Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Kambing atau batu?

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on March 18, 2009

Berita Harian, 18 Mac 2009: Mohd Ali dilarang tanding

KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin Umno semalam melarang calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam daripada bertanding jawatan itu kerana mendapatinya terbabit dalam politik wang.

Keputusan itu dibuat selepas Lembaga Disiplin mendapati Mohd Ali, juga Naib Presiden Umno dan Ketua Menteri Melaka, bersalah mengikut Perkara 10.1 Tata Etika Ahli Umno kerana rasuah dan politik wang yang dilakukan ejen beliau.

Seorang lagi tokoh prolifik yang di dapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO adalah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin atas sabit kesalahan yang sama. Beliau hanya diberi amaran dan masih layak untuk bertanding.

ali-rustam khairy1

1. Saya tidak menafikan Lembaga Disiplin UMNO punya autoriti untuk melakukan tugas mereka. Tapi di mana sara dan aksi dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia?

2. Adakah mereka berdua (Datuk Seri Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin) dan beberapa orang lagi yang disenaraikan bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO hanya dijadikan kambing hitam untuk menutup ramai lagi ‘jerung-jerung’ dan ‘tupai-tupai’ yang ada dalam UMNO? Kononnya untuk menyatakan: “Kita telah membersihkan UMNO dari perasuah-perasuah”.

3. Atau mereka sebenarnya batu tangga awal sebelum siasatan seterusnya dilakukan dari ekor, ke badan dan akhirnya akan sampai ke kepala paling besar. Dan akhirnya, Pak Lah mungkin kekal sebagai PM. Haha

Tidak kisahlah, mereka berdua ‘kambing hitam’ atau ‘batu loncatan’, kes-kes ini menggambarkan kebobrokan moral kepimpinan UMNO yang sedang menerajui negara sekarang. Kita semua rakyat Malaysia sedang dipimpin oleh makhluk-makhluk ALLAH yang saya percaya ada lagi yang seumpama dengan mereka berdua dalam teraju kepimpinan tertinggi negara.

Sebagai warganegara Malaysia yang cintakan negara, saya tidak rela melihat negara saya di pimpin dengan teladan yang sebegini. Kerosakan sesebuah negara bermula dari kerosakan moral pemimpin mereka.

Saya sayangkan Malaysia. Saya sayangkan generasi muda. Saya ingin lihat negara yang lebih baik yang bakal diwarisi oleh rakan-rakan saya dari kelompok mahasiswa pada hari ini. Kita perlu lakukan sesuatu.

Pepatah ada menyatakan: “An army of lions led by a sheep, can be defeated by an army of sheeps led by a lion.”

Kita harus bina kembali ‘singa-singa’ untuk memimpin Malaysia dan jangan biarkan ‘kambing-kambing’ terus merosakkan masa depan negara.

6 Responses to “Kambing atau batu?”

  1. as said

    memang sayang ah kat generasi muda skang…

  2. apam balik said

    “An army of lions led by a sheep, can be defeated by an army of sheeps led by a lion.”

    bes la pepatah ni, nak pinjam…

  3. aizuddin said

    Cara nak ubah: (alternatif)
    1) Daftar ahli UMNO, kemudian bertanding untuk Ketua Cawangan, Bahagian, MT, Naib Pres.,Timb. Pres. dan akhirnya Presiden. Ingat, mesti bersih politik wang! (Cuba try dulu)
    2) Daftar ahli SPRM. Siasat UMNO dan lihat tempat yang bakal dipindahkan. (mungkin boleh cuba jika anda pasti boleh hidup di Sabah & Sarawak)
    3) Daftar jadi POLIS. Siasat aduan parti politik PR terhadap rasuah UMNO. kita tengok sejauh mana kualiti siasatan anda. (mungkin juga boleh tapi kene pertimbangkan. Silap2 kene tuduh bunuh model)
    4) LU PIKIR LA sendiri caranya!

    “Kempen Jom Sertai GERAK”-Sila hubungi Pengerusi GERAK Mahasiswa :0129300589 (AIZUDDIN)

  4. I’m not safe in Melaka…!!!! :-p

  5. Nani-chan said

    nani sangat sayang malaysia. nani sangat sayang bangsa melayu dan bangsa lain juga. nani di sekolah, nani tgk sendiri mcm mana susah cikgu2 nak selamatkan generasi muda dr semua bangsa dari karut-marut dunia. nani kesian pada cikgu2. (kat diri sendiri tak rasa lagi, nanti kot.)

    awan. nani tulis psl PPSMI. nk dgr pndangan awan pulak. thanks.

  6. Bro Yusry said

    Kita perlu aktif dan agresif lagi berhikmah dalam proses pengislahan masyarakat. Komentar yang menarik akhi🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: