Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

I-QUEST 2008 : Tahniah Mahasiswa UIAM Kuantan

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on August 19, 2008

15 – 17 Ogos 2008: Satu lagi catatan sejarah telah di ukir di Taman Ilmu dan Budi, UIAM Kuantan.

IIUM Kuantan Festival (I-QUEST 2008 )

Festival kali ke-2 dalam sejarah UIAM Kuantan ini telah meletakkan UIAM Kuantan pada tahap yang tersendiri. Kalau gerakan mahasiswa pernah meletakkan slogan “Dari Kampus ke lapangan ummah”, kini mahasiswa UIAM Kuantan telah membawa dimensi baru kepada massa – “Membawa ummah ke lapangan kampus”

Kewujudan UIAM Kuantan suatu ketika dahulu pernah dipandang sepi oleh masyarakat sekitar. I-QUEST kali pertama pada 2007 ternyata satu inisiatif yang baik untuk memperkenalkan kampus tersebut kepada massa, namun prestasinya kurang memberangsangkan. Namun, usaha jentera kerja I-QUEST 2007 patut diberi pujian kerana meletakkan batu asas yang baik untuk diteruskan oleh generasi seterunya.

Kejayaan tidak semestinya dicapai dengan tangan kita sendiri. Tetapi memulakan langkah untuk diteladani dan dijayakan oleh generasi masa hadapan merupakan satu legasi yang wajar dibanggakan.

Tanggal 15-17 Ogos, mahasiswa UIAM Kuantan bangkit dari kejayaan-yang-belum-dicapai yang ditinggalkan oleh generasi pertama I-QUEST 2007, memacu langkah baru untuk UIAM Kuantan dan masyarakat sekitar.

Kejayaan mereka bukan sekadar dalam penganjuran programI-QUEST 2008, tetapi juga dalam meruntuhkan ‘tembok’ academic-oriented bagi pelajar-pelajar critical courses dan keeksklusifan kelompok sesama warga universiti kepada keinginan membara untuk memburu kemahiran-kemahiran berorganisasi dan meluaskan peranan universiti kepada kelompok masyarakat diluar.

Oleh itu, tahniah kepada seluruh 257 orang jentera I-QUEST 2008 kerana kejayaan anda. Anda telah membina dimensi dan paradigma baru kepada mahasiswa UIAM sendiri khasnya dan kepada masyarakat sekitar Kuantan amnya

13 Responses to “I-QUEST 2008 : Tahniah Mahasiswa UIAM Kuantan”

  1. szakif said

    Syukur alhamdulillah kita berjaya menyahut cabaran yang kita sendiri mahukan!

    *weh. takde link ke blog aku eh kat blog ni fakru?😀

  2. ain said

    mcm terharu + gembira + syukur
    tapi banyak lagi kena baiki

  3. As said

    fakhru,
    boleh amik artikel hebat neh antar kat majalah i. Feedback lepas program, boleh?

    Terima kasih banyak2, special thanks for you in my latest entry😀

  4. Salam.

    ALHAMDULILLAH, ur guys’ effort was worthwhile as was given assistance by HIM. Mabrouk atas kejayaan! Tak berpeluang utk menyaksikan hasil planning and hard work MPP UIAM Kuantan n the crew, but sounds like a great success, bringing about awareness of Islam in a fresh way… congrats2!

    P/S:
    owh…sebab I-QUEST ye blog nie dah lama bersawang😀

  5. MM said

    well
    aku ada jgk la sekali sekala
    jenguk2 buang sawang
    tp jarang2 gak a
    tak larat
    bnyk sgt sawang nye
    huhu

  6. asiyah said

    Tahniah atas kejayaan I-Quest 2008! Hopefully, the theme of this great event “Revealing Science Reviving Islam” will be cherished forever by all of us..

    Pesanan buat smua jentera I-Quest n seluruh warga UIA Kuantan:Iringilah kejayaan ini dgn bertasbih dan beristighfar (sahabat2 boleh rujuk & hayati Surah An-Nasr)

  7. candlesky said

    Allah tidak menilai kpd hasil yg diperolehi,tapi kpd usaha yg dilakukan…..
    s0,bersyukurlah dgn usaha kita…
    He has given d best result 4 us=)

    ~miss s00 much saat2 sibuk dgn tugasan iQuest…=)

  8. ruby said

    erm…semua dah sujud syukur?

  9. ruby said

    xbest pon sebenarnya gambar tu…tp dah terdesak…xde gambar len dah

  10. karimah said

    Tahniah atas kejayaan..

    tp masih ade yg perlu diperbaiki,
    terutama janji yg x ditepati..

    kita merancang, tp Allah itu sebaik-baik perancang kan…

  11. Hamzah said

    Salam…

    Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan i-Quest 2008. Tahun depan, jemput lagi Kumpulan Dikir dari Gombak tu yee… best sangat…

  12. Solihah said

    salam warga iquest…
    tahniah wat sume yg da bkerja keras demi mnjayakan iquest..🙂
    sumtime rase cam xpecaye we can do such a big event…
    tp there’s a lot of things kne perbaiki, especially from my parts..
    pengalaman suke duke di iquest 2008 mmg susa r nk lupe…
    kalo nk cter leh wat 1 buku… :p
    k… wateva it is, kte mndoakan smoga ade sumtin yg baek yg dp’oleh dr event ni…
    insyaALLAH….

  13. cik anis said

    cgratez fkhru!!!:)

    jmput ah dtg uia gombak..meriahkan convest08 =)

    p/s: i’ve linked ur blog;)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: