Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Kisah-kisah tiga negara

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on July 29, 2009

Kisah-kisah ini tidak ada kaitan dengan lima empat negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Perak). Tapi macam ada kaitan jugak la. Juga tidak ada kaitan dengan kisah-kisah 3 negara dalam sejarah China.

300px-3_negara

Kisah 1

Di sebuah kampung di negara A, ada satu kumpulan manusia sedang mendirikan rumah dengan mengikat bata-bata dan simen-simen.

Pada masa yang sama ada satu lagi kumpulan yang merobohkan binaan-binaan yang sedang dibina itu. Owh, mereka yang sedang merobohkan itu tidak sedar yang mereka sedang merobohkan rumah sebenarnya. Mereka ingatkan, mereka sedang menolong!

Kisah 2

Di negera B, hiduplah satu kumpulan manusia yang kerja mereka adalah mengecat rumah dengan menggunakan cat anti bacteria yang tahan semua jenis cuaca. Pada masa yang sama, ada satu lagi kumpulan yang merosakkan cat dengan kononnya nak melakukan graffiti dan belajar melukis.

Mereka berkata, mereka perlu diberi peluang untuk mencuba sesuatu yang baru. Owh, mungkin mereka tak tahu yang sebenarnya kalau mereka nak belajar, kena belajar dengan orang yang lebih pandai dari mereka, bukan main tibai je nak cat ikut suka hati dan pancreas diorang macam dinding tu arwah datuk diorang punya. Kalaupun dinding tu arwah datuk diorang punya pun, belum tentu datuk diorang tu bagi. Kalaupun datuk diorang bagi, belum tentu lagi datuk diorang tu betul. Korang paham tak ni?

Kisah 3

Ada satu kawasan sawah padi yang luas di negera Pasir Tujuh Butir Setengah, yang telah dipecahkan lot-lot yang dimiliki oleh 7 orang pemilik. Kenapa 7 orang? Suka hati la, kalau korang nak 7000 orang pemilik pun boleh, tapi tulis la entri sendiri.

Kesemua mereka menanam padi. Tetapi cuma seorang yang betul-betul menjaga kawasan padi dia. Katakan nama beliau adalah penternak petani moden En. Rusydi (bukan nama sebenar). Beliau sering membersih, membaja, meracun serangga, meletak perangkap rodent dan sebagainya.

6 pemilik lain buat dek je, membiarkan tanah sawah mereka kesepian tanpa pemantauan, dengan menganggap padi itu akan tumbuh subur setelah mereka merangka strategi penanaman, menggariskan polisi-polisi dan me-review keberkesanan sistem-sistem penanaman terdahulu.

Sekarang, walaupun seteruk mana pun Encik Rusydi menjaga tanaman beliau, serangga-serangga, lalat-lalat, tikus-tikus yang berasal dari tanah sawah sekeliling beliau tetap menyerang dan mengancam keselamatan kambing sawah padi beliau.

Kesimpulannya dari tiga kisah di atas adalah….

Tunggu dalam entri akan datang!🙂

Owh, apa kata anda kongsi pandangan anda dahulu?

8 Responses to “Kisah-kisah tiga negara”

  1. due said

    boleh nampak lalat2 itu diboldkan,hehe..

  2. Zenki said

    haha. Bedo katanya mr. Fatboi kalau tak leh baca gak….asal kat kisah tiga takde makhluk perosak dari spesis rhana amphibia sekali? hehe

    kisah 2..wah..dalam disitu..

    kisah 1..menanti respons Mr. fatboi

  3. siti said

    Nak tambah cerita no 4.
    Ada sebuah negara yg rakyatnya blumba-lumba nak bina bangunan tinggi.. Dah tinggi pun nak tinggikan lagi.. Tak kisahlah bahan asas utk binaan tu kukuh atau pun tak.. asalkan bangunan tu tinggi, tak peduli walaupun harus mengorbankan sebahagian struktur bangunan tu, asalkan ia semakin tinggi.. Macam kita main Uno Stacko.. ambil blok2 dari bawah dan bawak naik atas.. Tinggi dan tinggi dan tinggi dan….

  4. erm,apa yer kesimpulan 3-3 citer nie?…
    letih la nk tunggu..cepat,letak entri baru!..=)

    P/S:kasihan nama y di ‘bold’kan tu…tuan y sama nm dengan ‘bold’ tue,tau tak nie?

  5. Safari said

    Waiting for the next entry..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: