Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Belajar dari “Slumdog Millionaire”

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on March 14, 2009

Slumdog Millionaire, Filem yang telah memenangi 8 anugerah Oscar – anugerah yang diimpikan oleh pembikin dan pelakon filem segenap benua.

3217049965_db3cf6e710
Tanpa kesan khas yang melampau. Tanpa pelakon popular (kecuali Anil Kapoor). Tanpa bajet yang tinggi. Filem yang berlatarkan kehidupan penuh kesengsaraan di Mumbai ini nyata memberi kesan yang tersendiri dan menyajikan moral yang wajar diiktibari.

Dari kacamata seorang orang muda dan sebagai mahasiswa, maka saya menyarankan agar anak-anak muda, khususnya golongan mahasiswa belajar dari filem ini, walaupun wataknya cuma digelar ‘slumdog’.

Pengalaman – harta yang tidak ternilai.

Antarasuatu yang paling berharga yang cuba ditonjolkan oleh filem ini adalah – PENGALAMAN!

Jamal Malik, hero filem yang membesar secara ‘liar’ telah melalui pelbagai cabaran dan rona hidup. Seterusnya, Jamal telah menyertai pertandingan ‘Who wants to be a Millionaire’, dan beliau berjaya menjawab semua soalan dengan tepat dan memenangi RS 20,000,000 (sapa tau nilainya dalam RM?🙂 ).
Film National Board Awards

Menariknya, hampir semua soalan tersebut dijawab hanya berpandukan pengalaman beliau sedari kecil.

Beliau tidak melalui pendidikan formal KBSR mahupun KBSM. Beliau tidak melalui PPSMI (Walaupun Jamal ketika remaja boleh berbahasa Inggeris). Beliau bukan seorang graduan universiti apatah lagi seorang professor. Beliau bukan seorang yang genius, juga bukan ahli korporat. Beliau hanya seorang anak muda biasa. Tetapi beliau berjaya kerana memiliki sesuatu yang tidak dimiliki oleh orang lain – iaitu PENGALAMAN.

Pengiktibaran, betapa pengalaman itu amat penting, tidak ternilai dan bakal memberikan manfaat yang sangat besar yang tidak disangka-sangka pada masa hadapan.

Qadha’ dan Qadar

Walaupun filem ini cuba mengetengahkan mesej bahawa Jamal semamangnya ‘written’ (ditakdirkan) untuk memenangi cabaran rancangan tersebut, tetapi bagi saya, kita tetap mempunyai pilihan untuk bertindak (respons).

Inilah asas yang kita yakini dalam Rukun Iman – beriman kepada Qada’ & Qadar. Sebagai Muslim, kita meyakini segala-galanya telah ditentukan atau ditakdirkan oleh ALLAH SWT. Ulama’ membahagikan takdir itu kepada 2 jenis:

1. Takdir mubram : iaitu takdir yang terjadi manusia dan tidak dapat diusahakan atau tidak dapat di tawar-tawar lagi. Contohnya: manusia akan mati, ada manusia yang dilahirkan dengan mata buta, dll.

2. Takdir mu’allaq : iaitu takdir yang kaitan erat dengan ikhtiar manusia. Contohnya: cara manusia mati (kemalangan, sakit jantung atau mati tua), menghidapi penyakit yang boleh diubati, dll.

Namun, kita tidak tahu apakah yang ‘written’ untuk kita. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Justeru, kita harus bertindak dalam ruang lingkup pilihan tindakan yang kita mampu lakukan – iaitu IKHTIAR.

Kata-kata hikmah ada menyatakan: “The best way to predict the future is to invest into it!”

Mahasiswa dan pengalaman

Semasa berada di universiti, mahasiswa harus memanfaatkan peluang untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman dan membina kemampuan diri untuk kepentingan kini dan masa depan.

Waktu di universiti merupakan period emas untuk memperkayakan diri dengan pelbagai jenis pengalaman sedalam yang mungkin. Waktu di universiti inilah saat untuk mahasiswa di groom, dibentuk, dilatih, dicanai, dibentuk untuk memperkukuhkan idealisme dan aktivisme kemahasiswaan, ke arah melahirkan warganegara yang mampu menyumbang ke arah pembinaan negara yang lebih baik pada masa hadapan. Bukankah mahasiswa itu pewaris teraju kepimpinan negara dan dunia?

Slumdog Millionaire telah berjaya mengukir sejarah tersendiri di dunia. Ayuh kita buka lembaran baru sejarah mahasiswa pula!

Rujukan:

1. Universiti & Mahasiswa

2. Qadha’ dan Qadar

12 Responses to “Belajar dari “Slumdog Millionaire””

  1. saffmukmin said

    salam.kemah2.cerito ni mmg sedak.pengalaman memang mengajar kito untuk menjwb soklan2 yang memang kita xkkn sedar.hrp2 blh jadi kayo srp gt jgk,hehe..

  2. Fuuhhh..lama betul nak tunggu syeikh nie keluarkan bisa tulisan dia.😉 Gimana forum AUKU baru2 nie?

  3. Saffmukmin: Kaya harta bukan jaminan kesejahteraan hidup. Tetapi kaya pengalaman itu yang menjamin daya kompetensi sesorang manusia.

    FaridzNasar: Hehe. Sori la bro, ‘jammed’. AlhamduliLLAH, it was a success.

  4. kembara said

    menarik!!
    wlaupun ana baru tgok separuh citer ni..
    “belajar dr kehidupan”

  5. Bell said

    nani pun nak cari lah filem ni. dah lama minat nak tgk. thank you awan, for the review. yeap, pengalaman itu guru terbaik kita. and life is a tough skool. the exams come first, and the lessons later. itulah yang diajar dlm filem ini. life. a tough skool. experience. cool, dari pandangan nani. =)

    lame tak dgr cite. senyap betul awan ni. selalu2 lah muncul kat sini ye? *^^*

  6. Kembara: Melihat filem dengan gaya berbeza.🙂

    Bell a.k.a Nani: Yeah! Nani dah jadi Cikgu. So, lagi penting untuk penerapan nilai-nilai positif macam ni dalam sanubari generasi baru kita nanti, kan? Awan ada je. Silent observer. Hehe

  7. diya said

    teruja betul nak tengok citer ni. pernah terserempak [?] dengan buku slumdog kat kedai buku popular [kot]. nipis je, tapi agak mahal. tak jadi beli. huhu

  8. hmmm…tertengok crite ni dalam bas on a class trip about 2 weeks ago. Tak tau pulak crite tu crite baru. maen tengok je.🙂

    ..sempat lah tengok sampai Jamal was announced the winner of the show.

    TRUE, very true my friend! This film conveyed how formal education isn’t everything, but EXPERIENCE is.

    In learning, it’s not the product that should be emphasized, but the process in heading for the product; the EXPERIENCE in learning itself. Many overlook this. That’s why PPSMI is no good for the PROCESS of learning sci n math!!! oops :-p

  9. awak, kite dah tgk citer ni. 5 kali dah ulang tayang. hak hak hak. punya la excited kan =p

  10. fatnin said

    salam akhi..
    memg best sgt tgk cter nie..
    btul2 m’beri tauladan..(mule2 x excited sgt nk tgk,tp lme2 memg btoi2 best!!(“,))
    PENGALAMAN memang mngajar kiter tuk idup lbh baek..

  11. akhi persoalan cinta akhi tak sebutkan di sini. LATIKA!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: