Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

After all these years…

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on May 1, 2010

Saya mula berblog pada tahun 2006. Baru/ sudah empat tahun. Blog pertama saya boleh dilawat di sini.

Ketika itu (saya rasa) blog baru meningkat popular dikalangan rakyat Malaysia. Sudah ramai, tapi belum sampai ‘menyesakkan’ seperti sekarang, dengan banyak juga blog yang terbengkalai (termasuk blog sayakah :P).

Pada awalnya, saya tidak meletakkan visi untuk menjadi blog yang ‘komersial’ dan yang mendapat pengunjung yang ramai. Membaca entri pertama saya di sini, saya rasa itulah visi awal saya mahu berblog.

Blog ini dibina sebagai dedikasi khas untuk arwah sahabatku, Khairul Azri b Mohd Anuar (kama). Semoga semangat perjuangan dan komitmen arwah ketika masih hidup akan diteruskan dan diabadikan bersama-sama kita yang masih hidup. Selagi hayat dikandung badan, Life must go on…

Tapi, visi itu berubah mengikut peredaran masa dan pengalaman. Saya mula merasakan berblog semakin menarik. Dari matlamat yang ‘biasa’ (mungkin biasa dari kaca mata orang lain, tapi itu cukup bermakna bagi saya, dan saya masih mengekalkan matlamat ‘kecil’ itu di blog saya hingga sekarang di sini), blog menjadi medan saya mengasah bakat berfikir, menganalisis dan menulis. Saya terus menulis untuk mencabar diri sendiri. Self-satisfaction.

Fokus penulisan saya adalah sekitar sosio-politik, dengan mengkhususkan kepada isu-isu berkaitan dengan kemahasiswaan dan anak muda. Ketika itu, laman web mahasiswa seperti Kampus Negara dan Idealis Mahasiswa masih popular.  Laman web mahasiswa lain baru nak bertatih dan banyak yang belum ada. Bloggers di kalangan mahasiswa (saya rasa) masih belum ramai. Memiliki blog pada ketika itu (saya rasa) dianggap istimewa.

Namun…. langit tak selalu cerah sebab global warming bumi sentiasa berpusing pada paksi dan beredar pada orbit. Laut pun ada pasang surut kerana adanya bulan mengelilingi bumi.

Dari bulan ke bulan, setelah beberapa lama, ‘nafsu’ dan keghairahan saya untuk berblog semakin menurun. Saya tidak pasti bila ianya bermula. Tapi ianya memang terjadi.

Sudah beberapa kali keinginan itu kembali bangkit, namun ianya hanya hangat-hangat tahi ayam air Radix dan meninggalkan tompok-tompok tahi unta blog stats ke blog ini yang tidak konsisten. Namun, saya terharu kerana masih ada yang sudi ke blog ini. Terima kasih untuk kalian.

Walaupun dari semasa ke semasa, saya ada sahaja idea untuk dikongsi. Tapi semua itu terbantut. Kadang2 sudah pun tulis, tapi sekerat jalan. Entah berapa banyak draft yang tersimpan dalam blog ini yang tak di publish. Sebahagian darinya sudahpun saya delete.

Kemahiran itu seperti otot. Ia perlu sentiasa diguna secara konsisten dan dilatih, barulah ia menjadi kuat. Sekarang, saya merasakan kemahiran saya sudah semakin tumpul. Membaca kembali entri-entri lama, buatkan saya rasa kerdil. Seolah diri tiada peningkatan, bahkan lebih teruk!

Langit terus mendung. Bumi seolah sudah berhenti berpusing dan beredar. Laut semakin pasang kerana pencairan ais di kutub seakan sentiasa surut.

.
.
.

Sekarang, blog sudah menjadi perkara biasa. Dalam kebanjiran blog ini, adalah penting untuk kita memilih bacaan yang berkualiti sebagai santapan minda. Saya teringat pesanan: “Kita tak perlu tahu semua perkara”. Baca suratkhabar pun, tak perlu baca semua isinya.

Blog adalah medium yang baik dalam membina first class mentality di kalangan ummah. Khuatirnya, blog hanya menjadi ‘sampah’ untuk minda kita dan membazirkan masa yang sepatutnya boleh diperuntukkan untuk perkara yang lebih bermanfaat untuk diri dan ummah.

Bloggers juga berperanan untuk memenuhkan sesawang maya ini dengan pengisian yang bermanfaat untuk ummah. Namun, ia terpulang kepada individu bagaimana mereka ingin mencoraknya. Itu adalah hak asasi anda sebagai manusia. Yang pastinya, wajib menjaga etika dan batas-batas yang perlu.

.
.
.

Teringat satu caption yang saya pernah baca yang saya tidak pasti di mana:

Blogging is hardwork.

Dan saya mengakui ianya sangat benar (sekurang-kurangnya untuk diri saya)

Blog bukanlah segala-galanya. Ramai sahaja tokoh hebat di dunia ini tidak pernah berblog. Tapi ia boleh jadi permulaan untuk sesuatu yang lebih besar.

p/s: Entri sebegini bukanlah ‘saya’. Saya tidak pernah menulis tentang diri sendiri di blog. Namun, saya tetap ingin menulisnya. Mungkin ada manfaat untuk saya danpembaca sekalian.

2 Responses to “After all these years…”

  1. grammar check: BLOGGING IS HARDWORK. (no ‘a’)🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: