Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Meng-arusperdana-kan alternatif.

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on July 22, 2009

Sering disebut-sebut: “Kita perlu banyakkan hiburan Islam sebagai hiburan alternatif”.

Bagi saya, jangan ada lagi hiburan alternatif seperti ini.

Kerajaan mencadangkan untuk memotong adegan-adegan rempit, pondan dan yang sewaktu dengannya dari filem.

Langkah ini hanyalah kosmetik. Presented problem itu berbeza dengan real problem. Simptom itu hanya tanda penyakit, tetapi belum tentu itu adalah penyakit yang sebenar. Kalau H1N1, antara simptomnya adalah demam, batuk, sakit tekak dan pening kepala. Kalau sekadar di suap panadol untuk rawat demam, telan clarinase untuk rawat selsema, ubat batuk untuk rawat batuk, sampai bila pun virus H1N1 tu takkan hilang. Yang perlu di rawat bukan symptom, tapi the real disease.

Umat yang RasuluLLAH SAW sayang ini sudah terlalu dihidang dengan racun hedonism yang tidak berakhlak, tidak bertamadun, tidak berkualiti dan rendah nilai. Bukan semua. Tapi kebanyakan.

Kenapa hiburan?

Massa kini tidak boleh dipisahkan dari hiburan. Dari budak kecil hingga tua bangka, dari hujung Timur sampai ke titik Timur yang sama, hiburan ada di mana-mana. Begitu jua di Malaysia, negara serba boleh ini.

Golongan muda, kelompok terbesar dalam ratio kependudukan negara kita sangat sinonim dengan hiburan. Corak berfikir mereka sudah dibentuk melalui hiburan. Hedonism. Sesiapa yang menguasai hiburan, bermakna mereka menguasai minda golongan muda. Menguasai minda golongan muda bermakna bakal menguasai negara secara tidak langsung, melalui pengaruh pemikiran dan tingkah laku. Lihat sahaja saat pengebumian Michael Jackson.

Pertembungan ini bukan pertembungan biasa. Ini adalah antara iman dan kufur.

Mengarusperdanakan hiburan berteras Islam

Hiburan bertunjangkan Islam sudah tidak boleh jadi alternatif. Ia harus jadi arus perdana. Ia harus jadi pilihan utama.

Hiburan yang saya maksudkan, termasuklah lagu, filem, drama, teater, talkshow, rancangan realiti, iklan dan sebagainya. Tidak semestinya lagu semata-mata bergenre nasyid. Filem tidak semuanya bertema ala-ala Ayat-ayat Cinta. Tetapi yang penting adalah bagaimana substance Islam yang syumul itu dapat diterjemah ke dalam hiburan.

Dari seringan-ringan tema, hinggalah tema yang berat, selagi ianya membawa seruan kebaikan maka semuanya adalah substance dari Islam. Kasih sayang, kekeluargaan, pengorbanan, perjuangan menentang kejahatan, keadilan sejagat, kefalsafahan, kepimpinan dan lain-lain. Olahkanlah! Secara langsung atau tidak, itu soal strategi. Kelak nanti, kecantikan Islam pasti akan lebih terserlah dalam bentuk yang lebih praktikal.

Bagaimana?

Antara langkah yang boleh diambil untuk jangka masa separa panjang adalah:

1. Menggalakkan pelajar dari aliran agama mengambil jurusan media, perfileman atau yang sewaktu dengannya di IPT-IPT.

2. Mengkaderkan lebih ramai pendakwah dari aliran tersebut. Ketepikan persepsi skeptikal bahawa golongan dari aliran ini adalah golongan ‘sosial’.

3. Menyediakan latihan-latihan, kursus-kursus khas bagi aktivis yang dari aliran berlainan tetapi berminat untuk bekerja secara serius dalam bidang ini.

4. Menggalakkan ahli-ahli gerakan Islam yang ada agar bekerjasama dalam melakukan inqilabiyyah dalam bidang ini. Kalau ada di kalangan mereka mampu bertahalluf dalam arena politik, kenapa tidak dalam lapangan ini?

Banyak lagi langkah yang boleh kita ambil. Buatlah apa sahaja yang boleh dalam kapasiti yang ada. Target kita kali ini adalah untuk menyelamatkan generasi dan ummah ini dari kejahilan dunia hiburan hedonisme sekularisme kepada cahaya hiburan berteraskan Islam.

Memetik kata-kata Ustaz Mokhtar Senik dalam salah satu kuliah beliau:

“Kita perlu memenuhkan ruang-ruang dengan para da’i yang berfikrah Islam. Kalau tidak, ruang itu akan dipenuhi oleh syaitan”

Hiburan berteras Islam tidak boleh lagi jadi hiburan alternatif.

2 Responses to “Meng-arusperdana-kan alternatif.”

  1. sy amat bersutuju ttg meng-arusperdana-kan alternatif dalam bidang hiburan memang sesuatu perkara y mahasiswa islam harus lakukan sekrg bg mengubati ‘penyakit’ y menyerang gol muda skrg…
    sprtimn dlm artikel us hasrizal Akademi Lakonan Muslim agar dibuat tajdid,b r sampai arena hiburan dikuasai o gol da’ie…tp,kelompok mnkah y akn menggerakkan keperluan y bg sy seharusnya diletakkan menjadi suatu kewajipan ini?..
    kita xhabis2 menyelesaikan permasalahan tarbiyah ahli y sering kali berlegar & berputar2 dlm cycle y sama…y menyebabkan gerakan mahasiswa islam terencat & xmampu move forward seiring dengan tuntutan keperluan masyarakat masa kini…
    ‘limaza wa kaifa’?…
    mendekati mahasiswa jurusan media(apa2 aja y berkait dgn gol ini) & usaha mentarbiyah mereka tidak kiralah mengajak mereka masuk usrah @ klu susah sekalipun,cuba dekati & berkawan dengan mereka..beri qudwah n semaikan semangat islam dlm diri mereka..sebab mereka sangat suka sebenarnya kita mendekati mereka berdasarkan pengalaman sy..
    wallahualam..

    P/S: 1)rajin en.ultimatun update blog skrg…xboleh jd nie…jelus2x..huhu.
    2)ubah2 nm kat I’s blog tue..perbetulkan,tuan empunya diri dh benar dh nie t’hdp kesilapan
    mengeja tue…=)

  2. […] iklim politik MalaysiaAboutDemonstrasi Mahasiswa UIAM KuantanK.A.M.A sagaIIUM Kuantan Mega AssemblyMeng-arusperdana-kan alternatif. Idea 'baru' yang ketinggalan […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: