Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Dominasi persepsi

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on December 26, 2009

Pada 20 Disember 2009, Pakatan Rakyat telah pun mengumumkan Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Dokumen ini bukan sahaja penting untuk rujukan rakyat, malah ia sebagai signal bahawa Pakatan Rakyat sudah benar-benar bersedia untuk memerintah negara.

Tsunami 8 Mac 2008, plan 16 September dan idea unity government telah membawa bersama mesej penting yang mampu mengubah persepsi dan paradigma lapuk majoriti rakyat Malaysia iaitu:
1. Hanya BN yang boleh memerintah.
2. PAS/ PKR/ DAP hanya boleh jadi pembangkang yang baik, tetapi bukan sebagai kerajaan.

Kini, persepsi dan paradigma itu semakin dihakis dan lapisan bentengnya semakin roboh pada 20 Disember lalu tatkala Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat menjadi medan lanjutan kepada siri-siri perancangan strategik untuk menguasai Malaysia.

Mental reform

Mental reform (reformasi minda) – itulah asas yang sangat penting bagi sesebuah tamadun untuk beranjak seperti yang pernah berlaku dalam sejarah pencerahan Eropah (Renaissance), pemodenan pensekularan Turki, mahupun dalam usaha memerdekakan Tanah Melayu.

Justeru, tahniah saya ucapkan kepada pemimpin-pemimpin PR atas kejayaan mencetuskan fenomena reformasi minda di Malaysia setelah lebih 50 tahun mengecapi merdeka. Namun, persoalan saya: adakah PR telah benar-benar bersedia di semua peringkat, dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat kepimpinan pertengahan?

Counter-agenda : Strategi balas

Namun, bukan PR sahaja yang bijak bermain dengan perlumbaan memenangi persepsi.

Tidak sampai 3 hari selepas itu, Kerajaan Persekutuan (baca: UMNO-BN) telah mengumumkan pelancaran Kerangka Baru Ekonomi Negara di seluruh dada-dada media cetak utama negara. Mood harapan rakyat yang baru hendak beralih kepada dasar-dasar PR kini kembali di-swing oleh counter-agenda oleh Kerajaan BN.

Walaupun kedua-dua dasar dan kerangka tersebut belum terperinci  (merujuk kepada penubuhan task force khas dalam PR untuk merangka mekanisme bertindak Dasar PR dan kerangka ekonomi kerajaan yang dikatakan hanya akan dibentang secara lengkap pada Februari ini) namun, pengumuman ini amat penting untuk terus memenangi persepsi rakyat terhadap upaya kedua-dua pihak untuk meneraju Malaysia.

Penguasaan media dan indoktrinisasi massa

Baik BN-UMNO mahupun PR, mereka punya kelebihan tersendiri dalam penguasaan media. Kerajaan UMNO-BN menguasai kebanyakan media cetak dan elektronik utama negara. PR pula menguasai kebanyakan media baru menerusi internet yang menjadi sumber informasi pengimbang bagi rakyat.

Kedua-dua lapangan penguasaan yang berbeza oleh dua pihak ini memberi kelebihan tersendiri kerana setiap lapangan media mempunyai circle of influence yang tersendiri. Sukar untuk kita menduga apakah reaksi massa kerana massa semakin bijak menilai dan tidak hanya bergantung kepada doktrin kosong semata-mata. Age of wisdom semakin menampakkan sinar di bumi Malaysia.

Penutup

Perlumbaan untuk memenangi dan mendominasi persepsi ini membuatkan kedua-dua belah pihak tidak diam berfikir untuk siri-siri tindakan strategik seterusnya dan pada masa yang sama meramal apakah tindakan dari pihak yang satu lagi.

Walaupun isu-isu politik kepartian di Malaysia kadang-kadang amat merimaskan, namun sekiranya isu-isu ini dianalisis dan dibincangkan secara adil maka setiap perkembangan yang berlaku menjadi semakin menarik untuk diperhalusi. Perhalusan ini penting untuk gambaran wajah Malaysia yang bakal kita huni pada masa akan datang.

Sebagai generasi muda, maka harapan saya amat besar untuk melihat Malaysia yang bakal kita warisi ini semakin baik pada masa hadapan. Tapi, will it be as it should be?

One Response to “Dominasi persepsi”

  1. pdot said

    yeah..next pm is fakru..nampak dh gaye pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: