Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Pemergian yang ditangisi: Michael Jackson, Ustaz Asri Rabbani, Khairul Azri

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on August 17, 2009

Michael Jackson.

MJ

Asri Rabbani.

asri_rabbani

Pemergian mereka ditangisi oleh ribuan dan jutaan peminat. Nama mereka akan terukir dalam sejarah. 10, 20 tahun akan datang, nama mereka mungkin akan terus meniti di bibir-bibir peminat yang pernah dan akan mengenali mereka. Mereka adalah wira. Merekalah ikon. Merekalah lagenda.

Namun, di sebalik gahnya nama dan populariti mereka, dunia ini tetap suram tanpa nama-nama dan wira-wira yang tidak didendang. Wira-wira ini wujud tanpa dipinta pengiktirafan. Namun, kehadiran mereka tetap dirasai dan mengesankan jiwa-jiwa insan yang mengenali mereka.

17 Ogos 1985

Pada tarikh ini, 24 tahun telah berlalu, telah lahir seorang insan yang ditakdirkan menjadi wira, ikon dan lagenda.

Ingin sekali saya mengucapkan: “Selamat Hari Lahir ke-24” kepada beliau. Namun, ucapan itu tidak mampu didengarinya di dunia ini, kerana insan itu telah tiada di dunia ini.

Biarlah….

Saya tetap ingin mengucapkannya:

“Selamat Hari Lahir ke-24, Mat Yie🙂 ”
IMG_0023

Walaupun hidup cuma untuk 22 tahun. Walaupun tidak popular. Walaupun tidak ramai yang mengenalinya.

Namun….

Dialah wira kami.

Dialah ikon kami.

Dialah lagenda kami.

Jumpa lagi di dunia sana!

Baca : Hari ini dalam sejarah (1)

8 Responses to “Pemergian yang ditangisi: Michael Jackson, Ustaz Asri Rabbani, Khairul Azri”

  1. as said

    as macam pernah baca pasal mat yie dalam entry kamu yang dulu2…

    Allahummaghfir lahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu…ameen

  2. Allahyarham abe mat yie,xpenah hilang…
    ‘Dia’ sentiasa ada dengan kita,wlupun pernah mengenali ‘dia’ hanya sekejap…

  3. afzan said

    Allah sayangkan beliau…alhamdulillah,pengakhirannya dlm perjuangan.semoga kita semua juga dapat mengecapi nikmat mati dlm perjuangan.amiinn…

  4. Hamasyie said

    KAMA..
    kat mana2 pun org akn engatkan dia..

    kerana,kematian itu adalah suatu seni..
    dan dia dah tunjukkan seni beliau..
    now..
    we ourselves yg kena create seni tersebut..
    dan inilah jalannya..
    Qul hazihi sabeeli..

  5. caliph said

    kenapa mudah benar org mengagungkan dan begitu menangisi pemergian artis (artis yg tidak mambawa kepada islam) berbnding ulama’..inilah dunia akhr zaman,satu persatu permata islam pergi mennggalkan dunia, benar itu janjiNya…

    dunia yang sgt menuntut iman yg teguh!!!

  6. cahaya said

    menanti saat blog ini terus bergema.. al-fatihah..

  7. Jom sertai komuniti paksi.net!

    PERSAUDARAAN KOMUNITI SISWA

    Dengan penampilan yang lebih anggun dan ceria

    – artikel tarbiyah, cerpen dll
    – muat turun ebook, mp3, buletin ar-risalah
    – dengar radio online (IKIM dan Nasyid fm)
    – forum
    – submit link blog anda
    – tonton koleksi video menarik
    – dapatkan kartun, wallpapers dll
    – hantar karya anda (kartun, wallpaper, artikel)
    – tinggalkan testimoni anda

    Jom bersama membina generasi baru. Semoga usaha ini barakah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: