Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Demonstrasi Mahasiswa UIAM Kuantan

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on January 10, 2009

Semarakkan mood kesedaran!
Bangkitkan mode bantuan!

Perhimpunan aman di IIUM Kuantan yang disertai lebih 2000 demonstran – dari kalangan mahasiswa, makcik cleaner, pakcik guard, pentadbiran, pensyarah biasa hinggalah kepada pemegang Phd serta para Professor – membuktikan kebangkitan kesedaran yang tersendiri yang mula di aruskan oleh mahasiswa-mahasiswa blok Timur.

kosmo(sumber gambar: KOSMO! online)

fakhru

lautan-manusia
lelaki

fakhru2

Lagi laporan dan gambar di:
1. http://szakif.blogspot.com
2. http://3p4h.blogspot.com
3. IIUM Bloggers
4. http://izzahismail.blogspot.com
5. http://iiumrx6th.blogspot.com
6. http://bintangtimur-ac.blogspot.com
7. http://onlynobleulfah.blogspot.com
8. Gamis Daily
9. http://safari-musafir.blogspot.com
10. http://islahkan-dunia.blogspot.com

Sebelum ini, kita hanya mendengar keagresifan aktivis-aktivis mahasiswa berpangkalan di sekitar Lembah Klang yang menganjurkan demonstrasi-demonstrasi.

Kini, mahasiswa-mahasiswa blok Timur Semenanjung mula mengatur rentak, mengaktifkan aktivisme dengan membangkitkan kebersamaan dan kesedaran mahasiswa-mahasiswa lain terhadap isu Palestin melalui demonstrasi yang dianjurkan.

Berikut adalah sebahagian dari liputan media-media perdana pada 10 Januari 2009:

Berita Harian

Di KUANTAN, lebih 3,000 siswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan, termasuk pelajar Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kipsas) berhimpun mengutuk kekejaman rejim Zionis.

Utusan Malaysia

Di Kuantan, seramai 4,000 pelajar dua buah institusi pengajian tinggi awam di sini turut mengadakan perhimpunan bagi membantah kekejaman Israel di Palestin.

Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Kuantan itu mengadakan perhimpunan berkenaan di perkarangan masjid universiti masing-masing selepas solat Jumaat.

MStar online

Sementara itu di KUANTAN, seramai 4,000 pelajar dua buah institusi pengajian tinggi awam di sini hari ini mengadakan perhimpunan bagi membantah kekejaman Israel di Palestin.

Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Kuantan itu mengadakan perhimpunan berkenaan di perkarangan masjid universiti masing-masing selepas solat Jumaat.

Kedua-dua universiti itu turut melancarkan tabung derma untuk disalurkan kepada penduduk di Semenanjung Gaza yang menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan dan ubatubatan akibat sekatan yang dikenakan oleh Israel.

News Straits Times

At the International Islamic University Malaysia, Kuantan Campus, some 3,000 undergraduates held a demonstration, carrying baby dolls to reflect the situation in Gaza.

KOSMO!

Keadaan yang sama berlaku di Kuantan apabila lebih 4,000 pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengadakan perhimpunan di pekarangan masjid universiti masing-masing selepas solat Jumaat.

Kedua-dua universiti itu turut melancarkan tabung derma untuk disalurkan kepada penduduk di Semenanjung Gaza yang menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan dan ubat-ubatan akibat sekatan yang dikenakan oleh Israel.

Harian Metro dan Sinar Harian Pahang juga melaporkan, tetapi saya tidak dapat ketemu berita tersebut dalam alam maya ini.

Lagi ulasan tentang himpunan aman ini bakal menyusul dio blog ini.

20 Responses to “Demonstrasi Mahasiswa UIAM Kuantan”

  1. szakif said

    bersemangat! sampai ada orang tu pecah2 suara dia. takpe, takpenting. yang penting mesej tu sampai.

    ALLAHUAKBAR!

  2. alhamdulillah.all and all,it was great.

    tau ke ur name appeared in one of the news.🙂
    my friend told me la.i didnt see it😛

    free palestine!

  3. asiyah said

    this is such a good turning point! believe me!😉

  4. 3p4h said

    TQvm for my blog link… Nice pic ha..

    Allahu Akbar!!!

  5. as said

    as suka cara kamu handle the crowd bila sume terlebih semangat..hehe.
    sangat bijak ah cara tuh😀

    and may Allah bless ur efforts and ours..
    bersuara sampai serak jd chairperson..alhamdulillah

  6. aizuddin said

    congrates! bersemangat…baru kali pertama demo meletup di Kuantan. Speaker tak pakai mic pon…huhu

  7. Hehe…pasnie bleh la wat lagi yer…😉

  8. Szakif said

    rupanya blog ini ramai pengikut!

  9. Nani-chan said

    wah~! inspirational! suke nani bace post ni. =) kite mesti teruskan usaha ni, mmbantah pembulian besar2an israel ke atas saudara-saudara kita, bkn pndg saja. wpun tak mampu mengangkat senjata, kita kan ada kuasa pengguna? boleh boikot. *^^* lgpun kita ada Allah SWT, itu yg paling penting..kalau semua umat islam berdoa dan buat solat hajat w/pun sekali je setiap hari..tak ke namanya berjuta-juta doa dari kite? ..mesti ada perubahan nnt. itu yg nani harap. itu jugak yg nani mintak dlm doa nani.. good post, awan!

    btw, jgn lupe mnjenguk blog nani. =)

  10. syarifah said

    bersemangatnya DEMO di KUANTAN…
    kami diUSIM,DEMO isu palestin ni br diwat hr nie…
    tue pun pearakan biasa jer…xmcm DEMO lgsung..
    tp by da way,oklah sebab xpenah2 NC & TNC bg bdk2 USIM berDEMO nie….=)

  11. diya said

    huhu. tak penah lagi join demonstrasi apa2. tapi, teringin jugak nak join. seronok tgk gambar2 semangat tu =)

  12. ateeqa Y. said

    salam…

    awan..?? yang mane satukah awan..??

    masa assembly hari tu..rasanya encik emcee yang bertanggungjawab adalah jenis soft-spoken person…tp hari tu encik emcee sampai hampir kehilangan suara nya…alhamdulillah, semangat encik emcee sgt besar…tahniah..!!

    adakah encik emcee adalah encik awan..??🙂

    salam ziarah kembali cik awan..🙂

  13. pak im said

    pergh…
    naik pentas

  14. nikhafizul said

    salam sheikh…

    waaa… hebat… anta adalah pemimpin ke arah itu

    teruskan perjuangan anta
    biar kita bertempur didunia dimensi luar

    p/s : tapi kalau harakah lapor mesti best, kan? =)

  15. salsabila said

    bila nak update ni ustaz?

  16. dins said

    dah bersawang dah blog nie…update jgn tak update.

  17. muin said

    tahniah yo.. jangan lupa tugas kedua kita..

  18. Faizal said

    Salam perjuangan..

    Alhamdulillah.. Mudah2an semangat untuk membela umat Islam ini sentiasa membara di hati dan jiwa umat Islam, dan mereka bangkit untuk mengembalikan kemuliaan Islam yg telah hilang..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: