Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Champions League : Analisis pasca Finale 2009

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on May 30, 2009

Akhirnya Finale Champions League 2009 berakhir.

eufa

Barcelona 2 – Manchester United 1.

28 Mei adalah hari berkabung untuk peminat-peminat Man U seluruh dunia.🙂

Permainan Barca sememangnya world class. Tetapi rentak MU hanya menarik untuk 10 minit pertama. Seterusnya, apa yang dapat lihat hanyalah ‘sampah’. Ini bukan tahap sebenar MU. Ini bukan prestasi Finale Champions League yang sepatutnya. Perlawanan suku akhir pusingan kedua Liverpool vs Chelsea jauh lebih berkualiti dari Finale ini. (nak jugak puji Liverpool. Hehe)

Saya teringat (so-called) golden rule yang pernah di’ajar’kan kepada saya suatu ketika dahulu, dikala saya masih seorang yang mentah dengan dunia bola sepak.

“Nak main bola ni, yang penting adalah ‘maintain the game’, tapi kadang-kadang kena ada ‘brilliant movements’ “.

Kali ini, sekali lagi logik ‘golden rule’ itu terserlah. Walaupun Barca tempang untuk beberapa minit terawal permainan, namun mereka kembali menemui sentuhan. Barca terus ‘maintain the game’. Hantaran-hantaran yang ringkas, namun tepat dan cepat membolehkan mereka mengawal permainan dari awal sehingga akhir.

Percubaan-percubaan kedua-dua belah pasukan dan gol-gol yang dihasilkan Barca adalah hasil gerakan-gerakan cantik disertai hantaran-hantaran yang tepat. Gerakan dan gelecekan Eto’o, kelincahan dan kelicikan Messi, ketepatan hantaran Xavi adalah antara kunci terukirnya sejarah dua gol dalam Finale 2009.

Berbeza dengan MU yang gagal mempamerkan aksi di tahap sebenar. Walaupun bermula garang, tetapi mereka kehilangan rentak. Kadang-kadang, mereka cuba bangkit, namun momentum mereka segera hilang. Mereka gagal ‘maintain the game’, apatah lagi untuk bangkit melakukan ‘brilliant movement’.

Aplikasi hidup

Bagi saya, ‘golden rule’ bola sepak ini juga sangat relevan untuk kehidupan. Baik dalam perancangan dan gerak kerja organisasi, pengurusan bisnes, pentadbiran negara, kesenian berpolitik mahupun kehidupan peribadi, kita harus ‘maintain the games, and have some brilliant movements’.

Hidup kita perlu sentiasa ‘maintain’ (baca: istiqomah/ konsisten). Tapi kadang-kadang kita perlukan ‘brilliant movement’ untuk meningkatkan prestasi hidup, organisasi, bisnes, pentadbiran dan sebagainya. Arena politik juga saya kira mengambil aplikasi yang sama.

Individu atau organisasi yang gagal mengekalkan konsistensi dalam gerak kerja, disiplin ahli dan pengaruh tidak akan dapat bertahan lama. Sekalipun organisasi atau individu tersebut mampu untuk konsisten, tetapi mereka masih tidak akan dapat bertahan jika mereka masih degil mengekalkan gaya lama dalam dunia yang pantas berubah ini.

Albaert Einstein pernah berkata: “Sesuatu masalah itu tidak akan dapat diselesaikan dengan berfikir pada tahap ketika masalah itu tercipta”

einstein

Justeru, muhasabah dan penambahbaikan dalam prestasi individu atau organisasi adalah sesuatu yang amat perlu dalam semua situasi.

Sungguh benar sabda Nabi SAW ketika ditanya oleh sahabat tentang satu amalan yang selepas ini tak perlu lagi sahabat itu datang bertanya soalan yang sama kepada Nabi SAW, maka jawab Baginda Rasul SAW:

“Katakanlah aku beriman kepada ALLAH, kemudian konsistenlah (istiqomah)”

.
.
.

Melihat kepada sawang-sawang di blog ini🙂 , saya pastilah bukan individu yang selayaknya untuk bicara tentang konsistensi. Tapi prinsip tetap prinsip, tidak akan berubah relatif kepada individu atau kumpulan yang mengamalkannya.

Lagi ulasan tentang bola sepak:
1. You’ll Never Walk Alone
2. You’ll Never Walk Alone II
3. EURO 2008

8 Responses to “Champions League : Analisis pasca Finale 2009”

  1. syarifah said

    erm….
    a.fakhru,duk asyik konsistensi psl bola tue,bola gak…maintain je ngn perkembgn bola di minda…tp..
    jgn lupa,psl LU nie,ok…
    adios..

    *moga sentiasa update blog agar dapat melatih diri untuk lebih Memberi Seadanya kepada orang lain..
    ana sedang tunggu artikel y seterusnya…=)

  2. syarifah said

    dan jangan lupa….kunjungi ke blog ana http://mawaddahshadiqah.blogspot.com/

  3. syarifah said

    jangan lupa melawat ke blog ana….=)…http://mawaddahshadiqah.blogspot.com/

  4. saffmukmin said

    tokleh yul,ambo ore kipas-susah-mati MU,hehe

  5. Cik Awan said

    maintain apdet blog…

  6. ..akhirnya…update sudah (nmpak clear lah sikit sawang2 tu)…🙂

  7. nidzam said

    jap2……
    lupu nak tnyr plak……..
    nak tanyer liverpool menang pe seoson lepas…..
    wakakakakakakaak
    MU POWER

  8. aRiff said

    Booooo….pecat Benitez…You’ll always walk alone….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: