Not only meets the eye

melihat dunia dengan gaya berbeza

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran ke-23 KAMA

Posted by Ahmad Fakhrurrazi Yahaya on August 18, 2008

Sekiranya dia masih ada…

Dia akan berumur 23 tahun semalam (17 Ogos 2008 )
Dia akan bergraduasi tahun ini (atau tahun hadapan) dari Universiti Malaysia Sabah dalam Sarjana Muda Kaunseling
Dia akan menyebabkan kreditku semakin cepat habis kerana aku akan sentiasa SMS dan menelefon dia
Dia akan menyusahkan ramai orang dengan rengekan manja (konon) meminta tolong itu dan ini (tapi aku langsung tak kisah)
Dia akan menyenangkan ramai orang dengan kerajinan, komitmen dan kegigihan beliau bekerja.
Dia akan sentiasa membuatkan orang senang dan gembira, walaupun gurauannya kadang-kadang diluar batasan fikiran manusia normal (tapi aku langsung tak kisah, sebab aku pun 2 x 5 jugak)
Dia akan jadi sasaran kutukan rakan-rakan kerana tubuhnya yang semakin ‘montel’, berbanding zaman persekolahan dahulu (yang kononnya tough. haha)
Dia akan jadi sumber inspirasi sahabat-sahabat dan junior-junior kami, kerana sifatnya yang begitu prihatin, concern dan caring (walaupun luarannya nampak ganazz)

Tapi itu sekiranya dia masih ada. Sayangnya dia sebenarnya sudah tidak boleh melakukan semua di atas sejak 26 Jun 2006, lebih 3 tahun yang lalu.

Kenapa?

Dia tidak mati. Dia tetap hidup. Ya, beliau tetap hidup bagiku.

Dia sedang hidup di dunia yang lain. Kehidupan dia bukan lagi seperti kehidupan kita. Jasadnya tiada di dunia ini. Tetapi memori indah bersama dia kan ku abadikan selagi aku masih hidup. Ini janjiku sampai aku mati.

Selamat Hari Lahir ke-23, ALLAHyarham Khairul Azri Mohd Annuar (17 Ogos 1985 – 26 Jun 2006) aka MA YIE.

Berbahagiakan kau di sana!

Hari ini dalam sejarah : Khairul Azri Mohd Annuar (1985-2006)

6 Responses to “Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran ke-23 KAMA”

  1. diya said

    al-fatihah utk arwah. terasa mcm arwah ni kwn diya jgk. moga dia tenang di sana. 🙂

  2. Hamasyie08 said

    Baru 4 kali ziarah ke “rumah” beliau..
    Pepun,
    alfatihah dari jauh..
    Alfatihah..

  3. syarifah said

    al-fatihah buat abe mat yie….
    dia sentiasa ‘ada’ dikalangan kita…

  4. zaqwan.z said

    Al Fatihah buat Abe Yie….=(

  5. Mat Yie itu satu anugerah..

  6. w m safuan said

    alfatihah

Leave a reply to w m safuan Cancel reply