerana keupayaan kamu😛.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: