Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Wayang minggu ini – Transformers

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on July 9, 2009

Ketika Ironhide bertanya:

Why we are fighting to save the humans? They’re a primitive and violent race.

rotf

Maka jawab Optimus Prime:

Were we so different? They are young species. They have much to learn. But I’ve seen goodness in them. Freedom is the right of all sentient beings.

Dan lagi…

A necessary sacrifice to bring peace to this planet. We cannot let the human pays for our mistakes.

I’ve witnessed their capacity in courage. And though we are worlds apart, like us, there’s more to them than meets the eye.

Itu adalah antara kata-kata Optimus Prime dalam filem Transformers yang pertama. Di sebalik keperkasaan dan ketangkasannya bertarung, Optimus Prime juga se’orang’ yang bijaksana. Tuturkatanya penuh hikmah. Arahan kaya dengan strategi. Karismanya begitu terasa dan berpengaruh. Auranya disegani kawan dan lawan.

Ini adalah kuasa filem Barat yang berjaya menonjolkan ikon yang meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri penonton. Filem kita ada tak? Cicakman? Bionik? Pepaya? Huh…!

Pengorbanan, kasih sayang, keberanian, harapan, sejarah, masa depan, perjuangan, kepimpinan dan lain-lain elemen di terjemahkan dengan begitu baik dan saya kira berjaya membawa penonton untuk menghayati dan ‘blend’ bersama perjalanan filem.

Bagi saya, menonton filem yang berkualiti bukan sekadar berhibur. Ia membuatkan kita berusaha menyelami gaya pemikiran mereka. Mendekati tamadun mereka. Menyerap falsafah-falsafah dan nilai-nilai positif. Kritikal-kritikan sosial diselitkan secara halus. Terasa minda itu begitu tercabar. Dua jam menonton filem sebegini membuatkan saya lebih banyak berfikir, berbanding menghadiri kelas atau kerja-kerja makmal untuk tempoh yang sama. It is more than meets the eye!

Saya bukanlah penyokong kepada lambakan hiburan dari Barat yang membiakkan lagi virus hedonism dikalangan anak muda, dan menghakis budaya ketimuran kita.

Saya sedar, ada di kalangan kita yang skeptikal terhadap filem-filem barat. Wujud juga golongan yang skeptikal dengan filem tempatan. Saya insafi filem-filem, khususnya dari Barat sememangnya tidak dapat lari dari unsur-unsur negatif. Namun, itu bukan bermakna kita tidak boleh mengutip mutiara dan hikmah yang wujud pada mereka. Saya pernah menulis tentang keterbalikan antara isi dan kulit di sini : Non-Islamic Muslim dan Islamic non-Muslim

Kita asyik menyalahkan Barat membawa unsur negatif kepada masyarakat. Namun, apa alternatif yang kita ada? Filem tempatan pula, tidak lari dari tema cinta-cintun yang stereotype atau cerita-cerita tahyul yang tidak membina minda. Ada harga, tetapi rendah nilai. Kuantiti yang tidak berkualiti. Sampah!

Tetapi bukan semua filem tempatan tidak berkualiti dan tiada nilai. Masih ada pengarah, penerbit, penulis skrip yang masih mengutamakan aspek kualiti dari sekadar ingin meraih meuntungan segera dalam pembikinan filem. Tahniah untuk mereka! Namun, bilangannya terlalu sedikit.

2 Responses to “Wayang minggu ini – Transformers”

  1. as said

    love this entry.

    tatau kenapa sentiasa film barat, malah series diorang banyak watak2 yang terkesan di hati, meninggalkan sesuatu untuk difikir dan diaplikasikan dalam pemikiran. Sudah tentu yang baik2 sahaja. Dah besar pandai2 bezakan.

    Pagi tadi baru je my mum sentuh pasal ni. Dan memang betul pun..sampai tak tengok dah film2 melayu sbb tak zouq ke hati. Bukan merendahkan, tapi film2 melayu perlu banyak belajar dr film barat, bukan shj dr efek video die, tp lbh keoada bagaimana sesuatu watak meninggalkan kesan dlm diri penonton. Haih.

    good writing🙂

  2. Transformasi minda!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: