Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Saiful Bukhari, sumpah, Al-Quran, masjid, kambing(?)

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on August 21, 2008

Isu Mohd Saiful Bukhari, 23 dengan ‘bangga’ dan cuba-membuatkan-orang-lain-jeles (haha) mendakwa dirinya diliwat oleh DS Anwar Ibrahim telah jadi bahan bualan dari Putrajaya hinggalah di tingkap dapur makcik-makcik di Kampung Sat, Tanah Merah.

Makhluk TUHAN itu juga telah bersumpah, mengukuhkan dakwaan beliau diliwat dengan:
1. Menggunakan nama ALLAH
2. Dalam masjid
3. Pegang Al-Quran
4. Tanpa kehadiran kambing

Saya tiada masalah dengan item 1. Tapi saya akan sentuh item 2, 3 dan 4.

Saya serahkan kepada alim-ulama’ untuk membahaskan tentang hukum-hakam sumpah tersebut. Mubalahah, li’an, sumpah tohmah atau apa sahaja. Saya juga serahkan kepada golongan ahli politik untuk mentafsirkan kaitan isu sumpah tersebut dengan atmosfera politik semasa.

Menggunakan nama ALLAH? OK, saya boleh terima. Memang itu yang dituntun dalam Islam.

Kenapa dalam masjid? Adakah ini berkaitan dengan hukum-hakam Islam, maka barulah terhegeh-hegeh nak datang cari masjid? Kenapa tidak melalui mahkamah?

Saya tidak menafikan, kebaikan mengadakan acara tersebut dalam masjid, sekiranya menandakan masjid sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan. Akan tetapi, kenapa ada isu sebegini barulah masjid dicari? Sekiranya kita ‘beriman’ sangat dengan sistem kehakiman di Malaysia, kenapa tidak bersumpah sahaja di mahkamah? Kalau tidak yakin dengan sistem mahkawah, tukar sahajalah sistem itu kepada sistem Islam.

Kenapa pegang Al-Quran? Fungsi Al-Quran bukan untuk disumpah-sumpah. al-Quran diturunkan sebagai PETUNJUK.

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa” (AL-Baqarah : 2)

Ini adalah masalah mentaliti umat Islam sekarang. Naskhah Al-Quran disangka membawa berkat, gantung Al-Quran depan pintu boleh halau hantu. Simpah ayat Al-Quran dalam wallet boleh elak dari di pow. Iu semua karut-marut yang menyarangi minda orang-orang Islam di Malaysia

Tidak perlu pegang Al-Quran, kerana tiada satu nas/ dalil pun menyatakan bersumpah perlu pegang Al-Quran. Ianya langsung TIADA SIGNIFIKAN!

Kenapa kambing? Sebenarnya sama sahaja samada Saiful memegang Al-Quran atau memegang kambing, ia langsung tidak menjadikan apa yang dipegag itu untuk mengukuhlah lagi sumpahan.

Cukuplah dengan menggunakan nama ALLAH, waLLAHi, wabiLLAHi wataLLAHi.

Kembali kepada Islam yang sebenar.

3 Responses to “Saiful Bukhari, sumpah, Al-Quran, masjid, kambing(?)”

  1. diya said

    tak tahu lak diya “subjek” kambing pun termasuk dlm kes saiful ni. thanks for sharing😉

  2. syarifah said

    erm…ni terjebak ngn pemikiran cik awan nie,bila bercerita perihal kambing….
    apapun,tindakan saiful bukhari boleh menjadi pencetus perihal perilaku salah gunaan konsep dalam islam…ia akn memberi effect pada msa akn datang,mudah2 jer nk bersumpah guna nm Allah tanpa berfikir pjg sejauh mana sbnrnya dlm islam,konsep sumpah …erm,kita tunggu DSAI membuktikan kes ini…”sumpah” saiful bukhari akan memakan dirinya sendiri nanti…=)

  3. szakif said

    isk isk… sumpah dibuat main2.. makin susah orang yang bukan Islam untuk mempercayai agama syumul ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: